Perihal Pornografi.

asal perkataannya dari bahasa greek: porne. bermaksud female captive yg secara automatisnya dijadikan pelacur.
.
kebiasaannya ia bermula dari curiosity. nak tau saja2. sebab tak mau ketinggalan. nak rasa cool sbb fasih subjek porno.
.
jadi alang2 semua org nak tau / dah tau / akan tau juga nanti2--
porn adalah visual aktiviti seks.
.
there i said it.
dah jgn curious dah.
.
haha. as if.
but seriously anak2.
jom cuba berhenti.
.
sesungguhnya di antara tanda-tanda akan datangnya kiamat adalah akan bermaharajalelanya perzinaan
HR bukhari muslim
.
ye. mmg susah. mcm kita dok bebel2 kat suami kita suruh berhenti hisap rokok, atau kita marah2 abah kita tak jaga gula: pornografi adalah ketagihan yg tidak senang diberhentikan.
.
and no. your partner is not cheating on you with porn. dia bukan nak pasangan yg lebih baik daripada kita. kita bukannya tak cukup baik, tak cukup cantik.
.
orang2 yg ketagihan porno adalah mereka yg telah terbeli fantasi dijual pornografi.
they are stuck.
.
aku juga suatu masa dahulu-- seperti majoriti dlm statistik penonton pornografi di malaysia-- tidak merasa malu dgn porn stash aku ada. siap tukar2 dgn member. siap passing2. astaghfirullah please grant me forgiveness of my past.
.
it was too common, ke tahap member yg tak pernah tengok porn itu kita boleh ejek2 sebab naif. allahu akbar.
.
pornografi sudah jadi sesuatu yg terlalu biasa.
.
biasa sangat--sampai dah tak berapa rasa. bila dah tak ada rasa-- cari benda lagi power.
.
mula dgn pornografi normal. evolve jadi yg makin keras. atau makin pelik. atau makin outrageous.
.
lakonan2 seksual itu jadi darah-daging. macam dilwale dan drama korea menguasai jiwa.
.
fantasi sudah jadi sesuatu yang fantastik.
so why do we have to wake up?
.
because it is haram.
.
susah--
tapi kena.
.
aku tau susah. mcm rokok, mcm makanan berminyak, mcm mengumpat, macam mencarut--
ingat senang ke nak berhenti?
ingat langsung tak cuba?
.
tabiat adalah repetition of activity.
rutin.
lifestyle.
.
so macammana nak berhenti?
mulakan habit baru. baca bismillah.
dalam segalanya.
.
termasuk sebelum klik play.
.
i know biadab.
tp i ask you:
mendengar nama الله--
would you continue?


- Fynn Jamal

Ok. Aku nak mengulas mengenai benda ni. Aku terpanggil untuk mengulas sebab aku adalah antara manusia bodoh yang pernah terjeremus ke dalam kancah pornografi. Well, who doesn't? Tapi nafsu aku tak pelik ok haha. Aku tak pernah tengok lah yang extreme contoh macam pedo ke apa semua. Aku tak pernah bukak redtube ke whatsoever. Tapi aku pernah tengok yang dalam movie. Contoh american pie. Tu tahap aku. 

Berbalik kepada apa yang fynn cakap. Aku tersangat setuju dengan point dia. Kita sebagai manusia biasa, tak terlepas dari buat silap. Benda macam ni, senang je kalau kau nak stop. Diri sendiri. Takde orang yang boleh ubah diri kau. Diri kau sendiri je. Kena tahu benda ni DOSA. Hati kau kena kuat. Kau kena sedar pornografi ni ialah sejenis penyakit bahaya. Terlalu bahaya. Pornografi ni menyumbang kepada banyak masalah-masalah yang kau sendiri tak boleh nak bayang.

Apa-apa pun, tetapkan lah hati untuk meninggalkan pornografi. Cuba sehabis baik untuk mengelak dari mengakses pornografi. Banyakkan beristighfar bila cuba imagine benda-benda yang bukan-bukan. May Allah forgive us. InshaAllah.

:)

Comments

Popular posts from this blog

30 Minit di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur

#EdisiJelajah - Peta Malaysia

Resepi Mudah - Macaroni and Cheese Ayam