Saturday, 6 August 2016

#YOLO4Charity - Happy Pack Project


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Last week, aku ada up cerita pasal pengalaman pertama kali aku pergi ke Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur. Tau ke apa makna gelandangan? Gelandangan tu homeless. Tiada rumah. 

Aku ada banyak benda aku nak kongsi mengenai pengalaman aku di PTG ni. Tapi aku taktahu nak mula dari mana. Nak cerita perjalanan lima hari ke atau nak cerita pengalaman masa kat PTG ke? HAHAHA. Pening ah. OK takpe. Apa kata aku cerita pengalaman aku? Sebab masih fresh dalam kepala lagi. 

11:30 Pagi, 6 Ogos 2016
Kawan-kawan mula datang rumah. Sementara tunggu Diba, lepak-lepak kejap. Lepas tu kitorang pun mula packing.

Lepas pukul 2, kami mula bergerak ke PTG. 








Masa kat sini, kitorang bagi sendiri barang tu. Happy Pack, seperti yang aku pernah bagitahu sebelum ni ialah sebuah beg yang mengandungi barang keperluan mandi/kebersihan diri. Kami harap mereka gembira dengan pemberian kami.

Ini Uncle Latiff. Banyak aku nak cerita mengenai dia ni. Kau sabajap k.





Ruang istirehat diorang.


Okay now aku nak cerita pasal Uncle ni.

Nama dia Abdul Latif. Cina mualaf. Dia sebelum ni millionaire. Ada company HR. Dan mengajar melukis di sekolah kat Kampar. Boleh baca dalam gambar tu. Kisah hidup dia.

Anyway, uncle ni sakit. Dalam otak dia ada artery yang dah pecah. So mata dia kurang elok. Dan dia boleh pengsan tiba-tiba. Nampak sihat. Tapi dia kata dalam dia sakit. Uncle ni peramah. Dan dia bijak. Banyak bagi suggestion, dan perkara yang membuka minda. Dia ni power melukis. Dan dia ada bagi kami lukisan dia secara percuma :) Terima kasih Uncle. Dia tak suka kami panggil dia Uncle sebab nampak tua katanya haha padahal sebaya mak aku je.

Dia bagi cadangan to us, younger generation. To come and teach the homeless here how to live. To motivate them. Macam peribahasa yang famous tu, give man the fish, he will be full for one day. teach man how to fish, he can be full for the rest of her life (ye kot ayat dia lebih kurang cmtu arr).

Hidayah tu ada dimana-mana. Menurut Encik Amir (warden pusat ni), dia ni lebih Islam dari orang yang asal Islam. Haha deep gila ayat. Uncle baru 4 bulan convert. Dia kata dia lebih tenang. Ahh aku lupa la ayat dia. Aku kalau tulis takut salah. Hmmm. Aku nak tulis lebih aku takut ayat aku salah. Tapi dia rasa dia lebih tenang bila solat. Camtu la lebih kurang. Ini adalah salah satu usaha dia untuk berubat. Minta pada Allah. Alhamdulillah. Sebab dia percaya miracle does happen.




Ini gambar kitorang dengan Encik Amir dan Uncle Latif. Encik Amir cerita macam-macam. Realiti kehidupan di Kuala Lumpur.

Peratusan gelandangan semakin meningkat di Kuala Lumpur. 

Adoi. Bersyukurlah kita ada rumah untuk berteduh. 


Macam-macam cerita weh pasal kehidupan kat sini.

Ada perempuan jadi pusher. Haih.
Ada pedophilia case. Sebab tu PTG tak terima kanak-kanak. (Selain sebab antibodi kanak-kanak lemah). 
Ada kes bapa jadikan anak sumber untuk mintak duit/sedekah, dan duit tu beli dadah T____________T

Tapi, money is the root of all evil. 

Dan, dadah, merosak.

Aku nak cerita banyak, tapi aku taktahu mana nak mula. Aku rasa macam tepu sekarang. Haha. Ok lah bye lah. Kalau korang nak rasa pengalaman menarik, boleh lah pergi melawat diorang. Jangan lupa bawa buah tangan okay! 

Alhamdulillah, projek ni berjaya. Terima kasih semua yang terlibat. 

Random

Halo semua apa khabar kau? Aku bosan sebenarnya. Jadi aku rasa macam nak menulis benda random yang terlintas dalam kepala aku. Hari ini ha...