Sunday, 17 September 2017

#edisijelajah – Kuala Terengganu

Assalamualaikum kawan-kawan. Apa khabar? Kali ini aku nak kongsi itinerari percutian aku ke Kuala Terengganu. Sebenarnya dah lama pergi, 7-8 Mei haritu, tapi baru terasa nak update di blog.

Untuk ke KT, kami memilih untuk terbang bersama AirAsia. Harga tiket okay lah. Tak mahal sangat. RM78. Dekat sana kami book kereta. Senang nak pergi mana-mana. Satu hari tak sampai RM100. Sebab kami book axia.

Kalau travel macam ni (2 hari 1 malam) biasanya kami akan ambil flight pagi dan pulang dengan flight petang.

08 May 2017

Flight ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (TGG)

Sampai Kuala Terengganu

Jalan-jalan at Pantai Batu Burok. Btw pantai ni cantik. Masa kami datang tu tak ramai orang. Make sense sebab kami pergi hari isnin. Hehe.


Melawat Pasar Payang. Last time aku datang sini, aku rasa lain betul pasar ni. Sekarang dah cantik. Ada grafiti. Cantiklah. Cat elok. Melawat dulu. Tengok barang apa best untuk hantar gambar kat mak hehe. 










Lunch at Restoren Mat Binjai. Typical kedai terengganu. Ada macam-macam lauk. Harga makanan pun murah. Nak bandingkan dengan KL memang jauh beza lah kan dik. Sotong besar. Budu lagi. Fuhh.






Lepas lunch, kami decide untuk check-in ke hotel. Hotel kami berdekatan dengan Pasar Payang. Memang area situ. Nama hotel Suite 18. Recommended. Hotel baru. Yang menariknya pasal hotel ni, ada ruang lepak kat belakang. Best lah. Aku suka. 


Keropok lekor hunting.




Sebelah kedai jual keropok lekor mentah tu ada kedai yang jual keropok lekor yang dah dimasak. Dappp. 


Lepas tu kitorang pergi melawat Taman Tamadun Islam Terengganu. Sendu tempat ni. Yang menarik cuma Masjid Kristal je.
 


Next, makan lagi. Hehe. Makan celup tepung kat Warung Pok Nong. Sedap, tapi bagi aku kedai ni okay-okaylah. Ramai orang. Hehe. Mungkin sebab aku tak gemar makan seafood sangat so aku rasa celup tepung sini okay-okay je. ABC dia okay. Yang bestnya dia hidang panas-panas. Layan pulak dengan angin pantai. Lepas makan jangan lupa ambil gambar kat seberang jalan. Cantik lautnya.




Dah kenyang kan. Kita layan sunset kat Pantai Baru Buruk balik. 



Malam kitorang agak buntu nak makan mana. Google, lepas tu jumpa kedai ni Restoren NR Café. Sedap jugak makanan dia.


Dah kenyang, taktahu nak pergi mana, lepak kat bawah hotel, layan bayu malam.

09 May 2017

Esoknya kami sarapan Nasi Dagang kat Sudut Selera Kak Pah. Dekat dengan pantai batu buruk,. Sedap nasi dagangdia. Lepas tu kat kawasan tu juga ada nasi kerabu. Molek be makang sik kerabu pepagi. 




1030 Flight ke KUL

Lepas sarapan maka berakhirlah percutian kami ke Kuala Terengganu. Kalau ada kesempatan aku nak pergi Pulau Perhentian pula.

Overall, pada pendapat aku Kuala Terengganu lebih kepada scenery/nak layan view. Sebab view memang terbaik sini. Lepak tepi pantai, angin bayu menampar ke muka. Lepas tu bila malam, langit sini penuh bintang. So untuk kaki stargazing boleh melawat terengganu untuk cari bintang. Port yang best, yang aku perasan kat tepi airport. Sebab gelap kan kawasan airport bila malam. Hehe.

Kalau bab makan, pada pendapat aku makanan dia belum cukup padu untuk aku yang kaki makan ni. Tak boleh lawan dengan Kelantan dan Penang. Lagipun aku pergi hanya 2 hari 1 malam jadi aku tak sempat nak explore habis. Lagipun bab makan ni subjektif juga. Ada orang suka makanan yang bermacam rasa, ada yang suka lauk simple-simple.

Itu sahaja untuk entri kali ini. Selamat bercuti.


No comments:

#edisijelajah – Kuala Terengganu

Assalamualaikum kawan-kawan. Apa khabar? Kali ini aku nak kongsi itinerari percutian aku ke Kuala Terengganu. Sebenarnya dah lama pergi, 7-8...