Monday, 16 March 2015

One loyal friend is worth ten thousand relatives.

Assalamualaikum and Hi. 

DDZ. Ini ialah kod untuk kursus Diploma Sains Komputer UTMKL. Aku dulu bekar pelajar DDZ. Tapi aku masuk setahun je. Lepas tu aku diserap ke UTMJB untuk melanjutkan pelajaran dalam kursus Sarjana Muda Sains Komputer Perisian Grafik dan Multimedia. Anyway aku bukan nak cerita pasal aku punya kursus. Tapi aku nak cerita tentang manusia-manusia yang bersama dengan aku semasa aku dalam kursus tu.

Kami dulu kelas adalah dalam 20 orang. Lepas tu, 5 orang dari DDZ diserap masuk ke UTMJB. Bila kelas ada 20 orang je, lelaki dalam 12 kot ahaha perempuan dalam 7 orang. Jap aku senaraikan nama classmates aku.

Lelaki: Mirul. Shafiq, Is, Ghulam, Alip, Dinie, Sob, Azam, Arwah Duan, Iwan Dush, Apis, Aqmal Kiddo (dah tukar course), Bawang, Faeez, Firdaus.

Perempuan: Aku, aisyah, sarah, kim, fatin, aliaa, wanie, yana, ain.

Bayangkanlah bape ketul sangatlah kan. Lima orang hilang dari kelas terasa kosong lah kot. HAHAHAA kot.

Anyway bukan nak cite pasal diorang, tapi aku sekadar nak update kat sini perjumpaan yang jarang-jarang kitorang buat. Yelah nak jumpa selalu bukannya senang ye tak. 

Haritu masa kelas Web, dapat whatsapp dari Kim, pasal Shafiq ajak pergi makan burger bakar. Aku tak paham kenapa setiap kali kitorang buat meetup mesti kat burger bakar abang burn tu. Takpelah. Tak kisah tentang itu.

Moh lah kita lihat beberapa keping gambar yang kitorang amek masa burger bakar ni.






Lepas makan kat Burger Bakar tu, kitorang gi Dataran JB. Pun aku taktau kenapa kalau lepak ngan diorang ni mesti ke Dataran JB jugak HAHAHA. 

Masa kat sini, Sarah ajak main game. Memula macam malas, tapi bila Sarah insist main, kitorang pun main ah kan. Nama game tu pembunuh polis. Best jugak ah. 3 kali aku jadi pembunuh, 4 kali pembunuh menang. Hebat betul pembunuh ni. Polis ada dua kali awal-awal dah kena buang. Haha. Memang terbaik lah game tu. Mungkin lebih seronok kalau main ramai-ramai. Hehe. 

Kitorang main game tu sampai pukul 1 pagi weh HAHAHA lepas main terus balik, aku terbongkang tido dengan lenanya. 

Nak dijadikan ceritanya, banyak benda berlaku masa hari ni. Antaranya, teman si Aliaa pergi buat passport tapi tak buat sebab dia lupa bawa passport lama. Aku gembira betul dengan statement dia tu. HAHA. Lepas tu, malamnya ingat nak buat lah, sampai-sampai je kat UTC tu, dah tutup account pulak. Aduhmak lagi lah serabut. haha. 

Buat passport tu sebab nak pergi singapore. Pasal singapore nanti aku buat entri lain. Aku memang berjalan je kerja dua tiga harini . PSM tah kelaut. InshaAllah aku akan speed up sekarang ni hehe.

So, sebagai penutup, terima kasih ye diucapkan kepada rakan-rakan untuk malam yang indah ini. Aku bersama dengan diorang ni setahun je, tapi Alhamdulillah friendship tu masih lagi kuat. Hehe. Walaupun tak rapat dengan semua (especially lelaki) tapi so far nak bergurau tu tak perlu nak jaga perasaan orang sangat. Haha. Itulah petanda kita selesa dengan orang tu.

Okaylah, good luck ye kepada sahabat semua. Yang mana nak PSM1 tu, good luck, yang mana nak PSM 2 tu, marilah kita sedar diri kita hehe.

Bye bye see you next entry :)

No comments:

Berlarilah

Pada suatu hari, aku masih ingat, aku duduk depan pc kat office di Damansara Height, sedang kusut memikirkan masalah yang melanda diri aku ...