Saturday, 31 December 2016

Recap 2016 - A year in review

Assalamualaikum dan hi semua.

Lama aku tidak menulis dalam laman ini, bukanlah kerana kekangan masa tapi kerana kurangnya idea untuk menulis. Hehe lagipun dah lama tak pergi travel, jadi takde apa nak diisi dalam ni.

Tajuk kemain omputih, tapi aku tetap selesa dengan bahasa Melayu. Hehe. So, seperti tajuk yang tertera, aku nak tulis detik-detik pahit manis aku sepanjang 2016 ni. Nak diringkaskan, aku boleh katakan 2016 ialah tahun yang bermacam rasa. Ada pahit ada manis. Haha. Kalau ikut graph kehidupan tu, 2016 ni graph dia macam berselirat tau.


So, meh kita tengok azam baru 2016 aku. Tercapai ke tidak.

Goals for 2016 (To be edited)
  1. Lesen moto ---- L je ada. P takde pasal ayah aku tak bagi aku bawa moto gi keje. Hehe. And aku malas nak masuk kelas. 
  2. Motor sendiri (Paling terbaik: LC, paling teruk: LC secondhand) --- dah tak bagi bawak moto gi kojo macam mana nak beli?
  3. Saving 6 bulan gaji. --- masih merangkak lagi haha. 
  4. Not gonna travel overseas as I need to save some money for saving and future plan (I plan to marry him in 2020). - penipuan paling besar Khatijah Hamid
HAHAHA. Nampak tak aku punya azam ntah ape ape ntah hehe. Ini azam yang aku nak bagitahu, yang aku tak bagitahu ada juga yang tercapai. Masih merangkak lagi. 

Meh aku nak list down perkara-perkara penting yang memberi impak besar dalam life aku yang hina ini. Huhu.
  1. Kerjaya 
    1. Alhamdulillah, aku dapat increment. Tak banyak, tapi ada. Dan aku merasa bonus pertama aku dengan company aku bekerja hehe. Alhamdulillah
    2. Bulan 9 haritu, aku diberitahu yang aku kena tukar team. Alhamdulillah, dapat team yang sama baik macam team lama. Cumanya dengan team baru aku merasa teammates dengan melayu hehe. 
    3. Bulan 11 ni, aku diberitahu company aku tutup. Ini perkara kedua sadis dalam kehidupan aku 2016 ini. Huhu. So, 2017, (setakat aku menulis ni) aku masih belum dapat kerja. 
  2. Keluarga
    1. Aku dapat anak buah baru. Hehehe. Dua orang. Sorang sepupu aku, sorang dari abang aku. Muhammad Aarif bin Muhammad Syahwal. Semoga korang berdua menjadi anak yang soleh. Hehe mak iti loves you :) 
    2. Wan (atuk belah ayah) meninggalkan kami. Al-fatihah. 
  3. Peribadi
    1. Break up with my 6 years boyfriend. 
    2. Dah daftar haji. Again, I'm late. Haha. 
    3. Dapat lesen L HAHAHAHA. 
    4. #HappyPackProject 
    5. Started my running journey :)
  4. Edisi Jelajah
    1. January - Singapore, Johor.
    2. March - Melaka, Kelantan
    3. April - Melaka. 
    4. August - Melaka
    5. September - Sabah. 
    6. Oktober - Kuching, Johor. 

Maybe ada lagi, tapi ni major changes lah yang banyak membuka mata aku sebagai manusia biasa. Terutamanya hal breakup aku tu. Itu adalah perkara paling besar dalam hidup aku. Aku tak anggap ia sebagai kegagalan, tapi pada aku tu sebagai jalan untuk aku menjadi yang lebih baik. InshaAllah. 



Abah keje raya! 

26th August 2016 - Aarif lahir kedunia :)


Wan konvo!

Nak putus nyawa hiking kat Medang

First parasailing experience at Sabah.

PCB with lovely friends

Melaka :)

Jumpo senior kat running hehe


Melawat kampung diba HAHAHA 

NOH SALLEH NAK CAKAP APA LAGI HAAAA

Orang yang ada dalam hidup aku masa 2015, tak semestinya ada dalam hidup aku masa 2016. Mana yang ada ni aku akan jaga elok-elok :)

Rasanya tu je kot hehe inshaAllah umur panjang kita jumpa lagi 2017.

No comments:

Random

Halo semua apa khabar kau? Aku bosan sebenarnya. Jadi aku rasa macam nak menulis benda random yang terlintas dalam kepala aku. Hari ini ha...