Saturday, 5 August 2017

Random

Halo semua apa khabar kau?

Aku bosan sebenarnya. Jadi aku rasa macam nak menulis benda random yang terlintas dalam kepala aku. Hari ini hari sabtu. Aku bangun terlalu awal pagi tadi. Pukul 6.20 aku dah bangun. Solat, then aku decide untuk jogging pagi-pagi. Actually aku memang prefer jogging waktu pagi. Masa tu sejuk, dan tak ramai orang. Aku selalu jogging dekat area rumah aku je. Pantai Hillpark tu. Situ memang hanat sikit track dia. Membukit tinggi kemain.

Aku tengah cuba nak kurus ni hahaha wei benda ni dari tahun 20 entah dua ribu berapa entah niat nak kurus ni. Masalahnya makin membesar adalah. Aaa kau diam. Hahahhhaa. Dah seminggu aku cuba jaga portion dan exercise. Tapi semalam aku bantai makan briyani mahbub AHAHAHAHA. Tu pagi ini aku pergi lari 5km tu. Hehe. Lagipun aku masuk marathon 10km kat NPE. Aku rasa mental aku bakal koyak teruk memikirkan laluan dia tu. HAHAHAHA takpe masuk lari ramai-ramai. Yang penting lepas tu memang koyak rabak lah diri aku. Sebab baru balik sabah lepas tu nak pergi berlari pulak.

Haha. Sebenarnya banyak aku nak sembang tapi aku boleh lupa lah. Bukan lupalah. More tu aku tengah tulis benda ni lepas tu aku borak dengan orang lain maka aku terlepas dah apa yang aku nak letak disini.

Bila dah dewasa ni kan, kau cenderung untuk simpan dalam-dalam apa saja buah fikiran kau dari orang tahu. Aku lebih gemar luahkan dengan kawan-kawan yang terdekat (well you know who you are). Bukan apa, kalau kita tulis online ni, kita taktahu siapa baca, dan kita tak tahu dia guna tone macam mana. Jadinya lebih baiklah kita cerita dengan kawan-kawan di dunia yang nyata. Hehe. Done deep. haha.

OK lah dibawah ialah gambar random untuk edisi kali ini. Hehe





Tuesday, 25 July 2017

Life as a jobless.

Every morning, you wake up with a sound of your cat meowing at you, asking for a food.
Once you wake up, you will think about what should I cook today, or check your messages from Mama if  there's any house chores to complete before she coming back from work.
Next you will send morning messages to your love one. If you don't have, at least send it to the whatsapp group.

Once you have completed your morning ritual, you will go back to your bed, scrolling through fb or twitter, like a post on ig or perhaps listen to your favourite Kpop song on youtube. Or if you have something to cook, you will go to the kitchen, prepare the ingredients, start cooking. Completed cooking. Now what? Lunch hour. Lunch break.

Job seeking? Only once in a week. Then you wait until your mother coming back from work. Listening to her talking about her daily job, or do nothing. Scroll ig, whatsapp group and whatever.

Dinner time. If your friends want some nasi ayam madu, you will follow them. Or if you're not going out, you will ask your mother what to eat, while watching your favourite K variety show.

Nowwww it's night!! Sleeping? nahh. watch another kdrama or variety show or anime and play with your cat.

All the best, jobless-er



Thursday, 6 July 2017

Resepi Laksa Johor

Hi. Ini ialah resepi untuk 1 paket spaghetti. Biasanya 1 paket spaghetti boleh makan dalam 10 kali. Ikut kuat mana kau makan. Hehe. 


Bahan A (rebus - mesin - asingkan)
Ikan kembung 1kg
Udang basah 100gm
Isi ikan kurau 10gm dibakar
1 1/2 paket kecil udang kering

Bahan B (mesin)
Bawang besar 3/4 biji
Cili kering blend (aku biasa guna 1 senduk besar)
Bawang putih 3/4 ulas
Halia 2 ibu jari
Lengkuas 1 ibu jari
Serai 2 batang diketuk
Asam keping 2 keping
Santan pekat 1 kotak
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari ikan

Bahan hias (ini ikut suka aku, boleh refer resepi asal untuk bahan hias yang sepatutnya)
Limau
Timun
Kacang panjang
Bawang besar
Daun kesum*
Bunga kantan*

*masukkan dalam kuah pun boleh

Sambal belacan
Lada merah, belacan, bawang merah.



Cara menyediakan dan memasak:
Rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan.

**Penyediaan kuah**
Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi.
Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit .
Masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
Masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air.
Masukkan asam keping.
Tambah garam dan gula untuk rasa.
Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk.

**Sambal belacan**
Mesinkan semua bahan dan hidangkan.

Selamat mencuba.




Sorry rupa tak semenggah. Hehe tapi sedap bak kata kawan-kawan aku :P 
Hahaha. Selamat mencuba :) 

Resepi Kari Ikan Merah

Bahan-bahan

Bawang besar 1 biji
Bawang putih 3 ulas
Halia besar ibu jari (?)
Rempah (tktau la rempah apa ayah aku masukkan. Tengok gambar hahaha)
Rempah kari ikan
Ikan merah
Daun kari dua tangkai
Air asam jawa
Santan
Garam & ajinamoto

Optional
Bendi
Tomato





Cara-cara
Tumis bawang besar, bawang putih, halia daun kari.
Bagi naik bau.



Masukkan rempah kari ikan. Biar masak jap.
Masukkan ikan, air asam.
Lepastu masukkan santan.
Biar sampai masak.


Kalau ada bendi/tomato bole masukkan jugak
Garam dan aji jangan lupa. Kang mengamuk mak kau tawar meleset katanya.

Siap. Bole la hidang kat family.

Wednesday, 28 June 2017

Syukur

Alhamdulillah. Tu je nak cakap.

Mungkin ada benda aku kurang, tapi banyak yang lebihnya aku rasa tahun ni. Alhamdulillah :)

By the way, selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Mungkin aku ada tersilap kata tersalah bahasa, harap dimaafkan.

Friday, 26 May 2017

Ramadhan 2017

Salam Ramadhan everyone. May Allah bless us and give us strength this ramadhan :)

Friday, 5 May 2017

nota rawak

  1. dah masuk bulan lima, hidup aku masih dibawah. belum dapat kerja. aku nak kerja. aku perlukan sumber kewangan. 
  2. kurang 30 hari nak puasa. kau dah ganti puasa?
  3. ibu mengandung kena pam susu dan upload di facebook ke?
  4. jauh disudut hati aku nak kahwin juga. tengah simpan duit. doakan aku 2020 kahwin okay?
  5. aku rasa nak berhenti menjelajah sebentar. stop sampai bulan 5 ni je. sambung nanti lah lepas kahwin :P (tapi trip jepun dan sabah tak boleh cancel)
ini gambar aku pergi melaka tempoh hari. mana aku? yang ambil gambarlah.


Sunday, 2 April 2017

Suku Pertama 2017

Banyak yang aku nak luahkan disini tapi aku sekarang memilih untuk berdiam. Terutamanya mengenai hal-hal hati yang selalu mengganggu fikiran terutama bila malam menjelma. Saat aku menulis ini, aku masih menganggur. Cukup 3 bulan aku menjadi penganggur paling berjaya. Tapi aku suka. Dapat luangkan masa untuk diri sendiri. Tapi 3 bulan sudah cukup lama. Aku masih ada impian yang perlu aku kejar dan harapan yang perlu aku capai.

Menjadi orang yang tiada jadual tetap harian, aku lebih memilih untuk berkurung didalam bilik dan menghabiskan sisa masaku dengan menonton drama, belajar bahasa baru dan membuang masa untuk perkara yang entah apa-apa. Aku tahu aku sedang membuang masa. Aku tahu banyak perkara aku kena kejar. Tapi aku sengaja bagi diri sendiri untuk berehat sementara mengumpul kekuatan untuk berjuang.

Suku pertama aku untuk tahun ini berjalan dengan sangat baik. Aku banyak luangkan masa dengan teman-teman. Teman baru, teman lama. Keluarga? Alhamdulillah baik-baik saja. Aku percaya yang setiap manusia telah ditetapkan rezeki mereka masing-masing. Semoga semuanya dipermudahkan.

Oh ya, selamat 25, Khatijah. Kau dah suku abad.

#edisijelajah Q1
Korea Selatan
Johor Bharu
Singapura
Pulau Pinang

Teman-teman ramai yang sudah mendirikan rumah tangga. Satu je nak cakap, sorry tak dapat datang. Hehe. Nantilah, taktahu bila nak buat comeback ni. Tahniah kawan-kawan. Yang belum dan bakal mendirikan rumah tangga, selamat maju jaya aku ucapkan.

Jangan takut untuk berseorangan kalau rasa tak serasi bersama. Bukan mudah, tapi bukan susah.

Selamat maju jaya.










Sunday, 29 January 2017

#edisijelajah - Seoul & Busan, South Korea

Assalamualaikum semua. Kalini aku nak share trip aku ke Seoul dan Busan. Aku tak nak buat banyak entri. Aku sum up semua dalam satu post je. Boleh kan? Simple itinerary je. Tapi pada pendapat aku ini bukan the best itinerary lah. Mungkin ada orang lain yang lebih best.

Travel Date: 11 - 18 January 2017

Okay itinerary aku begini ye.

11 January 2017
KUL - PUS
AirAsiaX - RM633.03/pax

BUSAN - SEOUL
KTX (online booking) - 239000 won/4 pax.

Guesthouse - Come On Guesthouse Myeongdong (Stay untuk 6 malam, 352000 won)
Recommended sebab dekat dengan metro station (Chungmuro).

Myeongdong




12 January 2017
Private package (50,000 won)Elysian Gangchon Ski Resort
Nami Island





Chenggyecheon Stream



Gwanghawmun Square



Myeongdong

13 January 2017
Everland (37,000 won)






Itaewon




14 January 2017
Namsan Seoul Tower - Observatory (21,000 won/2 pax, dapat popcorn and air) 





Gyeongbokgung Palace (3000 won)




Dongdaemun Plaza





Myeongdong

15 January 2017

KBS



Namdaemun Market




Myeongdong


16 January 2017

Bukchon Hanok Village


Insadong



Ewha Women University




Yang Good Korean BBQ




17 January 2017
SEOUL - BUSAN
KTX, 204,700 won/4 pax

Gamcheon Cultural Village (2000 won untuk map)





Jagalchi Market



Hauendae Beach



Guesthouse - Sense Motel, Sasang (nearby Sasang Station, 70,000 won/4 pax)


18 January 2017
PUS - KUL


Untuk T-Money, kami topup dalam 50,000. Tapi sebab boleh refund, rasanya tak sampai pun 50,000 won perbelanjaan untuk T-Money. And kat Busan, kami guna one-day daily pass berharga 4500 won. 


Overall, aku recommend Seoul untuk siapa yang suka shopping, KPOP dan modern lifestyle disamping cultural activities yang banyak sekitar Seoul. Busan, lebih kepada maritime, banyak pantai dan sesuai pergi waktu summer. 


Perbelanjaan yang aku spent kat sana termasuk shopping, makan dan semuanya dalam lebih kurang RM3000. Mungkin boleh kurang lagi. Tapi sebab aku pentingkan keselesaan dari harga yang murah, aku sanggup bayar lebih. Contohnya untuk bilik yang selesa (no shared bathroom dan berdekatan dengan metro station) dan KTX. 


Keseluruhan, aku suka Seoul lagi. FYI, cuaca sejuk amat di Seoul, tapi Busan masih boleh tolerate lagi cuaca dia. Dan kat Seoul ramai orang muda. Seoul ni macam KL, kau senang nak kemana2. Nearby attraction tu banyak dan senang nak tanya sebab diorang faham English dan boleh berbahasa dengan baik. Tapi Busan, koyak. Even signage pun takde dalam English. Wew jenuh nak baca. Nasib baik aku boleh membaca Hangul walaupun slow. 


okaylah. Simple. Ape apehal nak tanya pasal Seoul boleh contact aku :)

Random

Halo semua apa khabar kau? Aku bosan sebenarnya. Jadi aku rasa macam nak menulis benda random yang terlintas dalam kepala aku. Hari ini ha...