#edisijelajah - Kelantan.

#edisijelajah - Kelantan.

Jelajah KUL-KBR 24 jam sahaja. Kalau lebih mungkin akan blur tak tahu nak buat apa disana. Dalam 24 jam aku sempat melawat banyak tempat. Merasa banyak juadah. Melihat banyak ragam.

Hotel - the room @ zishi. Betul2 berhadapan dengan Pasar Siti Khadijah. Untuk RM95/malam memang berbaloi dengan kecomelan bilik tu.

Kereta Sewa - RM90/24 jam untuk seketul viva. Mungkin mahal dari tempat lain. Tapi percayalah tu yang paling murah kami jumpa.

Makanan - murah dan yang penting sedap. Tapi kalau tak tahan manis macam kitorang, balik KL jangan lupa detox okay. Kalau nak best, tanya local makanan apa yang best dan kedai mana yang menarik. Untuk nasi kerabu yang aku makan tu, memang terbaik! Cari kedai Rohani Restoran Masakan Panas sebelah balai bomba. Kat mana aku taktahu. Aku cuma waze je. Ikan bakar boleh pergi kat Restoran KST area Wakaf Che Yeh. Kopitiam Kita itu wajib pergi. Lain2 aku tak pasti. Mungkin yang tahu makan best mana bolehlah komen sini hahaha.

Pakej Muzium - Kalau rasa tak tahu nak buat apa, pergi lah masuk muzium/istana/memorial. Jangan lupa beli pakej RM10 untuk melawat semua bangunan memorial tu.

Pengalaman lain
1) Lelaki Kelantan gatal haha. Yang perempuan, pakailah pakaian yang menutup auratmu. Haha.
2) Orang dia (yang muda2) ramai yang jenis akak tomyam. Pakai tudung dengan baju lengan pendek.
3) Kereta audi bersepah macam jumpa honda city kat kl.
4) Jalan tak jem. Kalau jem pun tak rasa nak maki. Semua tempat menarik dalam lingkungan sejam je dari bandar Kota Bharu.










Comments

Popular posts from this blog

30 Minit di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur

#EdisiJelajah - Peta Malaysia

Resepi Mudah - Macaroni and Cheese Ayam