Monday, 2 November 2015

Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia ke 55

Assalamualaikum.


Lama tak menulis. Alhamdulillah pada 26/10/2015 merupakan satu tarikh bermakna untuk aku. HAHAHA. Aku tak nak cakap banyak, nanti aku copy paste je ucapan aku kat sini HAHAHAHAH.


------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Saya, Siti Khatijah Binti Hamid ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan sepanjang pengajian saya di UTM.

.

.

Terima kasih yang tidak terhingga atas peluang dan pengalaman yang dikongsi bersama. Alhamdulillah saya dah konvo 26/10/2015. Saje nak buat caption panjang2 sebab bukan selalu nak buat panjang macam ni. Haha.
.
.
Untuk keluarga, abah mama syawal wan and kak nesya, terima kasih sebab sentiasa sokong dari belakang. Nak mintak tolong itu ini semua tolong. Amek kat tbs malam2 pun takpe. Amek kat johor short notice pun takdehal. Tak pernah sekali dipersoalkan kenapa nak amek kos sc comp. Thank you so much for everything. Tak tahu macam mana nak balas. Love you.
.
.
Untuk sahabat sekelas sefakulti seuniversiti terutamanya sahabat scv, thank you so much. Buat kerja group bersama, gi bbq bersama, macam2 la. Kalau takde korang tak tau macam mana nak survive. Moga kalau ada jodoh kita jumpa lagi ya.
.
.
Untuk lecturer, terutamanya supervisor dan lect yang pernah mengajar sama ada dalam kelas atau semasa luar kelas. Terima kasih untuk ilmu yg diberikan. Minta halalkan ilmu yang dicurahkan kepada saya sepanjang 5 tahun di UTM.
.
.
Buat semua warga UTM, terima kasih untuk pengalaman dan pengajaran yg diberikan. Makcik-pakcik kafe, abg akak pejabat dan semua semua lahh.
.
.
.
Terima kasih semua. Tak kira siapa anda. Semoga sentiasa di dalam berkat Allah swt. Sekeping kertas ni ada seribu satu kenangan yang menjadikan saya seperti sekarang. Maka dengan ini bermulalah kehidupan sebagai alumni UTM. Saya akan cuba sehabis baik untuk berbakti semula kepada UTM. InshaAllah.
.
.
Kerana Tuhan Untuk Manusia.


---------------------------------------------------------------

Jom aku belanja gambar sempena konvo hihihi


Bersama my parents masa penyampaian Anugerah Medal Dekan. Mampu bagi ni je. Tak mampu bagi anugerah naib canselor. 

Depan Fakulti Komputeran untuk kali terakhir. haha. 

Prekonvo sat hihihi

Orang penting dalam hidup aku kat UTM ni. Thank you so much Aisyah Syazwani 

Shafiq dan kekasihnya. Selalu gila ajak lepak. Huhu BFF aku la masa kat UTM ni. 




Saat yang paling aku tunggu. Turun bubble hihi. 


Thank you for coming Aliaa dan Daus :) 


Thank you my parents for everything.
FAMILY KUUUUUUUUUUU MUAH SEDIKIT
OK akak taknak cakap banyak. Letih dah akak nak tido esok kerja muah muah.

No comments:

on the way menjadi dewasa (kot)

Menjadi dewasa. Tidak pernah diberitahu oleh sesiapa bahawa menjadi dewasa adalah berarti menjadi manusia yang harus membuat pilihan. Life i...