Sunday, 13 November 2016

Review: Oppo F1s Selfie Expert

Hi kawan-kawan semua. Apa khabar? Harini aku nak buat review sikit mengenai Oppo F1s. Hehe. Oppo tak bayar aku untuk buat review tau. Tapi aku nak buat sebab aku sekarang pengguna Oppo F1s. Tapi review aku ni tak terlalu technical tau. Aku pun bukan reti sangat nak berteknikal2 ni haha (malas pun ye gak)

Aku sebenarnya baru tukar phone. Takdelah baru, tapi dah tiga minggu juga aku tukar phone. Mulanya aku ingat nak beli Huawei P9 lite, tapi entah kenapa aku beli Oppo F1s ni. Hmmm kenapa aku pilih Oppo F1s ye? Ok aku cerita proses pembelian phone aku ni eh ehehe.

Box Oppo F1s sebiji macam iPhone -___-
Aku kat Nu Sentral. Duit memang dah ready dah. Aku dah survey P9 lite. And aku pun tanya adik aku, phone mana yang sesuai. Adik aku suggest Oppo F1s. Aku pun taktau kenapa haha. Then masa kat Nu tu, aku tengok dua2 phone. Tapi aku suka kat Oppo F1s ni. Setelah membuat keputusan selama sejam kat Nu Sentral tu, maka aku pilih untuk beli Oppo F1s. Rose Gold ok ahaha.

Harga terkini @ Oppo F1s store - RM1198. Aku tak pasti kalau kat kedai lain berapa harga. Dengan pembelian ini, anda dapat charger, cable, screen protector, clear case and earphone.

Now. Kenapa aku beli Oppo F1s? Sebab kenapa aku pilih Oppo F1s ialah *drum roll*
1) Storage. Oppo F1s - 32GB, Huawei P9 Lite - 16GB. Aku dah guna phone 16GB dengan Android 6.0. Manjang not enough storage je.
2) Battery
3) Design (warna dia aku suka :P)
4) Ketahanan - Oppo F1s guna gorilla glass. Huawei P9 lite aku tak sure. Tapi masa aku pegang tu, Huawei P9 terlalu ringan. Haha.

Lain2? Camera sama je dua2. Cuma kalau kaki selfie boleh lah beli Oppo F1s ni. Dah nama pun selfie expert. Aku amek gambar jadi nora danish kot. LOL tak lawak k catt.

Anyway, kalau korang jenis light user yang main media social je, tak main game sangat and kaki selfie, sesuai lah phone ni dengan korang. Haha. Tapi satu je, phone ni resolution dia rendah sikit dari Huawei P9 lite. Even rendah lagi dari phone aku Xperia C4. And warna dia slightly pinkish. Aku taktahu kenapa haha. Pastu kalau korang nak pakai iPhone tapi tak mampu boleh lah guna phone ni. Aku memula beli memang tak sedar pun yang phone ni sebiji iPhone. Bila aku dah balik adik aku cakap asal macam iPhone. Pfftt hahahah. Memang sebijik sejibon ahhh.

So, setelah 3 minggu menggunakan Oppo F1s ni, apa yang aku suka tentang Oppo F1s ialah

  1. Battery - ini paling aku suka. Maybe sebab pengalaman aku dengan C4 teruk kot. Haha xperia kesayangan aku tu problem tang battery. Cucuk charger je dia restart. Tapi lepas aku beli phone baru elok pulak dia zzz. Anyway, battery memang superb. Aku kalau kat ofis aku on je data. Kadang2 seharian takyah charge. Balik rumah baru charge. Tapi yelah kalau kau heavy user pun, dah tentu2 lah battery kau habis cepat ye dak. 
  2. Fingerprint scan - Ini memang superb. Cepat dan pantas. Hehe. Oppo F1s menawarkan feature fingerprint scan ni. Yang bestnya kau boleh set jari mana untuk bukak apps apa. Contoh jari telunjuk, kau set untuk bukak twitter. So tiap kali kau scan, dia automatik bukak twitter. Hehe. 
  3. CAMERA untuk selfie. Weh ini sudah semestinya kan hahahaha. Memang jadi nora danish lah kau ahaha xD. Ada in app filter, so dah takyah pening pasal nak lawa (chrome filter ada). Memang cun la letop menipu la pakai camera ni :P 
  4. Storage - wei aku download manga, takde hal pun dengan storage. Hehe. Movie, semua aku sumbat je. Tak perlu fikir pasal storage tak cukup. 
  5. Double tap to unlock.
  6. Tak perlu pening pasal optimization. I mean, dah ada application yang handle. Contohnya, file explorer, cache cleaner, phone optimizer. Yang ni aku buat perbandingan dengan Xperia aku. Masa guna Xperia, semua kena guna 3rd party. 
  7. Boleh block contact HAHAHAHAH. 
And, mana ada benda yang sempurna di dunia ini kan? Hahaha. Meh aku share apa yang aku tak suka pasal Oppo F1s ni.
  1. Camera belakang - Huhu. Camera belakang 13MP je huhuhu. Tapi, dengan harga yang aku bayar, ok lah kot ahah. 
  2. Charger besar. Tapi tak menjadi issue pun. 
  3. Kadang-kadang lag. Kadang-kadangla. Haha kau nak expect apa wei. Phone harga camni huhu.
  4. Kena pakai 3rd party software untuk transfer to PC. Sebenarnya oppo sendiri ada software dia, tapi maybe tak compatible dengan Windows 10 kot. Makanya terpaksa guna 3rd party software untuk transfer from phone to PC. 
  5. Tak too fast charging. Amek masa lebih kurang dua jam untuk full battery. 
Emmm rasanya tu je kot. Aku pun baru lagi pakai phone ni. Tak tahu lah kan kot tahun depan aku mengamuk lagi ahahha. 

Ni aku share gambar yang aku ambil guna Oppo F1s. Aku tak edit apa-apa tau. 

Waktu malam

Indoor

Selfie waktu malam. Kedai ni lampu dia agak dim, tapi aku suka warna dia :)





Ni pula UI Oppo F1s

iPhone?

iPhone?

Status Bar 
Status Bar

Settings

Photos

Phone cleaner

Files explorer

Theme store
Rasanya tu je kot yang aku boleh review. Aku pun tak puas explore lagi phone ni. Tapi so far so good lah. Perempuan mungkin suka phone ni. Lelaki aku tak sure tapi kalau kaki selfie suka la kot? Duhh

Ok la sampai sini saja. Kalau nak tanya apa-apa tanyalah google :P hihi sampai jumpa.

==============================================

UPDATE 09012017 

AKU DAH TUKAR IPHONE SE HAHAHAHAHAAHA 

No comments:

on the way menjadi dewasa (kot)

Menjadi dewasa. Tidak pernah diberitahu oleh sesiapa bahawa menjadi dewasa adalah berarti menjadi manusia yang harus membuat pilihan. Life i...