Thursday, 6 July 2017

Resepi Laksa Johor

Hi. Ini ialah resepi untuk 1 paket spaghetti. Biasanya 1 paket spaghetti boleh makan dalam 10 kali. Ikut kuat mana kau makan. Hehe. 


Bahan A (rebus - mesin - asingkan)
Ikan kembung 1kg
Udang basah 100gm
Isi ikan kurau 10gm dibakar
1 1/2 paket kecil udang kering

Bahan B (mesin)
Bawang besar 3/4 biji
Cili kering blend (aku biasa guna 1 senduk besar)
Bawang putih 3/4 ulas
Halia 2 ibu jari
Lengkuas 1 ibu jari
Serai 2 batang diketuk
Asam keping 2 keping
Santan pekat 1 kotak
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari ikan

Bahan hias (ini ikut suka aku, boleh refer resepi asal untuk bahan hias yang sepatutnya)
Limau
Timun
Kacang panjang
Bawang besar
Daun kesum*
Bunga kantan*

*masukkan dalam kuah pun boleh

Sambal belacan
Lada merah, belacan, bawang merah.



Cara menyediakan dan memasak:
Rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan.

**Penyediaan kuah**
Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi.
Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit .
Masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
Masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air.
Masukkan asam keping.
Tambah garam dan gula untuk rasa.
Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk.

**Sambal belacan**
Mesinkan semua bahan dan hidangkan.

Selamat mencuba.




Sorry rupa tak semenggah. Hehe tapi sedap bak kata kawan-kawan aku :P 
Hahaha. Selamat mencuba :) 

Resepi Kari Ikan Merah

Bahan-bahan

Bawang besar 1 biji
Bawang putih 3 ulas
Halia besar ibu jari (?)
Rempah (tktau la rempah apa ayah aku masukkan. Tengok gambar hahaha)
Rempah kari ikan
Ikan merah
Daun kari dua tangkai
Air asam jawa
Santan
Garam & ajinamoto

Optional
Bendi
Tomato





Cara-cara
Tumis bawang besar, bawang putih, halia daun kari.
Bagi naik bau.



Masukkan rempah kari ikan. Biar masak jap.
Masukkan ikan, air asam.
Lepastu masukkan santan.
Biar sampai masak.


Kalau ada bendi/tomato bole masukkan jugak
Garam dan aji jangan lupa. Kang mengamuk mak kau tawar meleset katanya.

Siap. Bole la hidang kat family.

Resepi Laksa Johor

Hi. Ini ialah resepi untuk 1 paket spaghetti. Biasanya 1 paket spaghetti boleh makan dalam 10 kali. Ikut kuat mana kau makan. Hehe.  Re...