Saturday, 7 October 2017

on the way menjadi dewasa (kot)

Menjadi dewasa. Tidak pernah diberitahu oleh sesiapa bahawa menjadi dewasa adalah berarti menjadi manusia yang harus membuat pilihan. Life is about a choice. Masa kecil, kita tidak punya banyak pilihan. Kalau ada pun, kebanyakannya dipengaruhi oleh seseorang (ibu, bapa). Tapi bila dewasa,

tidak ada satu pun pilihan yang kita buat adalah salah. yang ada mungkin pilihan merugikan atau menguntungkan kita. tapi kedua-duanya memberikan pengajaran yang berbeza. aku pilih untuk bangun pagi, mungkin pagi itu aku akan dapat siapkan banyak kerja. kau pilih untuk bangun lewat, mungkin kau boleh teruskan mimpi-mimpi indahmu sampai ke tengahari.

banyak keputusan yang terpaksa aku buat baru-baru ini. keputusan yang ada merugikan aku, dan ada keputusan yang menguntungkan aku. tidak dari segi kewangan, aku untung dari segi masa. aku personally rasa masa lebih bernilai tinggi dari kewangan. mungkin kerana aku belum pernah susah dari segi kewangan. entah.

aku rasa hidup aku tak banyak cabaran. tapi aku perasan orang sekeliling aku banyak diuji, tak kira dengan ujian kehilangan, atau ujian kemewahan. dan aku diuji untuk menilai keadaan diorang. namun aku tak boleh menghakimi, kerana aku tak mengalami apa yang diorang rasa.

hidup aku sekarang, senang. aku cuma nak gembira. aku taktahu adakah aku perlu kejar kewangan, atau harta benda, atau cinta. aku rasa cinta yang paling merumitkan. haha. kewangan? setakat ni aku masih boleh uruskan, walaupun aku dah tak boleh bermewah macam dulu.

baiklah. semoga hari-hari anda lebih baik dari semalam.

Masa orchid run haritu :) 
P/s: aku nak cari ustazah untuk ajar mengaji lah. kalau ada contact roger aku. thx



No comments:

Berlarilah

Pada suatu hari, aku masih ingat, aku duduk depan pc kat office di Damansara Height, sedang kusut memikirkan masalah yang melanda diri aku ...