Saturday, 16 July 2016

#EdisiJelajah - Peta Malaysia


Assalamualaikum.

Masa aku mula mula buat hashtag #edisijelajah secara tak sengaja, aku tak terfikir pun aku ni minat berjalan.

Tapi lama-lama aku sedar, jiwa aku suka melihat dunia lain. Aku tak suka duduk rumah (not in a bad way). Aku sayang famili aku. Tapi aku rasa nak tengok tempat orang.

Peta diatas ialah peta Malaysia. Kalau kau tanya aku, area semenanjung inshaAllah aku pernah jejak semua negeri walaupun tidaklah menyeluruh. Tapi aku ingat aku nak jelajah lagi suatu hari nanti memandangkan kemudahan pengangkutan pun dah semakin baik (ETS, Keretapi, flight).

Hehe. Tak sabar nak jelajah dunia pulak. Tapi tu lah bila nak jelajah ni kau kena fikir duit. Aku takde benda nak fikir. I mean, aku tak rasa aku nak beli aset walaupun orang berlumba-lumba suruh beli aset. Untuk liabiliti, pun aku belum terfikir lagi. Dari aku buang duit aku untuk benda ntah apa-apa, baik aku pergi tengok dunia. Haha.

Tapi, hakikat yang pahit untuk ditelan, dunia semakin tidak selamat. Sana-sini berlaku serangan. Mungkin ini tanda akhir zaman? Entah aku belum study sepenuhnya.

Semoga dunia kekal aman.

No comments:

Berlarilah

Pada suatu hari, aku masih ingat, aku duduk depan pc kat office di Damansara Height, sedang kusut memikirkan masalah yang melanda diri aku ...