#edisijelajah - Kota Kinabalu, Sabah Negeri di Bawah Bayu [Part 1]

Assalamualaikum semua.

Kembali kita dalam #edisijelajah kali ini setelah sekian lama tidak menjelajah (ada jelajah tapi malas nak update + tempat biasa sangat). So, untuk kali ni aku akan berkongsi mengenai percutian aku ke Kota Kinabalu, Sabah. Pertama sekali, ini bukan percutian bajet rendah. Kalau nak cari bajet rendah mungkin boleh refer blog lain. Tapi still affordable untuk kawan-kawan yang baru nak hidup macam aku (baca: baru mula kerja). So, maaf lah kalau tak bajet mana entri kali ni haha.

Ok aku akan bahagikan entri ini dengan beberapa bahagian iaitu bajet, itinerari dan gambar menarik sepanjang aku kat sana. Overall, bajet bawah 1000 (termasuk tiket flight dan shopping). Aku pergi dalam 4 hari 3 malam kat sana, 31 Ogos sampai 3 September 2016. Mula asal, kitorang patutnya pergi 6 orang, tapi atas sebab tertentu, jadi 5 orang. Sebab tu over budget :(

Bajet

Untuk bajet, berikut ialah perbelanjaan aku (tak termasuk shopping dan makan).
  1. Homestay kat KK (University Condo Apartment 2) - 300/2 malam, 60/Pax
  2. Kereta sewa (Saga) - 300/3 hari, 100/hari, 60/pax
  3. Minyak - RM70 (ni terover, RM50 sebenarnya dah cukup sangat) 14/pax
  4. Island Hoping (Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik) - 51.80/pax
  5. Parasailing - 65/pax
  6. Desa Dairy Farm - RM5/pax
  7. Crystal Hill, Kundasang - 190/room, 38/pax
  8. Kinabalu Park - RM3
  9. Kundasang War Memorial - RM2
Jumlah keseluruhan - RM300/pax. Tak bajet sangat kan? 



Itinerary

Ini ialah rough itinerary yang kitorang follow sepanjang kat Kota Kinabalu ni :)

Hari pertama (31 Ogos 2016)

  1. Sampai KK
  2. Melawat Masjid Negeri Sabah
  3. Pasar Filipina
  4. Makan seafood kat Pasar Filipina. 

Hari Kedua (1 September 2016)

  1. Island Hoping - Pulau Sapi, Pulau Mamutik, Pulau Manukan. 
  2. Makan kat Tanjung Aru. 

Hari Ketiga (2 September 2016)

  1. Bertolak ke Kundasang
  2. Pekan Nabalu
  3. Kinabalu Park
  4. Desa Cattle Dairy Farm
  5. Tagal Sg Moroli, Kampung Luanti, Ranau

Hari Keempat (3 September 2016)

  1. Pekan Nabalu
  2. Lokan Panggang dan Kelapa Bakar, Tuaran
  3. Balik Kuala Lumpur. 

Pengalaman

So kali ni aku akan share pengalaman kitorang sepanjang di sana. Ini termasuk gambar apa semua hehe. 

Hari Pertama

Flight kami ke KK ialah pada jam 12:35. Kami naik AirAsia. Tiket aku around 224. Sebab beli lambat jugaklah. Alhamdulillah flight tak buat hal. No delay hehe. And sampai tepat pada masanya. Sesampainya disana, kami ambil kereta. Saga baru katanya. Baru keluar kedai. Bagus-bagus. Tapi nanti aku cerita pengalaman menarik pasal kereta ni. 

Masjid Negeri Sabah 

Then, lepas jumpa Nana and Fiza kat Taman Awam Teluk Likas, kitorang pun gerak ke Homestay untuk letak barang dan ready untuk makan-makan kat pasar Filipina ni. Apalah ertinya datang Sabah kalau tak makan seafood ye dak? 

Kat Pasar Filipina ni, ada macam-macam jenis benda kau boleh beli. Dari barang basah, ke baju-baju, barang kering, cenderamata semua ada kat sini. Kena pandai pilih je. 

Antara makanan yang ada. Aku pun taktau benda apa ni 

Amplang dan Kuih Cincin, signature food as cenderamata.

Mutiara, sepapan RM35. Haha Murah sgt. 
Kalau nak best, kena la pandai tawar menawar. Hehe. Aku tak beli apa sangat pun. Beli untuk famili je. Aku tak beli pape untuk diri sendiri pun. 

So, malam tu makan kitorang RM10/pax (sebab yang lebih2 tu Sarah belanja) hahah thanx sara. Makan dia sedap, kena pandai pilih juga sebab ada banyak sangat gerai kat situ. 

Ikan kering, ikan bilis dan macam-macam ada. 


Fiza sedang tawar menawar masa ni.



Kerang rebus.

Ikan putih kot nama dia?
Ada lauk lain lagi tapi tak sempat nak amek gambar sebab lapar teruk hehehehe. So, lepas makan tu, kitorang jalan kejap kat pasar Filipina tu and kemudian balik ke homestay untuk berehat.

Hari Kedua

Subuh awal sini, pukul 4.52 dah subuh. Tapi aku sebagai early riser, aku bangun tepat sebelum azan subuh. Haha nanti aku cerita pasal masalah morning person aku ni. 

Dalam pukul 7 lebih, kitorang bergerak ke Jesselton Point. FYI, kalau nak ke pulau-pulau tu, kena pergi kat Jesselton Point ni. 

Sarapan pagi, kitorang makan di Bandar KK tu. Ada kedai makan nak kata mamak bukan mamak tapi ada roti canai lah. Hehe. Nama dia Azlina Sulawesi. Kalau makan sini sila minta kuah kari kambing dia sedap gila hehe. BTW thanks Aizah sebab belanja sarapan pagi ni :) 


Jesselton Point

Agent untuk pakej kat Pulau ni. 
 So, untuk island hoping, kami ambil pakej bawah Sunny Rainbow Tours and Travel Sdn Bhd. Aku pun taktau kenapa kami ambil kat sini. Haha.

Pakej seperti yang tertera diatas. Dannnnnn kitorang cuba Parasailinggg. Hehehe aku paling tak sangka aku buat benda ni hahahaha aku ni sebenarnya tak berani sangat bab-bab tinggi ni. Haih banyak betul benda pelik aku buat dengan team travel ni.

Seronok betul Kak Jaja bila si drebar ni offer untuk bawakkan boat

Jeti Pulau Sapi. Depan tu Pulau Gaya.


Sarah and Aizah atas tu. 
Aku cuba parasailing.



Snorkeling kat Manukan. 
Overall, kami spend seharian di pulau ni. Bergerak ke Pulau sapi dalam pukul 9 lebih, and tunggu parasailing dalam pukul 11. Pukul 12 bergerak ke Pulau Manukan and last sekali lepak kat Pulau Mamutik. Cumanya, masa kat Mamutik tu hujan renyai, tapi still boleh mandi hehe.


Ada pulak kenal member baru hahaha. Diorang dari Terengganu. Nice meeting you guys lol.

Nak ceritanya, kitorang tak sempat mandi kat Pulau Sapi sebab tunggu boat parasailing tu lama sangat. Lagipun masa tu panas sangat. Aku ni dah lah memang dah gelap. Haha. BTW orang Sabah peramah. Hehe. Anddd aku rasa antara semua pulau tu, pulau Sapi paling cantik. Cuma yang sedihnya, banyak coral yang rosak kat Pulau Mamutik tu. Sedih....

Ok. So sampai disini saje cerita untuk hari pertama dan kedua. Nanti aku akan sambung untuk part 2 iaitu Kundasang. Hehe. 

Comments

Popular posts from this blog

30 Minit di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur

#EdisiJelajah - Peta Malaysia

Resepi Mudah - Macaroni and Cheese Ayam