Monday, 1 August 2016

30 Minit di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur

30 minit di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur Semalam, kawan aku ajak pergi Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur(Homeless), Jalan Pahang. Niat dia nak beri baju-baju lama famili dia kepada homeless yang ada di sana. 

Ntah macam mana, kami saje saje tanya, apa facilities, macam mana operasi semua. Dan petugas yang jaga masa tu (Encik Ramli) , yang pada pendapat aku sangatlah peramah. Banyak yang dikongsi dan banyak yang membuka mata kami yang jarang merasa kesusahan dari segi kewangan (Alhamdulillah terima kasih ya Allah). 

Macam-macam cerita kami dengar. Ada auntie yang lari dari keluarga setelah suaminya lumpuh. Ada yang kurang sihat akal fikirannya, ada yang kerjanya auditor, tapi tiada rumah (umur dah lanjut, 50++ kot). Ada jugak yang kerja, tapi homeless. Ada tu yang menjadi pelacur. Ish ish. Nak kesian ke nak bagi lempang kalau orang macam ni? Muda lagi 29 tahun. HAHA emo pulak aku. Anyway, banyak yang susah dari yang senang. Dan kebanyakkan mereka, dibuang keluarga, lari dari keluarga, homeless, dan penagih (sedih). Entahlah. Tak boleh nak kata apa-apa tentang kisah silam mereka. Semua ada cerita. Semua ada rahsia sendiri. 

Okay, di pusat ini, sebelum mereka diterima masuk, pengurusan akan membuat saringan. Yang berpenyakit, ditolak. Bukan warganegara, ditolak. Dan kebanyakannya pernah ambil dadah sekurang-kurangnya, ice. Haih. Setelah diterima masuk, pengurusan akan beri tempoh sebulan untuk mereka cari kerja (bukan lah kalau tak dapat kerja dihalau). Sekurang-kurangnya, majikan boleh memberi kerja dan kemudahan penginapan. Ini juga untuk memudahkan orang lain untuk masuk. 

Okay, panjang cerita, dipendekkan. Kami tanya Encik Ramli, sumbangan apa yang diharapkan. Mereka tak begitu mengharapkan wang ringgit kerana takut disalah guna. Digalakkan untuk memberi pakaian, toiletries dan makanan. Kalau nak bagi makanan, untuk satu-satu masa, boleh sediakan 60 pack makanan. 

Jadinya, saya dengan rendah diri dan penuh bersemangat, saya plan nak sediakan "Happy Pack". Dalam "Happy Pack" ni, ada toiletries seperti syampu, berus gigi, ubat gigi, shaver, pad, sabun mandi dan tuala good morning. Sekurang-kurangnya, mereka bersih dan wangi untuk menjalani hari-hari mereka. Cewah. Dan setiap pack berharga RM10. Dan aku plan untuk buat dalam 60 pack untuk kegunaan mereka ni (untuk permulaan). 

Cuma, sekarang ini, aku belum decide lagi nak minta sumbangan orang ramai atau tak. Dan kalau ada kawan-kawan yang sudi nak membantu dari segi wang ringgit dan tenaga (masa pack barang, nak beli barang, masa hantar barang). Boleh roger-roger. 

Kenapa aku taknak libatkan NGO dan minta sponsorship, sebab leceh dan aku nak buat benda ni as personal gift je. Dan inshaAllah RM10 itu tidaklah membebankan bagi kita yang sekurang-kurangnya dah bekerja ni. Apa-apahal pun, nantikan update aku ye? Kalau ada yang nak membantu, sila PM. Aku plan nak berikan Happy Pack tu dalam minggu ni (Ahad, 7 August 2016). So mungkin sabtu boleh kite beli barang ramai-ramai? Hehe. 

InshaAllah, moga niat baik kita dipermudahkan Allah :) 

2 comments:

Unknown said...

Bro.. sy nak tanya kat mana selalu tempat org gelandangan ni akn berkumpul dkt kl

Khatijah Hamid said...

Boleh pegi kt Pusat Transit ini sendiri atau area chowkit/masjid negara

Random

Halo semua apa khabar kau? Aku bosan sebenarnya. Jadi aku rasa macam nak menulis benda random yang terlintas dalam kepala aku. Hari ini ha...