Tuesday, 24 October 2017

Bertemu dia.

22102017, hari itu aku bangun awal. 6:30 pagi aku dah bersiap untuk solat subuh, dan membantu mak aku apa yang patut. Memandangkan hari ini hari kenduri arwah 100 hari atuk aku. Sebenarnya aku masih tidak faham mengapa harus disambut hari kematian seseorang, tapi bila aku fikirkan semula, mungkin ini salah satu cara untuk keluarga bersedekah dan memohon doa untuk keluarga yang telah pergi meninggalkan kita.

Selesai kerja-kerja memasak, lalu aku bersiap untuk kenduri. Gosok tudung biar elok sikit dan sarung baju kurung. Aarif dah sampai rumah. Main dengan aarif kejap. Lepas tu tidurkan beliau. Dalam hati aku, aku tahu ada seseorang yang aku nantikan untuk jumpa, ada disini. Tapi aku tahu aku tak dapat jumpa. Sebab aku ada kenduri ni. Come on. Kau nak mampus ke kena marah dengan mak aku pergi lari kenduri semata-mata nak jumpa artis. 

Nak dijadikan cerita, aku luahkan kekecewaan aku kepada kawan baik aku. Si perempuan ni, sebagai member yang baik, dia sokong pulak aku pergi. Okay. Baik. Sekarang aku dilemma. Selesai makan tengahari, aku masih lagi berkira-kira nak pegi ke tak. Tiba-tiba aku dapat bukan satu, bukan dua. Tetapi tiga message daripada sahabat aku. Haih. Korang memang sengaja. 

“Ct. ariel kat melodi”
“Catt, noah kat tv3!”
“Ct, tengok melodi tak?”

Kau dah kenapa setan. Hahaha. Jadi kau rasa apa yang aku buat?  Perkara pertama adalah aku check camera, phone aku. Nak confirmkan berapa banyak battery tinggal. Alhamdulillah. Cukup. Aku masih berkira-kira lagi. Aku buka laci, ambil CD Sings Legend yang aku beli masa 2016. Masa ni aku tengah tunggu azan zohor. Masuk je waktu, aku solat. Selesai solat. Aku kemas barang. Aku ready nak gerak. Kawan aku kata pukul 1:30 dia gerak. Aku berdebar teruk. Sebab aku tengah fikir macam mana nak lari dari kenduri. 

“Pai”. Message kawan aku masuk. Aku pun apa lagi, berdesup keluar. Dari jauh aku cari mana kereta dia. Cibai kau kenapa parking jauh. Aku kena lintas crowd. Apa lagi dengan berbekalkan latihan larian aku, berdesup aku lari. 

“Oi. Kau nak pergi mana tu?” Abang aku jerit. Mampus aku nak pandang. Aku cuma nampak kereta kawan aku je. Sebelum bukak pintu, aku gelak dulu. Dah bukak pintu, aku gelak lagi. Dah tutup pintu pun aku masih gelak. Betul gila dan bodoh aku hari itu. Demi seorang lelaki. 

Nak dijadikan cerita. Kami pun sampai ke Quill City Mall. Sejujurnya aku berdebar. Nervous. Macam nak first date. Lagi satu aku tak pasti ada ke tidak lagi meet and greet pass tu. 

Nampak kaunter, alhamdulillah ada lagi tiket. Lepas tu aku cari marker pen. Ahh lupa bawa. Cari MPH, beli marker pen. Ok settle. Now jom beratur. 

On the way nak beratur, kau tahu aku nampak apa? Nampak wakil media dan security kat satu kawasan ni. Berbekalkan kepakaran manusia macam aku, aku syak NOAH ada dalam ni. Allahu. Betul. Nampak si Ariel. Hensem weh. Terkedu jap. Haha over. Tapi memang handsome. Kacak. Semua ada. Ayy. 

Long story short, aku tunggu depan pintu, dapat jumpa. Lepas tu dapat meet and greet diorang kat main stage. Dua kali aku naik. Bukan organizer tahu. Anyway thank you so much kepada organizer sebab bawa Noah ke KL untuk konsert dan meet and greet session ni. I am much appreciated your hard work. 

Aku dapat autograph Noah, kecuali David. Sebab hanya 10 orang diberi naik untuk bergambar sahaja. Selfie tak dibenarkan tapi aku taknak ada penyesalan. And rules are meant to be broken. Aku tak menyesal langsung lari kenduri tu. 

Aku dah tak peduli apa orang nak kata. Aku memang minat Peterpan sejak Bintang Di Surga lagi. Siap beli cd cuma aku taktahu mana dah aku letak. Sebab aku pindah bilik. So banyak barang yang aku tak tau mana. Anyway, aku happy dapat jumpa NOAH. Tak sabar nak tunggu konsert nanti. 



No comments:

Bertemu dia.

22102017, hari itu aku bangun awal. 6:30 pagi aku dah bersiap untuk solat subuh, dan membantu mak aku apa yang patut. Memandangkan hari ini ...