#EdisiJelajah - Part 1 - Tokyo

Assalamualaikum.

Ini entri tertunggak nama dia. Aku nak cerita pasal pengembaraan aku ke Japan December 2015 yang lepas. 1-8 December. Masa tu awal winter. Cuaca tak sejuk sangat tak panas sangat, yang penting aku tak selsema! Hehe. Persediaan travel tu lama jugak aku buat. Aku beli tiket awal Mac 2015. Dengan harga 650. Mula asal nak turun kat Narita, sekali AirAsia dah berhentikan flight ke sana, jadi aku pun buat pertukaran untuk turun kat Haneda International Airport.

Kalau nak ikutkan perbelanjaan aku kali ni lebih banyak dari biasa, tapi aku kekeringan di akhir2 tu hahahaha sebab aku banyak beli makanan. Tapi aku tak belanja lebih dari 3k. Itu yang pasti hehe.

Macam biasa, hotel aku tempah kat booking.com. Alhamdulillah walaupun hotel kecik, tapi boleh muat dua orang.

So, perjalanan kami sepatutnya nak tidur di saitama. Tapi aku macam was was pulak nak tidur situ. Saitama lebih kepada perkampungan (tempat kitorg nak tidur tu). Actually aku lupa kenapa kitorang tak tido saitama haha.

Anyways, perjalanan kali ni aku pergi tiga tempat utama. Tokyo, Saitama dan Yokohama. Dan aku boleh kata, aku suka semuaaa HAHAHA.

Tokyo - bandar pesat. Ni tak dinafikan. Tapi mostly facilities dia nampak lama (Tak semua). Macam station keretapi dia, bangunan dia pun nampak lama.
Saitama - Bandar kecil. Tak banyak pembangunan. Perumahan pun tak tinggi2 macam tokyo.
Yokohama - Bandar moden! Keretapi dia canggih, semua2 ahhh terbaik.

So, jom baca.

Macam biasa, AirAsia punya flight ke Japan, mesti sampai malam. Jadi malam tu kami tidur airport dulu. Esoknya baru pergi ke hotel :)

Tapi sebelum check in, kami jalan2 kat bandar Tokyo dulu.

Aku takde nak cerita banyak pun, cuma nak share gambar2 sepanjang aku kat sana. Untuk entri yang ni, aku akan share tempat yang kami pergi di Tokyo.

Hachiko Statue, Shibuya. 
Benda ni betul2 depan Shibuya station. Kalau nak jumpa benda ni, cari Hachiko Exit tau. Betul2 sebelah Shibuya Crossing yang famous tu.


Shibuya Crossing
Meiji Shrine
Hmm macam tak perlu je kan nak pergi Temple. Tapi tak salah. Bukan aku sembahyang pun kat sini haha. Saje nak tengok. Japan punya main religion ialah Shinto and Buddhism.


Tokyo Metropolitan Government Building.

Kalau nak tengok view Tokyo secara percuma, boleh pergi kat Tokyo Metropolitan Government Building.



Ueno Zoo
Kami dah tua tapi kami tetap mahu ke Zoo. Zoo ni best. Sebab boleh tengok panda takpayah bayar lebih. hahahha. Masa kat Ueno ni, cuaca sejuk gila. Ueno Zoo terletak kat Ueno Park. Kalau nak pergi sini, sebelum pergi Zoo tu singgah kat Ameyokocho tau. Ameyayokocho tu ala2 pasar macam kat Chowkit, tapi korang takkan jumpa barang ciplak kat Japan ni >< 





Kemain ko dik sejuk ke

Dapat percuma. Hehe 







National Museum of Tokyo
Cousin aku minat museum, aku follow ja. Boleh tahu sejarah pasal Tokyo kat sini :)



Ameyayokocho


Tokyo Tower
Ni second visit aku ke Tokyo Tower. Haha.


Asakusa Tower
Ni view of Asakusa Tower from Sensoji Temple area. Kat kawasan ni, ada jual ramen halal. Sedap gila nokkss.



Odaiba
Diver city, Odaiba. Kalau minat gundam jangan lupa pergi sini okay :)


Aku masuk Gundam Theme Park.



Banyak lagi tempat aku visit kat Tokyo. Macam Imperial Palace, Akihabara. Tapi aku dah pernah cerita rasanya kat entri yang aku pergi haritu. hehehehehe. (SEBENARNYA  AKU DAH LUPA MANA AKU PERGIII MUAHAHAHAH)

Okay lah nanti aku cerita pasal perjalanan aku pergi Yokohama, Kawagoe dan Saitama. InshaAllah :)




Comments

Popular posts from this blog

30 Minit di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur

#EdisiJelajah - Peta Malaysia

Resepi Mudah - Macaroni and Cheese Ayam