Sunday, 25 September 2016

Perihal Pornografi.

asal perkataannya dari bahasa greek: porne. bermaksud female captive yg secara automatisnya dijadikan pelacur.
.
kebiasaannya ia bermula dari curiosity. nak tau saja2. sebab tak mau ketinggalan. nak rasa cool sbb fasih subjek porno.
.
jadi alang2 semua org nak tau / dah tau / akan tau juga nanti2--
porn adalah visual aktiviti seks.
.
there i said it.
dah jgn curious dah.
.
haha. as if.
but seriously anak2.
jom cuba berhenti.
.
sesungguhnya di antara tanda-tanda akan datangnya kiamat adalah akan bermaharajalelanya perzinaan
HR bukhari muslim
.
ye. mmg susah. mcm kita dok bebel2 kat suami kita suruh berhenti hisap rokok, atau kita marah2 abah kita tak jaga gula: pornografi adalah ketagihan yg tidak senang diberhentikan.
.
and no. your partner is not cheating on you with porn. dia bukan nak pasangan yg lebih baik daripada kita. kita bukannya tak cukup baik, tak cukup cantik.
.
orang2 yg ketagihan porno adalah mereka yg telah terbeli fantasi dijual pornografi.
they are stuck.
.
aku juga suatu masa dahulu-- seperti majoriti dlm statistik penonton pornografi di malaysia-- tidak merasa malu dgn porn stash aku ada. siap tukar2 dgn member. siap passing2. astaghfirullah please grant me forgiveness of my past.
.
it was too common, ke tahap member yg tak pernah tengok porn itu kita boleh ejek2 sebab naif. allahu akbar.
.
pornografi sudah jadi sesuatu yg terlalu biasa.
.
biasa sangat--sampai dah tak berapa rasa. bila dah tak ada rasa-- cari benda lagi power.
.
mula dgn pornografi normal. evolve jadi yg makin keras. atau makin pelik. atau makin outrageous.
.
lakonan2 seksual itu jadi darah-daging. macam dilwale dan drama korea menguasai jiwa.
.
fantasi sudah jadi sesuatu yang fantastik.
so why do we have to wake up?
.
because it is haram.
.
susah--
tapi kena.
.
aku tau susah. mcm rokok, mcm makanan berminyak, mcm mengumpat, macam mencarut--
ingat senang ke nak berhenti?
ingat langsung tak cuba?
.
tabiat adalah repetition of activity.
rutin.
lifestyle.
.
so macammana nak berhenti?
mulakan habit baru. baca bismillah.
dalam segalanya.
.
termasuk sebelum klik play.
.
i know biadab.
tp i ask you:
mendengar nama الله--
would you continue?


- Fynn Jamal

Ok. Aku nak mengulas mengenai benda ni. Aku terpanggil untuk mengulas sebab aku adalah antara manusia bodoh yang pernah terjeremus ke dalam kancah pornografi. Well, who doesn't? Tapi nafsu aku tak pelik ok haha. Aku tak pernah tengok lah yang extreme contoh macam pedo ke apa semua. Aku tak pernah bukak redtube ke whatsoever. Tapi aku pernah tengok yang dalam movie. Contoh american pie. Tu tahap aku. 

Berbalik kepada apa yang fynn cakap. Aku tersangat setuju dengan point dia. Kita sebagai manusia biasa, tak terlepas dari buat silap. Benda macam ni, senang je kalau kau nak stop. Diri sendiri. Takde orang yang boleh ubah diri kau. Diri kau sendiri je. Kena tahu benda ni DOSA. Hati kau kena kuat. Kau kena sedar pornografi ni ialah sejenis penyakit bahaya. Terlalu bahaya. Pornografi ni menyumbang kepada banyak masalah-masalah yang kau sendiri tak boleh nak bayang.

Apa-apa pun, tetapkan lah hati untuk meninggalkan pornografi. Cuba sehabis baik untuk mengelak dari mengakses pornografi. Banyakkan beristighfar bila cuba imagine benda-benda yang bukan-bukan. May Allah forgive us. InshaAllah.

:)

Sunday, 11 September 2016

#edisijelajah - Kota Kinabalu, Sabah Negeri di Bawah Bayu [Part 2]

Assalamualaikum.

Kembali kita dalam #edisijelajah Kota Kinabalu, Sabah untuk Part 2. Haha. Maaf ye lambat update. Aku tak busy pun tapi balik kerja macam malas sikit nak update blog. Jadi memandangkan harini Ahad dan aku takde apa kerja sangat makanya aku ambil sedikit masa untuk update mengenai percutian aku ke Kota Kinabalu.

Untuk Itinerari Kundasang, tak banyak yang kitorang buat pun sebenarnya.

Pagi, pukul 8 bertolak dari KK. Perjalanan ambil masa dalam sejam setengah bergantung kepada trafik. Hehe tapi nak ke Kundasang tak kompleks sangat jalan dia. Papehal korang waze je :)

So, dalam perjalanan tu, sebelum sampai Tamparuli tu akan lalu kat rumah terbalik. Kitorang berhenti tapi tak masuk pun. Sebab kena bayar RM10 + takleh ambil gambar haha. Lepas tu kitorang meneruskan perjalanan ke Kundasang.

Nak katanya, sepanjang perjalanan tu korang akan nampak Gunung Kinabalu je depan mata kau. Tak kiri, kanan. Haha memang cantik sangat. Aku pulak sebagai co driver (dibaca: paling gemuk) duduk depan. Soooooo aku memang enjoy the view lah kan.


Then, masa on the way tu kami terserempak dengan Pekan Nabalu. Sempatlah shopping sikit. Sebab nenek aku kirim beg. Haha.


Sunday, 4 September 2016

#edisijelajah - Kota Kinabalu, Sabah Negeri di Bawah Bayu [Part 1]

Assalamualaikum semua.

Kembali kita dalam #edisijelajah kali ini setelah sekian lama tidak menjelajah (ada jelajah tapi malas nak update + tempat biasa sangat). So, untuk kali ni aku akan berkongsi mengenai percutian aku ke Kota Kinabalu, Sabah. Pertama sekali, ini bukan percutian bajet rendah. Kalau nak cari bajet rendah mungkin boleh refer blog lain. Tapi still affordable untuk kawan-kawan yang baru nak hidup macam aku (baca: baru mula kerja). So, maaf lah kalau tak bajet mana entri kali ni haha.

Ok aku akan bahagikan entri ini dengan beberapa bahagian iaitu bajet, itinerari dan gambar menarik sepanjang aku kat sana. Overall, bajet bawah 1000 (termasuk tiket flight dan shopping). Aku pergi dalam 4 hari 3 malam kat sana, 31 Ogos sampai 3 September 2016. Mula asal, kitorang patutnya pergi 6 orang, tapi atas sebab tertentu, jadi 5 orang. Sebab tu over budget :(

Bajet

Untuk bajet, berikut ialah perbelanjaan aku (tak termasuk shopping dan makan).
  1. Homestay kat KK (University Condo Apartment 2) - 300/2 malam, 60/Pax
  2. Kereta sewa (Saga) - 300/3 hari, 100/hari, 60/pax
  3. Minyak - RM70 (ni terover, RM50 sebenarnya dah cukup sangat) 14/pax
  4. Island Hoping (Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik) - 51.80/pax
  5. Parasailing - 65/pax
  6. Desa Dairy Farm - RM5/pax
  7. Crystal Hill, Kundasang - 190/room, 38/pax
  8. Kinabalu Park - RM3
  9. Kundasang War Memorial - RM2
Jumlah keseluruhan - RM300/pax. Tak bajet sangat kan? 


#edisijelajah – Kuala Terengganu

Assalamualaikum kawan-kawan. Apa khabar? Kali ini aku nak kongsi itinerari percutian aku ke Kuala Terengganu. Sebenarnya dah lama pergi, 7-8...