Thursday, 14 July 2016

Perjalanan mencari Tuhan

Namanya manusia, bila dah jatuh baru cari Dia.
Namanya manusia, bila tengah sakit baru nak kenang salah silap pada Dia.
Namanya manusia, bila hati sudah koyak, baru cari sejadah untuk sembah dia.

Tapi bersyukurlah kau diberikan hidayah untuk mencari Dia.

Ada orang bila terjatuh, cari dadah.
Ada orang bila terkoyak, gonggong arak
Ada orang bila rasa payah, cari tingkat paling atas dan terjun kebawah.

Dengan harapan hidup akan lebih tenang
Dengan impian masalah akan selesai.

Perjalanan mencari Tuhan takkan pernah berhenti selagi jasad dikandung badan
Selagi akal diberi kekuatan untuk berfikir.


No comments:

Random

Halo semua apa khabar kau? Aku bosan sebenarnya. Jadi aku rasa macam nak menulis benda random yang terlintas dalam kepala aku. Hari ini ha...