Sunday, 11 September 2016

#edisijelajah - Kota Kinabalu, Sabah Negeri di Bawah Bayu [Part 2]

Assalamualaikum.

Kembali kita dalam #edisijelajah Kota Kinabalu, Sabah untuk Part 2. Haha. Maaf ye lambat update. Aku tak busy pun tapi balik kerja macam malas sikit nak update blog. Jadi memandangkan harini Ahad dan aku takde apa kerja sangat makanya aku ambil sedikit masa untuk update mengenai percutian aku ke Kota Kinabalu.

Untuk Itinerari Kundasang, tak banyak yang kitorang buat pun sebenarnya.

Pagi, pukul 8 bertolak dari KK. Perjalanan ambil masa dalam sejam setengah bergantung kepada trafik. Hehe tapi nak ke Kundasang tak kompleks sangat jalan dia. Papehal korang waze je :)

So, dalam perjalanan tu, sebelum sampai Tamparuli tu akan lalu kat rumah terbalik. Kitorang berhenti tapi tak masuk pun. Sebab kena bayar RM10 + takleh ambil gambar haha. Lepas tu kitorang meneruskan perjalanan ke Kundasang.

Nak katanya, sepanjang perjalanan tu korang akan nampak Gunung Kinabalu je depan mata kau. Tak kiri, kanan. Haha memang cantik sangat. Aku pulak sebagai co driver (dibaca: paling gemuk) duduk depan. Soooooo aku memang enjoy the view lah kan.


Then, masa on the way tu kami terserempak dengan Pekan Nabalu. Sempatlah shopping sikit. Sebab nenek aku kirim beg. Haha.






Lepas tu, kami pun meneruskan perjalanan dan tetiba ternampak Kinabalu Park. Dengan tak tahu apa-apa, kitorang pun decide untuk masuk ke Kinabalu Park ni. Aku memang totally clueless apa benda tempat ni. Ingatkan boleh lah tengok apa-apa. Rupanya tempat ni macam ada banyak trail untuk hikers ni training. And ramai jugak photographer kat sini. And disini juga kalau korang nak panjang Gunung Kinabalu akan bermula di kawasan ni.

Lepas pusing-pusing dalam tu, kami pun meneruskan perjalanan ke Kundasang. Masa sampai kat Pekan Kundasang tu macam wow Amazingggg cantiknyaaaaa. Haaa gittew kau. Tapi masa mulut tengah dok amazing tu perut aku pun kruk kruk gak. So kebetulan ada pasar jumaat pulak, kitorang tanpa melengahkan masa pergi cari apa-apa yang boleh dimakan.



Baju bundle berlambak 

Kuih muih dan makanan yang murah :) 

Sate 9 ketul RM6 je kau mampu ke dik. Dah lah sedap !

So, lepas mengisi perut yang boleh tahan kebulur tu, kitorang meneruskan perjalanan ke Kundasang War Memorial. Saje nak tengok. Hehe. Lepas jalan-jalan kejap, kitorang pergi Desa Cattle Dairy Farm. Jalan nak pegi sana fuh boleh tahan. Kereta yang kitorang sewa tu macam semput je T____T. Kitorang naik saga baru tapi tak tahu kenapa semput sangat.

Bukti aku pegi Kundasang War Memorial hahaah.
Gunung Kinabalu ditutupi awan.

Sempat la ambil satu gambar walaupun tak nampak apa-apa

Lembu dia gemuk wei

Gelato ni sedap sangat

Nak masuk Desa Dairy Farm kena bayar RM5

Sempat ambil gambar dengan member baru kenal (diorang tu kitorg jumpa kat Pulau jugak)

Hi awak yang comel tu :)

Layan view sambil minum susu
Sementara nak tunggu check in, kitorang layan view dulu sambil makan aiskrim. Masa ni cuaca macam dah nak hujan. Lepas tu perut aku pulak memulas teruk lepas minum air susu ni. Biasalah effect susu ni kan hehe. Sedap wei susu dia.

Lepas pukul 2, kitorang check in hotel. Jalan nak ke Hotel ni pun hazabedah jugak. Haih lah haha. View memang cantik, tapi nak naik tu memang mahakarya cinta betul. Kereta tu ntahlahhhh.

Lepas check in, solat apa semua, kami pun meneruskan perjalanan ke Ranau. Kalini nak pergi Sabah Tea. Tapi lepas tengok jalan dia macam tak mampu je, kami pun decide untuk pergi fish spa je kat bawah tu. Sungai Moroli Fish Massage (Ranau, Malaysia).

Nak masuk, RM5 seorang. Kamera RM3 hahahahaha apekejadahhh. Dah lah bagi masa 15 minit je. Tapi kitorang stay lama sikit.

Dia macam ni tau, kalau kau taknak pergi fish spa ni, kau boleh pergi Poring Hot Spring. Jarak perjalanan dari Kundasang pun lebih kurang je. Kalau aku nak bagi cadangan, aku akan suggest korang pergi Poring Hot Spring tu. Hehe. Fish spa ni cam takde apa sangat. Satu sebab kitorang kejar masa. Taknak balik ke hotel malam sangat memandangkan jalan pun cam hanat je.

Ikan ni suka gigit. Hehe memang tu lah tujuan dia ye dak?
Lepas dari fish spa tu, kitorang pun pergi ke pekan Ranau, nak cari makanan. haha. Asyik nampak KFC je. Aku tak faham betul. Tak KFC, Pizza. Orang Sabah ni memang gila KFC ke ape hahahaha.

Then dalam maghrib kami memanjat ke hotel. Wei masa ni, adui ada satu kejadian berlaku. Betul2 azan maghrib kereta tetiba takleh naik hahahha. Ntah lah. Semua turun then Jaja bawak naik slow2 hahahah. Power power.Sampai hotel kitorang pun berehat dan makan dan layan movie. Pukul 9.30 aku dah tidur lena. Hehe.

Bangun pagi tu, dalam pukul 5.30 aku terjaga. Masa ni masih gelap lagi. Lepas settle subuh, layan view depan bilik. Fuhhhhh terbaik gila wei terbaik!

Pukul 6

Pukul 7


Pukul 8
 View dia subhanallah. Magnificent. Aku macam taknak balik rasa sebab view dia cantik sangat.

Lepas bersiap-siap semua, kami pun check out dan turun ke Pekan Kundasang semula untuk cari sarapan.

Tak tau apa ini.

Isi dalam dia. Nasi dan ayam hancur. Sedap
Lepas breakfast, kami pun meneruskan perjalanan untuk ke airport hehe. Tapi sebelum tu singgah Nabalu dulu hehehe. 

Pekan Nabalu

Macam-macam ada
Masa dah turun tu, rasa macam awal pulak. So cari la tempat-tempat menarik lagi haha. Dan terjumpa kedai lokan bakar ni.

WEI SEDAP GILA LOKAN BAKAR NIII. Lokan Bakar dan Kelapa Bakar. Hehe. Sedap wei hahahahah aku kalau boleh nak je bawa balik tapi beg aku dah overload ahhhh so lupakan hasrat untuk shopping itu.



Then, lepas makan ni, diorang pun hantar aku kat Airport. Flight aku sepatutnya jam 1430 tetapi airasia being airasia, delay brooooo. Haishh. So flight kami ditunda ke jaln 1525. Adui.

Kalau aku tahu aku dah pergi makan dahh. Anyway, dengan itu berakhirlah percutian aku ke Sabah. Kota Kinabalu. Dan aku ada pasang impian untuk panjat Kinabalu which pada aku sangatlah tidak mustahil :D

Anyway, aku suka team kali ni. Semua very relax dan takde masalah sangat sepanjang perjalanan tu hehe.

Apa yang best tentang Sabah? Mereka sangat peramah dan sopan di jalan raya. Bawa kereta tak kelam kabut macam di KL. Yes. Memang sopan. Selain tu, orang Sabah sangat beruntung, dapat view yang cantik macam tu and makanan pun murah je kat sana. Hehe. Sebenarnya banyak lagi tempat yang korang boleh pergi. Kena pandai waze je :)

So, sampai disini saja post kali ini. Ape apehal kalau nak tanya pape, boleh roger je aku kat @catthmd okay? Terima kasih kerana sudi baca entri tak seberapa ni.

No comments:

nota rawak

dah masuk bulan lima, hidup aku masih dibawah. belum dapat kerja. aku nak kerja. aku perlukan sumber kewangan.  kurang 30 hari nak puasa. ...