Wednesday, 29 November 2017

NOAH Live in KL.

Sebelum ceritanya basi, eloklah aku menulis pengalaman aku. Ku kira ini merupakan antara momen paling indah untuk 2017 ini.

25 November 2017, akhirnya sampai juga ke tarikh ini. Almost sebulan lebih juga aku tunggu untuk ke tarikh ini. Kalau korang taktahu, tarikh ni ialah tarikh konsert NOAH band. Kalau tak tahu Noah, kau tahu tak Peterpan? Vokalisnya Ariel. Haha. Aku memang minat mamat ni since, entah. 2004. Aku masih ingat aku beli kaset Peterpan, dan juga VCD Bintang Di Surga, ada sekali konsert breaking record diorang. Since then, aku keep on track dengan perkembangan diorang, tapi tak lah obses sangat. Cuma tahu lah pasal video seks ariel apa semua tu AHAHA. BTW aku tak ambil tahu sangat personal matter diorang. Aku cuma suka lagu-lagu Peterpan/NOAH ni. Entah. Macam selalu kena dengan jiwa aku. Hehe. Plus Ariel hensem bhai AHAHAHA.

So, harinya pun tiba. Allahu. First time nak pergi konsert yang memang aku sendiri bayar. Aku bukan jenis kaki konsert. Or aku suka lah jugak layan lagu ni but nak keluarkan duit untuk bayar konsert tu, ikut lah. Aku memang dah lama bising kt twitter bila NOAH nak datang Malaysia. Sekali kau nada promotama update kat ig, "Kuala Lumpur" kau rasa? Menjerit aku dalam hati, siap simpan duit. Haha. Aku dah cerita kan kat post sebelum ni. Rasanya lah.

Pada hari kejadian, NOAH bawakan 17 lagu. Dan sesiapa yang minat peterpan, bagi aku tersangatlah rugi korang tak pergi konsert tu sebabnya, boleh kata mostly lagu yang NOAH mainkan malam tu ialah lagu dari Peterpan. Fuhh. Memang padu beb. Paling padu, mestilah lagu Bintang Di Surga, which aku tidak expect untuk dimainkan malam tu. Sebab aku layan juga konsert NOAH yang diupload di youtube. Boleh dikira berapa kali je NOAH main lagu Bintang Di Surga. Meremang bulu roma aku masa dengar intro untuk Bintang Di Surga. Lagu ini paling favorite aku lah. Kau bagi lah berapa banyak album diorang, aku paling suka lagu ini.

Anyway, nah layan video Bintang Di Surga Live yang sempat aku rakam haritu. Maaflah aku kelam kabut haritu lupa nak bawa tripod. Pakai tangan je. Hehe. Anyway thank you so much organizer for bringing them to Malaysia. Please come again someday to promote your new album. Thank you so much. The show was really awesome. It's hard to move on from the concert. I have been playing the video/songs until today.

Next time kalau diorang datang, aku nak amek rockzone. Haha. Don't care.










Berlarilah

Pada suatu hari, aku masih ingat, aku duduk depan pc kat office di Damansara Height, sedang kusut memikirkan masalah yang melanda diri aku ...