Sunday, 2 April 2017

Suku Pertama 2017

Banyak yang aku nak luahkan disini tapi aku sekarang memilih untuk berdiam. Terutamanya mengenai hal-hal hati yang selalu mengganggu fikiran terutama bila malam menjelma. Saat aku menulis ini, aku masih menganggur. Cukup 3 bulan aku menjadi penganggur paling berjaya. Tapi aku suka. Dapat luangkan masa untuk diri sendiri. Tapi 3 bulan sudah cukup lama. Aku masih ada impian yang perlu aku kejar dan harapan yang perlu aku capai.

Menjadi orang yang tiada jadual tetap harian, aku lebih memilih untuk berkurung didalam bilik dan menghabiskan sisa masaku dengan menonton drama, belajar bahasa baru dan membuang masa untuk perkara yang entah apa-apa. Aku tahu aku sedang membuang masa. Aku tahu banyak perkara aku kena kejar. Tapi aku sengaja bagi diri sendiri untuk berehat sementara mengumpul kekuatan untuk berjuang.

Suku pertama aku untuk tahun ini berjalan dengan sangat baik. Aku banyak luangkan masa dengan teman-teman. Teman baru, teman lama. Keluarga? Alhamdulillah baik-baik saja. Aku percaya yang setiap manusia telah ditetapkan rezeki mereka masing-masing. Semoga semuanya dipermudahkan.

Oh ya, selamat 25, Khatijah. Kau dah suku abad.

#edisijelajah Q1
Korea Selatan
Johor Bharu
Singapura
Pulau Pinang

Teman-teman ramai yang sudah mendirikan rumah tangga. Satu je nak cakap, sorry tak dapat datang. Hehe. Nantilah, taktahu bila nak buat comeback ni. Tahniah kawan-kawan. Yang belum dan bakal mendirikan rumah tangga, selamat maju jaya aku ucapkan.

Jangan takut untuk berseorangan kalau rasa tak serasi bersama. Bukan mudah, tapi bukan susah.

Selamat maju jaya.










nota rawak

dah masuk bulan lima, hidup aku masih dibawah. belum dapat kerja. aku nak kerja. aku perlukan sumber kewangan.  kurang 30 hari nak puasa. ...