Thursday, 31 March 2016

#edisijelajah - Part 2 - Kawagoe & Chichibu

Assalamualaikum

Sementara aku ada mood nak menulis ni, baik aku tulis apa yang tertunggak. Hehe. Kali ni ialah main event. Ni kira macam tujuan utama kitorang nak pergi ke Japan ni. Iaitu nak pergi Chichibu Yomatsuri.

Chichibu Yomatsuri ni salah satu festival perarakan terbesar kat Japan.

The Chichibu Night Festival (秩父夜祭, Chichibu Yomatsuri) is the festival of Chichibu Shrine in Chichibu City, Saitama Prefecture, just 90 minutes from central Tokyo. It is held every year on December 2nd and 3rd, with the main action taking place on the 3rd.
The Chichibu Night Festival is considered one of Japan's top three festivals to feature floats, the others being Kyoto's Gion Matsuri and the Takayama Matsuri. Its floats are ornately decorated with lanterns, tapestries and gilded wood carvings and are accompanied by drum and flute music.
The festival's other attraction is its fireworks display, which lasts almost two and a half hours and gives you the rare opportunity to enjoy Japanese fireworks during winter. Additionally, the streets are lined with stands selling festival foods and amazake (sweet rice wine) to combat the cold December night.
Kat atas tu penerangan dia. Jangan malas baca. Haha. Kalau korang nak pergi, boleh. Pergi masa 3 December.

Nak pergi sini senang je. Kau google je cara nak pergi HAHAHAHAH. Takdelah.

Okay, Chichibu Yomatsuri ni waktu malam tau. So kami buat keputusan sebelum pergi Festival tu, kami pergi melawat Kawagoe. Kawagoe ni kira macam satu bandar yang melambangkan zaman Edo. Kiranya kerajaan Jepun tidak menghapuskan elemen lama yang terdapat kat Kawagoe ni. Hm kenapa ayat aku pelik sangat. Anyway, kat Kawagoe ni, korang boleh tengok macam mana rupa perkampungan masa zaman Edo. Zaman Edo ni apa ya? Boleh google haha.

Kau jangan tanya aku macam mana nak pergi sana, aku serius dah lupa. Tapi senang je nak pergi. Hehe.

Perjalanan ke Kawagoe ni memakan masa lebih kurang sejam sebab kita dari Tokyo, Kawagoe di daerah Saitama.

Disebabkan kitorang sampai awal sangat, jadinya kita jalan kaki lah ke Kawagoe ni. Dari station Kawagoe ke Kawagoe City ni tak lah jauh mana, 1km je HAHAHA.


Ni lah yang aku kata tu, bangunan dia menggambarkan zaman Edo.


Ntah mainan apa dia jual semua zaman dahulu kala.




Ni Bell Tower kat Kawagoe City tu

Bersihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Dalam Float Museum.


Boleh naik bas ni kalau nak jalan2 kat Kawagoe City ni. Hehe. Tapi berbayar k.




Bukak map tu wajib dik.


Aktiviti yang kitorang buat kat Kawagoe ialah masuk muzium. Ada banyak muzium. Nak lagi best, amek pakej. Aku lupa la harga dia. Sorry huhu.

Dah petang tu, kitorang pun bergerak ke Chichibu.

Naik ke Chichibu dari Kawagoe, senang je dik. Tak payah tukar train. Kau kena naik train la dik. Hahah aku lupa la wei sorrryyyy. Tapi korang kena pergi Saitama. Untuk tengok kawasan perkampunan Tokyo ni.

Sepanjang perjalanan, aku rasa tenang gila. Keretapi dia klasik sikit, perjalanan pulak kau nampak gunung-ganang. Tapi kat sini tak berapa sejuk sangat. Ke aku yang tak sejuk sebab banyak lemak? Hahhaa.

Dari Kawagoe, kau stop kat Chichibu Station. Kat Chichibu Station ni lah tempatnya Chichibu Yomatsuri tu.


Makanan banyak gila dijual kat sini. Seriously banyakkkk gila. Aku fikir tak halal je. Kalau halal mau muntah2 aku makan sebab semua mengliurkan.

Mochi my favourite. 

Sweet potato goreng

Bukosan kat belakang tu. 

Aku amek gambar ngan Bukosan. Tu kau tengok belakang tu pasar malam. Tu baru sikit. 





KEBAB. Alhamdulillah ada kebab hehhehe. Halal inshaAllah. 


Okay kenapa aku ambik gambar dengan Auntie ni.
Kau nampak tak kat tangan aku ada berbungkus sesuatu. Dia hadiahkan kat aku. T__T Terharu gila. Dia tahu kami orang Malaysia. Dia cerita dia suka Malaysia. So dia bagi kami hadiah (ada macam2, tempat letak tisu, getah rambut). Wuuu terharu thanks auntie. 

FYI Orang Japan ni sukaaaa sangat Malaysia. Ramai yang kami jumpa semua suka Kuala Lumpur. Tapi mostly yang peramah ialah orang tua. Orang muda dia macam tak ambil tahu hal orang lain jeeeeee. 


Ketua-ketua daerah (kot?) yang akan mengetuai perarakan ni.


Haaa ni la Float tu. Float dalam bahasa melayu ape eh? Terapung? Ape nama dia aku pun taktahu. Tapi ini lah Float nya. Ada orang yang akan menarik benda ni. Budak2 remaja lah.

Masa malam ni, memang sepanjang2 tu ada makanan macam-macam. Serious macam-macam. Pastu ada mabuk2 sikit. Tapi aku tak mabuk ok. HAHAHA. Ada pertunjukan bunga api. Ada macam2 la weh. Kena pergi dan tengok budaya diorang. Hehe. So dalam pukul 8, kami pun balik ke Tokyo semula. Hehehehe. Masa lepas balik dari sini, kitorang singgah Akihabara jap. Cari mainan. Haha bukan untuk aku ye. Untuk orang.

Aku memang tak beli pape sangat untuk diri sendiri masa visit kali ni. Okay lah, nanti aku sambung lagi kisah ke Yokohama pulak ye :)

No comments:

nota rawak

dah masuk bulan lima, hidup aku masih dibawah. belum dapat kerja. aku nak kerja. aku perlukan sumber kewangan.  kurang 30 hari nak puasa. ...