Sunday, 10 July 2016

Kenapa kau kerja?

Assalamualaikum.

Satu persoalan yang selalu bermain di fikiran aku.

"Apa motivasi kau kerja?"

Sebab aku perasan tentang diri aku, aku selalu rasa malas nak pergi kerja. Emm bukan malas nak kerja, tapi aku malas nak commute pergi kerja. Nak kena bersiap, nak kena bangun, nak kena naik bas.

Tapi, tanya balik diri kau.

"Apa motivasi kau untuk kerja?"

Jawapan aku senang je. "Duit".

Ye, aku jujur mengatakan bahawa aku kerja untuk duit. Masa aku masih belajar, aku rancang dalam kepala aku, sejurus aku tamat belajar, aku kena kerja. KENA KERJA. Alhamdulillah. Allah Maha Kaya, aku dikurniakan kerja yang bersesuaian dengan apa yang aku belajar dengan gaji yang Alhamdulillah.

Tapi, kenapa aku nak cepat2 kerja? Pertama, aku nak kumpul duit nak kahwin. Tu motivasi sebenar aku untuk bekerja. Aku nak kahwin. Tapi, pelamin anganku musnah. Hahaha. Tu yang dah tak simpan duit untuk kahwin lol. Takpe bulan depan aku sambung simpan. Bulan ni aku nak enjoy dulu. Simpan je, tak semestinya untuk kahwin ye dak. Misi nak ada 3-6 bulan gaji tu tetap perlu diteruskan.

Yang kedua, kenapa aku nak kerja? Duit. Aku nak duit sendiri, tak nak susahkan mak bapak aku. Sebab aku kaki travel, aku makan banyak. Aku tak rasa mak bapak aku mampu nak penuhi semua kehendak aku yang bajet macam orang kaya tu.

Haha. Tu je sebab aku nak kerja.Nak teruskan hidup. Dan aku tak tahu lagi kalau aku tak kerja apa akan jadi kat aku. Manalah tahu kan. Ekonomi dunia sekarang makin teruk. Serius. Mana2 yang belum kerja, cepat2 cari kerja. Jangan tangguh, jangan memilih.

Tapi, lain orang lain pendapatnya. Ini sekadar my two cents jer hehe.

Ok la itu sahaja. Aku takleh tido ni. Minum kopi banyak sangat T_T

No comments:

on the way menjadi dewasa (kot)

Menjadi dewasa. Tidak pernah diberitahu oleh sesiapa bahawa menjadi dewasa adalah berarti menjadi manusia yang harus membuat pilihan. Life i...