Wednesday, 29 June 2016

Bersyukurlah

Hi

Kalau nak dibandingkan kepayahan yang aku terima berbanding dengan orang lain, maka bersyukurlah.

Ada orang ditarik nikmat untuk melihat, mendengar dan berkata-kata.
Ada orang diberikan ujian sewaktu sedang sarat mengandung, mungkin husband ada perempuan lain.
Ada orang, tiada wang nak beli baju raya.

Maka, bersyukurlah. Aku hanya gagal dalam satu perkara, iaitu relationship. Tapi aku masih diberi nikmat untuk melihat, mendengar, berkata-kata. Yang paling penting, aku masih diberi kesempatan untuk bernafas. Maka bersyukurlah.

Bila aku sedih, yang menjadi sumber kekuatan aku ialah bersyukur. Aku seharusnya berhenti menangis, dan bersyukur aku masih mampu beremosi. Aku masih mampu masak untuk family aku, aku masih mampu berbelanja tanpa perlu fikir hutang piutang keliling pinggang.

Disaat aku menulis ni, aku bersyukur aku masih diberi nikmat untuk menulis. Ada orang, tak boleh nak menulis. Takde rumah, takde tempat tinggal. Takde wang.

Alhamdulillah.



Ingat, ada orang lagi besar ujian yang Allah beri pada dia.


Aku belum cukup kuat. Tapi aku harus bersyukur. Semua yang jadi harini, ada hikmahnya.

No comments:

Random

Halo semua apa khabar kau? Aku bosan sebenarnya. Jadi aku rasa macam nak menulis benda random yang terlintas dalam kepala aku. Hari ini ha...