Sunday, 21 August 2016

McDonalds dan Waktu Jujur.

Pada suatu hari, ada lima sekawan tiada arah tuju, datang ke McDonalds Dataran Pahlawan, Melaka. Jam menunjukkan jam 4.35 pagi.

"Weh lapar"
"Gi la beli big breakfast tu"
"Nak set mana?"
"Set B, set B. Ke set A? Set B lah"

Big Breakfast set B sampai. Ada 3 hash brown, sausage Mc Muffin, air kopi dan entah apa-apa lagi entah. Yang penting, cukup kenyang untuk membuatkan makanan tu tak habis.

"Nak aku ajar gentel telur ke?"
"Gentel guna tangan la"
"Ke kau nak aku ajar guna benda lain?"
"HAHAHAHAH"

Pokemon Go kan kena hatch telur.

Lantaklah nak gelak macam mana. Tapi tak sunyi pagi tu walaupun mata bengkak masing-masing dek kerana mengantuk. Maklumlah, belum tidur. Kalau ikut bahasa anak muda, overnight.

Waktu jujur, iaitu bermula jam 2 sehingga 4 pagi. Tapi waktu jujur haritu, bermula pukul 4.35 pula,

"Huish lapar-lapar. Makan-makan"
"Wei amekkan sos"
"Wei amekkan black pepper"
"Pehal banyak sangat sos ko letak ni?"
NGAPPP
Hash brown masuk mulut, burger masuk mulut, pancake bersalut maple sauce dan butter masuk mulut.
Perlahan-perlahan.

Dalam lima sekumpulan ni, ada 3 yang menghasilkan telur, dan 2 yang membawa telur. Seorang baru lepas buat ritual pengkebumian memori, lagi empat tukang support belakang. Maklumlah, member baru breakup.

Antara topik yang mengarut;
"Kalau masa malam pertama bini kau ada skill, apa kau rasa?"
"Bonussssss, bro"
"Kau bro kan aku?", kata penghasil telur setiap bulan nombor 1.
"Kalau aku, aku takde curious. Aku anggap tu satu bonus. Sebab boleh belajar kat porn"
"OKKK"
"Aku pernah tengok porn, tapi tak berat punya"
"Zaman sekarang takleh nak agak laaaaa"
"Tu lah tuuu"

Pengajaran: kalau tahu jangan tunjuk. Kalau tak tahu sila belajar. (untuk perempuan sahaja)

"Kau nak anak lepas kahwin terus ke nak tunggu dulu manja dengan suami"
"Aku nak manja dulu setahun baru nak ada anak. Nanti dah ada anak takde manja-manja dah"
"Tu laaa. Orang sekarang macam mana nak buat rasa cinta tu tahan lamaaaa?"

Pengajaran: Sukahati kau lah nak anak cepat ke lambat.

"Kalau mak kau carikan jodoh untuk kau, kau nak?"
"Mak aku tak pernah carikan jodoh untuk aku. Dia suruh aku cari sendiri"
"Mak aku takut kena blame kalau rumah tangga tu tak jadi"

Pengajaran: Bincanglah dengan mak bapak kau nak macam mana.

Entahlah. Banyak lagi ayat belakang. Ini je yang boleh ingat.

Lepas tu mengarut ke topik kehidupan di asrama, kehidupan di sekolah, kenapa kau gaduh dengan polan ni dan polan tu, dan macam-macam lagi.

Dan azan pun berkumandang. Tapi hujan belum reda.

Bincang lagi. Mengarut. Macam bodoh.

Pukul 6:05, jom pergi masjid? Breakfast sudah. Lepas subuh boleh terus shoot KL.

"Kalau bini kau gaji lagi besar macam mana?"
"TERCABAR! Tapi ambil sebagai motivasi"
"Benda macam ni, perempuan jangan bossy. Respect your husband, and husband tetap ketua rumah kalau gaji kau besar"
"ADVANTAGEEE"

Pengajaran: Perempuan kena hormat suami. Lelaki jangan ambil kesempatan.

Solat subuh. Balik KL.

Sembang-sembang kosong untuk elak mengantuk ni walaupun mengarut tapi serius tapi macam bodoh.

Untuk pembawa telur no 1, terima kasih memandu dari ibu kota ke bandaraya bersejarah.
Untuk pembawa telur no 2, terima kasih memandu di bandaraya bersejarah.
Untuk penghasil telur no 2, terima kasih untuk keberjayaan anda sebagai ajk pelacuran. Karaoke free dan makan free kita malam tu :P
Untuk penghasil telur no 3, tak semestinya tak kerja, takde rezeki. Rezeki Allah tu luas. Keep trying and inshaAllah ada :) Terima kasih menjadi farmasi bergerak yang berjaya. Terima kasih untuk ketawa. Aku kelakar kan? :P

Untuk semua, terima kasih untuk memori. Terima kasih untuk forum kereta. Terima kasih for your comforting words. Sangat menghargai semua kenangan, perbincangan, fakta mengarut dan apa saja yang boleh diterimakasihkan.

Terima kasih. Dan maaf kalau ada salah-silap.

Untuk pembaca, carilah sahabat yang mengingatkan kita kepada Allah. InshaAllah saya dah jumpa :)

No comments:

nota rawak

dah masuk bulan lima, hidup aku masih dibawah. belum dapat kerja. aku nak kerja. aku perlukan sumber kewangan.  kurang 30 hari nak puasa. ...