Wednesday, 29 June 2016

Bersyukurlah

Hi

Kalau nak dibandingkan kepayahan yang aku terima berbanding dengan orang lain, maka bersyukurlah.

Ada orang ditarik nikmat untuk melihat, mendengar dan berkata-kata.
Ada orang diberikan ujian sewaktu sedang sarat mengandung, mungkin husband ada perempuan lain.
Ada orang, tiada wang nak beli baju raya.

Maka, bersyukurlah. Aku hanya gagal dalam satu perkara, iaitu relationship. Tapi aku masih diberi nikmat untuk melihat, mendengar, berkata-kata. Yang paling penting, aku masih diberi kesempatan untuk bernafas. Maka bersyukurlah.

Bila aku sedih, yang menjadi sumber kekuatan aku ialah bersyukur. Aku seharusnya berhenti menangis, dan bersyukur aku masih mampu beremosi. Aku masih mampu masak untuk family aku, aku masih mampu berbelanja tanpa perlu fikir hutang piutang keliling pinggang.

Disaat aku menulis ni, aku bersyukur aku masih diberi nikmat untuk menulis. Ada orang, tak boleh nak menulis. Takde rumah, takde tempat tinggal. Takde wang.

Alhamdulillah.



Ingat, ada orang lagi besar ujian yang Allah beri pada dia.


Aku belum cukup kuat. Tapi aku harus bersyukur. Semua yang jadi harini, ada hikmahnya.

Thursday, 23 June 2016

Jung Joon Young - 2016 I Love You (Cha Tae Hyun)



I regret my love
I trusted you like a fool
Now I have to prepare to let you go
Why are you trying to leave me?
What have I done wrong?
My last love is exactly you

*I'm not turning back for you
You already went to him
Aren't my love and my scars
not important to you.
Don't tell me to forget, I love you
Until your trace is erased,
would you show me sometimes
your being happy with him

I understand your love
and your heart that left me
You went to him because he will make you happier than I

Don't pretend to be sad
Don't tell me you loved me
I'll leave you completely
I won't cry

*repeat

Thursday, 16 June 2016

Apa nak kena buat bila dah graduate?

Assalamualaikum semua.

Apa khabar? Dah habis belajar? Ke tengah pening kepala lagi? Hehe. Post kali ni, aku nak sembang pasal apa yang perlu kita buat bila dah habis belajar. (Sementara tunggu result final sem tuuu). Aku galakkan bebudak tahun kedua, atau ketiga untuk baca entri ni supaya boleh buat persediaan menghadapi hari akan datang. Kenapa aku kata tahun 2 atau 3? Sebab benda ni akan melibatkan duit juga. Maklumlah, tak semua orang yang belajar ni kaya. Mostly mesti ada PTPTN. Hehe.

JIKA ANDA PELAJAR TAHUN DUA/TIGA - apa yang anda kena buat?

Pertama sekali, jangan lupa sediakan saving. Haa. Ini aku memang menyesal beb. Duit biasiswa dapat, buat pergi travel. Aku mana fikir semua ni. Saving-saving ni haha. So, aku nasihatkan korang, mana-mana yang dapat biasiswa tu, simpan lah duit tu dalam ASB. Guna untuk yang perlu je. Kalau PTPTN, kalau korang rasa ada lebih, simpan. Jangan buat beli iPhone. Hehe.

JIKA ANDA PELAJAR FINAL SEMESTER YANG TENGAH TUNGGU RESULT DAN TAKDE SAVING?

Jangan risau. Hehe. Kalau dah final semester dan takde saving. Tak apa. Kita mula perlahan-lahan ok? So, bila dah habis belajar, biasanya korang akan mencari kerja. Yep. Itulah tujuan korang belajar kan. Nak dapat kerja yang korang minat. Aku takde masalah pun kalau korang taknak kerja dalam bidang korang, asalkan kau kerja dan mencari duit yang halal. Kalau kau amek engineering, tapi suka berniaga, teruskan. Ramai sifu perniagaan yang kita boleh ambil contoh yang mula dari bawah. Tapi aku bukan orang berniaga, so aku tak boleh nak cerita banyak pasal perniagaan.

Apa yang aku nak cerita ialah benda yang aku dah pernah buat. Yelah, boleh kata aku dah nak setahun bekerja. Hehe InshaAllah panjang umur murah rezeki, 3/8 nanti setahun kerja.

OK. Tu baru mukaddimah. HAHA. Padahal dah cakap banyak gila. HAHAHA.

1 - Jika anda pelajar tajaan JPA, jangan lupa lapor diri. 
Ok. Yang ini khusus untuk pelajar JPA. Ye, memang sekarang JPA takde panggil orang dah. Sebab dalam government pun tak banyak peluang pekerjaan. Tapi, sejurus korang habis je final exam, cepat-cepat lapor diri kat JPA. Ikut jelah apa dia nak. Haha. Jangan tangguh. Setahu aku, JPA ada syarat baru. Korang wajib kerja 4 tahun sejurus selepas habis belajar. So, mana-mana JPA scholar tu, kalau boleh cari kerja cepat2. Yang ni, aku tak tahu macam mana JPA nak pantau. Tapi sebagai langkah berjaga-jaga dan tak nak kena bayar denda, korang kerja je lah ye :)

2 - Tentukan minat kerja anda
Kalau korang nak rasa seronok buat sesuatu kerja, buatlah ikut minat. Kalau korang rasa nak "asalkan kerja" je, pun boleh. Janji kerja. Ok aku tahu benda ni bergantung pada rezeki, tapi kalau kau tak usaha, takde hasil jugak kan? Dalam sebulan kau tengah cuti tu, cuba fikir, kau nak kerja macam mana. Semua orang nak jadi bos, tapi takde bos yang keluar universiti terus jadi bos melainkan kau bukak bisnes sendiri atau bapak kau wariskan business dia kat kau. Haha. Penting tau untuk tentukan minat ni. Sebab kau akan kerja ni untuk maybe 10, 20 ke 30 tahun akan datang. Hehe.

3 - Cari kerja kat jobstreet
Dah tentukan minat? Nak buat grafik, software development, nak jadi civil engineer? Apply kat jobstreet. Yep, memang kekadang diorang ni nak orang yang dah berpengalaman, tapi tak salah pun kalau kau nak apply. Usaha sebaik mungkin. Resume tu biar cantik-cantik sikit. Tak salah pun kalau korang tunjukkan usaha kat resume tu :)

4  - SL1M 
Kalau dalam masa beberapa bulan korang tak dapat panggilan, boleh cuba Skim Latihan 1 Malaysia. Yang ni aku tak nak komen banyak-banyak. Sebab aku taktahu.

Bacaan seterusnya ialah kalau korang dah dapat kerja.



5. Insurans/Takaful
Ini penting ye kawan-kawan. Ye, memang kau kena bayar bulan-bulan banyak, tapi aku tahu orang muda ni kebanyakkannya takde simpanan kecemasan untuk diri sendiri kalau jatuh sakit. Aku sangat menggalakkan korang untuk ambil insurans yang bersesuaian untuk diri sendiri. Bab insurans nanti aku bukak post lain. Sebab aku ada jugak belajar pasal insurans ni (aku kerja company insurans).

6. Simpanan gaji 3-6 bulan.
Yang ni aku tengah buat lagi. Masih mengumpul. Ini digalakkan untuk buat kalau korang punya family biasa-biasa je. Cuba buat untuk 3 bulan dulu. Hehe. Selain itu, kalau dah nak berlaki/berbini, sediakan simpanan korang. Kamon, takkan kahwin nak pakai loan?

7. ASB
Yang ni pun aku ada kesedaran masa baru kerja. Aku dah buat lama account ASB ni, tapi baru nak menyimpan dalam ni. Aku sangat menggalakkan korang untuk buat account ASB. Kalau nak, buat jugak ASB Financing. Bab ni nanti sembang lain inshaAllah. Takpun boleh je google. Banyak je orang menulis pasal ASB financing ni. Aku tak buat lagi.

8. Filing
Ok. Kenapa aku sebut pasal filing. Disini bukan lah bermaksud filing untuk cukai tu. Tapi buat je sistem filing untuk simpan data macam slip gaji, resit dan apa-apa surat yang penting. Yang ni pun, aku guna je file yang ada kat rumah untuk simpan benda-benda macam ni. Untuk rujukan kau jugak nanti. Simpan kat tempat yang senang kau capai.

9. Main kutu
Kalau korang ada kawan-kawan, main la kutu. Haha.

10. Tabung Haji
Bagi kawan-kawan muslim, jangan lupa buka account tabung haji dan daftar haji. Untuk mendaftar haji, korang kena ada 1300 dalam account. Tapi duit tu tak boleh keluarkan. Kalau keluarkan nanti hilang giliran korang tu.

11. Mak ayah.
Kalau korang ada mak ayah lagi, bagi duit kat diorang. Yang ni, pada aku dah jatuh hukum wajib. Tak perlu bagi banyak pun. Bagi sekadar mampu. 50 pun ok. Tanda ingatan kau kat mak kau. Orang tua ni dia tak harapkan sangat duit kau. Dia cuma nak ingatan je. Aku memula first dapat gaji, aku bagi mak aku semua gaji aku. Nak mintak berkat. Tapi yelah orang tua mana lah nak terima kan haha. So aku bagi je la takat yang aku mampu

12. Buat bajet bulanan
Yang ni aku ada buat. Guna kertas conteng je. Buat kira-kira, dan catat perbelanjaan korang tu. Berlambak apps kat phone tu boleh guna. Aku sangat menggalakkan korang catit perbelanjaan korang. Untuk permulaan, catit yang besar-besar dulu. So korang ada self note mengenai berapa yang korang perlu simpan.

13. Bergembira lah dengan hari-hari anda
Ok. Dah dapat kerja. Dah ada gaji. Bergembira lah dengan hari-hari anda. Yang ni aku pun tak lepas lagi haha. Weekend biasanya masa untuk tidur je. Nak berdating pakwe pun takde kahkah. Kalau ada pakwe, pergi lah dating. Kalau takde, masak lah untuk mak ayah korang hehe. Pergi je tengok wayang ke apa. Belajar handle stress :) Sebab kau memang akan stress bila kerja.



Rasanya itu sahaja aku nak sembang. Ini aku share aku jumpa kat fb. Ok bab beli rumah tu aku malas nak fikir sebab rumah kat KL mahal sangat T____T.


Ok lah semoga bertemu lagi.

Assalamualaikum.

Monday, 13 June 2016

AVON ONLINE - MUST HAVE BEAUTY PRODUCTS


Hey guys,


Today I'm gonna share something out of my league. Hehe. Avon is one of the well-known brands in the beauty industry as it offers a wide range of cosmetic products at a very affordable price. From lipsticks to mascare and more, women can feast their eyes on the fascinating collection of Avon makeup and pick out the ones which they adore. If you have no idea what are the beauty essentials you need, check out the Avon online must-have beauty choices available and enhance your looks with them.

1. Daring Lipsticks




Every girl needs a nice lipstick and Avon offers an extensive range of wonderful shades to choose from depending on your style. From nudes, pink to bright bold colours, the lipsticks definitely help you feel confident anywhere you go. A slight hint of Avon lipstick on your lips, it can give you that gorgeous touch with ease.


2. Power of Powder


Avon has a wide range of powder range for women to choose from from various skin tone shades. From light to tan, Avon definitely provides the best quality for their customers to experience. Slap on some powder and you will absolutely feel more refresh to lead your day. It is the important beauty essential every women needs to own and have stored in their handbags for that quick touchup.



3. Blushing Blush



For the ladies who are looking to get that sweet flush look, can achieve it by using the Avon blushers. Pick your blush from Avon which fits your skin tone and apply it on the apple of your cheeks. Who doesn’t love applying some blush on as it make your face look healthy and cute at the same time. You will definitely gain others attention on you with that sweet blushed look.









Resepi Laksa Johor

Hi. Ini ialah resepi untuk 1 paket spaghetti. Biasanya 1 paket spaghetti boleh makan dalam 10 kali. Ikut kuat mana kau makan. Hehe.  Re...