Tuesday, 3 January 2017

Waktu Jujur 2.0

Waktu jujur - kebiasaannya bermula jam 2.00 pagi, di kedai mamak/mcd, bersama sekumpulan pemuda dan pemudi. Bukan berdua, tapi lebih dari dua. Topik biasanya lebih matang, berasaskan kehidupan, umumnya melibatkan cinta, keluarga dan apa saja masalah kehidupan.

Waktu jujur ni, sejujurnya pada aku ialah sesuatu yang baik. Untuk berbincang hal-hal kehidupan, dan melihat dari sudut berbeza berlainan jantina. Lebih lewat perbualannya, lebih matang topik diskusinya.

Maka, pada 1/1, banyak yang aku belajar di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam. Perihal lelaki perempuan, harta pusaka, agama dan hal-hal kehidupan yang lain. Kebiasannya perbincangan akan berakhir sebelum subuh, sebab belum isyak lagi, jadi tak boleh habis lambat. Lainlah kalau kau dah isyak.

Apa-apapun, terima kasih, kawan.

P/s: Berjaya menghabiskan my very first 10km running event :)


No comments:

nota rawak

dah masuk bulan lima, hidup aku masih dibawah. belum dapat kerja. aku nak kerja. aku perlukan sumber kewangan.  kurang 30 hari nak puasa. ...