Thursday, 28 July 2016

Bagaimana Aku Mengatasi Patah Hati.

Assalamualaikum.

Lama aku fikir nak tulis ke tak entri ni. Tapi aku rasa macam berguna. Aku tak nak cerita about what happened with my past relationship. It has ended anyway. And it's nothing related to another person or what.

Patah hati - dalam bahasa untuk entri ni, putus cinta. Orang kata bercintalah berapa lama, kalau takde jodoh, tetap tiada. Yang penting semua itu ketentuan Allah swt. Sakit putus cinta ni. Rasa macam nak mati je hahaha. Tapi jangan risau. Kau akan tetap boleh atasi benda ni. Yang penting kena percaya pada diri dan berharap pada yang Satu.

Jadi, untuk sahabat disana yang sedang patah hati, bakal patah hati, atau sedang mencari ketenangan, boleh teruskan membaca.

Aku akan bahagikan tips ni kepada beberapa bahagian. Sebab breakup phase ni pun ada kronologi dia.

Fasa #1 - Rasa marah, geram, sedih, bercampur baur. 

Ini adalah frasa dimana kau tengah gila. Haha. Gila apa? Rasa nak maki je bekas kau tu. Pastu kau akan rasa dunia semua tak adil. Kau akan rasa takde orang faham kau. Kau akan rasa macam kenapa lah aku kena semua ni. Apa salah aku? Nak couple balik boleh tak? Pastu tetiba kau akan message pepanjang kat bekas kau tu marah2 dia. Pastu tetiba kau akap message pepanjang lagi sorry aku taknak kacau kau lagi. Pastu kau marah lagi hahahha dan seterusnya. And kalau boleh masa ni kau jangan lah ada orang lain. Partner lain whatsover. Kau tu tengah tak betul. So, apa nak buat masa ni? 

- Cut off semua connection.

Ini penting. Cekalkan semangat untuk tidak stalk bekas ko tu. HAHAHA. Sebab aku pernah buat. Aku pergi stalk. MashaAllah kesan dia hebat betul. HAHAHA. Serius. Block lah fb dia, ig dia whatever. Whatsapp dia. Jangan tunjuk kau lemah (aku buat benda ni so aku taknak korang buat). Sebab kau rasa kau dah kuat, tapi bila kau contact, kau akan rapuh balik. Tak kisah lah bekas kau tu dah ada orang lain ke tak, kau jangan stalk dia. JANGAN. Dengar apa aku cakap. Kalau boleh, bagi 30 hari tanpa apa-apa connection. Bagi diri kau tenang. Bagi diri dia tenang (kot kalau nak couple balik). 

- Menangislah

Menangislah jika itu menenangkan. Betul. Walaupun aku yang membuat keputusan untuk tidak meneruskan perhubungan aku dan dia, tapi aku tetap terasa kehilangan. Apatah lagi apabila partner kau yang mintak putus. Kamon, 6 tahun kot kau couple haha. Yep. Aku menangis sepuas hati aku. Takde mood. Makan pun kurang. Aku lost around 6kg + puasa jugak. Tapi ingat. Jangan lama-lama. Jangan lama-lama menangis. Seminggu pertama tu, sure. kau memang akan menangis je. Haha. Dengar lagu menangis, tengok gambar pakwe ko, menangis. Ha gitu kau. Don't worry. Benda ni biasa. 

- Kalau ada kawan baik, sila luahkan dengan mereka. Bukan dengan facebook. 

Honestly, masa ni bukan masa untuk kau berseorangan. Kalau ada kawan baik, luahkan. Tapi jangan burukkan ex kau. Respect ex kau yang pernah bersama kau dulu. Kalau betul best friend kau tu kawan yang baik, luahkan semuanya dengan diorang. Diorang paling tidak akan bagi kata-kata semangat pada kau :)

Jangan meroyan kat fb. Malu kat mak pak sedara mara lecturer. Kat twitter pun takpe, tapi jangan burukkan ex kau. Itu penting. 

- Baca benda positive. 

Tumblr is my best friend. Bacalah benda-benda positive. Tak kisah islamik atau dari western. Read, read and read. Benda ni menenangkan hati aku. Masa ni kau baca, kau akan teringat bekas pasangan kau tu. Remember it's okay to cry. So, masa baca tu, cuba ambil dan hadamkan ayat2 dia.

Kalau ada duit lebih, beli buku Yasmin Mogahed. Reclaim Your Heart. Atau jika malas, boleh download Muslim Central application di android, dan download podcast dari Yasmin Mogahed. Nanti aku akan share kau nak mula dengar yang mana.

So, antara yang aku selalu ulang-ulang baca is from tumblr. Tumblr does help. Really. Atau kau google image je "Breakup quotes", "positive quotes", be strong etc.




- Jika anda percaya pada Tuhan, berdoalah.

Kenapa aku kata macam tu? Orang putus cinta ni gila sikit. Kadang-kadang ada yang rasa Tuhan tu tak adil, Tuhan tu jahat dan sebagainya. Tapi jika anda menghadapi kesusahan dan anda kembali pada Tuhan, percayalah itu satu tindakan yang sungguh tepat. Tips diatas tak akan menjadi kalau kau tak percaya pada kuasa Allah yang menyembuhkan dan menenangkan. 

Hati kita masa ni sangatlah rapuh. Kita perlukan masa untuk menjadi sendiri. Setelah sekian lama kau ada rakan untuk berkongsi, and all of sudden dia pun berlalu pergi. Hilang. Masa ni lah kau kena kuat semangat. Letakkan kepercayaan kau pada Allah. 

Antara mantra yang aku selalu sebutkan dalam apa jua perlakuan aku (masa tengah menangis, masa tengah takde harapan, masa tengah solat etc). 

Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Ya Allah ya Tuhanku, hanya kau yang mampu menyembuhkan rasa sakit ini, berilah kekuatan untuk aku. Ampunkan dosa aku sepanjang aku bersamanya, dan berikan aku kekuatan. 

Yup, itu adalah doa aku yang aku masih pegang sampai sekarang. Berikan kekuatan. Minta pada dia.
Jangan lepaskan rasa kau tu pada benda. Maksud aku, cari dadah, atau pergi kelab. Doa. Lepas doa tu, boleh lah cari aiskrim untuk tenangkan hati. Ulang-ulang minta kekuatan. Tak semestinya masa solat. Dalam hati kau tu, minta pada Dia untuk tenangkan hati kau. 

Masa kau bercinta, dalam hati kau hanya ada pakwe kau. Bila kau putus cinta, kau akan rasa kosong. Sebab tempat yang pernah dipenuhi oleh angan-angan indah kau dengan bekas kau tu, dah hilang. Dan masa ni, kau akan sedar, tiada yang kekal melainkan Allah s.w.t.

Kalau masa kau couple dengan dia kau tak solat, solatlah. Kalau masa couple dengan dia, kau solat, tapi selalu lewat, cepatkanlah. Dekati Al-Quran. Serius. Masa tu kau akan ada satu kekuatan yang pada aku, takkan boleh dapat dari mana-mana pun. Aku tak mintak kau pakai tudung pun (kalau kau freehair). Cuma solat. Itu je untuk setakat ni. 

Yang penting, letakkan harapan kau pada Allah yang Satu. 

Fasa #2 - Redha.

Kalau ikut western, breakup phase ni ada 7. Tapi pada aku, ada 2 je. After all hardship yang kau hadapi fasa 1, kau akan bersedia dan mungkin lebih tenang pada masa ni. Masa ni, mungkin selepas 30 hari kau cut off connection tu. Kalau aku, masa ni aku dah tak menangis dah. Sebab aku dah puas nangis masa fasa 1 tu. Kalau boleh, kau berhentilah menangis, dan carilah kekuatan dalam diri kau tu. 

- Teruskan berdoa

Pada masa fasa 1, mungkin kau ada sedikit perubahan yang baik. InshaAllah. Paling tidak, kau tak pernah solat, kau mula solat. Kau tak pernah mengaji, kau mula mengaji. Pada masa ni, masa hati kita dah tenang, kita ada tendency untuk kembali ke diri kita yang lama. Nasihat aku, teruskan berdoa, teruskan berdoa agar kau istiqamah. Aku sedang melalui fasa ini. Susah nak istiqamah ni. Kau dah mula, then nak tetapkan hati agar terus buat ni susah. Sebab godaan syaitan.  Tapi takpe, lalui semua ini  dengan tenang. 

- Rujuk balik

Masa ni, kau dah tenang. Dah boleh berfikir dengan baik sikit. Kalau bekas kau nak kat kau balik, kau fikir, kau nak tak. Kalau kau nak, then teruskan. Kalau kau taknak, kau fikir elok2. Mungkin kau pun nak cuba tanya bekas kau, nak ke tak rujuk balik. Kalau dia taknak, kau kena teruskan hidup kau. Ingat, kalau dia bukan untuk kau, tetap bukan untuk kau. 

Masa ni, aku cuba juga nak baik balik (couple balik). Tapi dia taknak. So, aku ambil keputusan untuk redha dan terima keputusan dia. Sebab ini ialah mutual feelings. Kau nak ke kalau kau je yang lebih2, sedangkan orang tu dah tak nak kau. Jangan rasa loser jangan rasa rendah diri. Angkat kaki je. Takyah nak berharap dah. 

- Hobi baru

Cari hobi baru. Isi masa lapang korang dengan sesuatu yang menarik. Kalau macam aku, aku tengok cerita korea, belajar bahasa korea, berlari (jogging) dan aku adalah buat satu hobi lain. Hahaha takyah tahulah. Tapi benda ni memang membantu aku untuk mengalihkan pemikiran aku kat dia. Aku tak nafikan, ada masa aku teringat kenangan aku dengan dia. Tapi lama-lama aku dah tak fikir dah.

Kalau dulu, aku bangun tidur, aku terfikir kan best kalau dapat sama balik. Tapi sekarang otak aku fikir pagi ni nak lari ke tak. Haha. Cuba ye semua. Kalau boleh jangan putus harap. 


- Berhenti ganggu dia, dan doakan dia gembira

Ini paling susah, tapi ini paling berkesan. Berhenti ganggu hidup dia, meroyan nak kat dia balik. Dan teruskan berdoa untuk dia gembira. Haha. Serius. Kalau dia dah ada orang lain, kau anggap je dia ada hak sebab dia dah takde tersangkut dengan kau dah.

Jangan fikir pasal dia. Dia teringat kau ke tak, toksah tanya. Kau fikir pasal diri kau je, 

-  Cantikkan diri.

Groom diri anda untuk menjadi lebih baik dari semalam. Jangan bandingkan diri kau dengan orang lain especially partner baru bekas pakwe kau. Compare diri kau harini dengan semalam. Ada perubahan tak. Kalau ada, yes anda di jalan yang betul. 

Cantikkan diri, tak semestinya fizikal kau. Mungkin, kau boleh cantikkan dalaman kau. Kalau sebelum ni kau jenis marah-marah, cuba kurangkan benda tu. Aku pun tengah cuba buat benda ni. Terpulang pada kau. Nak buat apa. Nak pergi gym? Pergi. Nak pakai makeup? Pergi. 

- Cari crush

HAHAHAH ini aku buat hahahahah. Tak, aku tak berniat nak ada crush, tapi aku macam tersuka dia. Aku tahu perasaan ni temporary je. Sebab aku perlukan distraction. Anyway aku memang suka dia hahahahahaahah ok bai. 

Masa ni, mungkin kau dah ready untuk next relationship. Teruskan jika itu membantumu untuk melupakan.

- Jangan berhenti berharap

Bukan maksud aku jangan berhenti berharap kat partner kau tu. Masa ni partner kau dah tkde dalam hidup kau. Jangan berhenti berharap pada Allah. Teruskan berdoa, dan sabar. Sabar menanti apa yang akan datang. Live your life to the fullest. OK?

------------------------------------------------

Ok rasanya cukup kot apa yang aku nak kongsi.
Terpulang pada korang nak ikut ke tak. Tapi aku cuma share apa yang aku buat masa aku menghadapi masalah ni. Haha aku anggap benda ni masalah. Tapi jangan risau. Benda ni akan berlalu pergi. Dan kau tidak keseorangan.

Bila kau dah redha, kau akan tenang. Dalam cerita ombak rindu ada Lisa sebut, Redha itu Ikhlas, Pasrah itu Menyerah. Terpulang pada kau. Kau nak redha atau pasrah. 

Tapi ingat, jangan burukkan bekas pasangan kau di laman sosial terutamanya. It's okay to meroyan, tapi bukan burukkan bekas partner kau. Orang luar not deserved to know what happened between you and your partner.

Kalau kau nak berkawan balik dengan bekas kau tu, aku nasihatkan, takpayahlah. Melainkan kau ada komitmen macam ada anak ke apa. Sebab tulisan aku ni tak semestinya untuk pasangan bercouple, boleh jadi untuk orang yang dah berkahwin juga. 


Cinta, tetap akan berakhir dengan perpisahan. Sama ada dengan kematian, atau perjumpaan dengan orang yang lebih baik.


Okay? Semoga kita terus tabah, dan bersedia untuk perkara seterusnya yang lebih menarik! Komen kalau ada nak luahkan apa-apa hehhee. 


Tentang apa yang telah pergi,
Berdoalah agar kita selalu tabah.

Tentang apa yang belum tiba,
Berdoalah agar kita selalu sabar.





1 comment:

Sarah said...

goodjob khatijah! kalau dah cukup bersedia, boleh buat istikharah terus hehe

on the way menjadi dewasa (kot)

Menjadi dewasa. Tidak pernah diberitahu oleh sesiapa bahawa menjadi dewasa adalah berarti menjadi manusia yang harus membuat pilihan. Life i...