Monday, 30 March 2015

#edisimakan - Restoren Pondok MS Beriyani

Assalamualaikum,

Hai, ada hashtag baru. Nama dia #edisimakan. Hashtag ini ditubuhkan untuk aku share berkenaan tempat tempat makan menarik yang aku pernah pergi dan insyaAllah aku akan buat review sebaik mungkin.

Jadi, untuk first entry ini, aku nak cerita pasal nasi beriyani johor. Setahu aku, johor memang terkenal dengan nasi beriyani gam. Tapi aku tak pasti nasi beriyani yang aku makan ni nasi beriyani gam ke apa. Yang aku faham, resepi dia sama je, yang bezakan ialah cara masak dia. 

Boleh tengok video bawah ni kalau nak tahu pasal cara masak beriyani gam.



Gigih aku google tempat makan beriyani yang best kat JB ni. Memula kalau search, keluar Abah Nasi Beriyani, tapi tengok review orang cakap biasa-biasa je. Pastu tah macam mana, boleh pula ternampak komen orang, sedap lagi makan kat MS. Apa lagi, dengan kuasa google, aku cari lah Pondok MS Beriyani. Rupanya dekat je. Kat Bandar Baru Uda. Rating dia pulak kebetulan nampak 8.8/10. Ni mesti sedap ni.

Alkisahnya, malam tu ajak kat group The Biggest Loser. Ajak ayam je, sekali ada sorang ni ajak keesokannya. Kita bagai perut kosong dihulurkan nasi goreng cina, siap-siap terus gerak pi.

Lokasi dia senang sangat. Tahu Plaza Angsana? Haa, dia depan sikit dari parking lot angsana, kat kawasan yang banyak kedai kucing. Kalau tak tahu boleh google.

Harga pada aku murah. Dengan portion yang banyak, dan sedap, memang terbaik lah. Lima bintang aku bagi. Haha.

Nasi beriyani ada ayam dan kambing, dua-dua  berharga RM8. Murah kan?
Pastu percuma kuah dhal dan pencuk. Pencuk tu kalau dalam bahasa aku, acar timun nenas lah. Free refill. haha.
Masa dia mintak order tu, terus tanya, nak apa. Aku masa datang tu dah blur blur je nasib baik lah dia takde jual lembu. Cuma ada kambing dan ayam je. Aku kambing ni tak bape makan sangat.

Ayam dia memang lembut gila. Lembut gila punya, tarik sikit dah tercerai dari tulang.MasyaAllah. Sampai aku bungkus bawak balik tahu.





Rate yang aku boleh bagi ialah
Kebersihan - 4.5/5
Rasa - 4.5/5
Harga - 4.5/4
Servis - 4/5

Itu sahaja. Lepas makan kat sini, kitorang ke JPO. Aku pulak masa ni bawak RM4 je wakakakakak. Memang takde la membeli hehehehe.

 Alamat Restoren Pondok MS Beriyani:
Jalan Padi Emas 2, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Kalau tak silap, dia ada juga sediakan perkhidmatan katering dan majlis.
Apa-apapun, kalau datang JB, jangan lupa cuba beriyani ni. Hehe. Bye bye talk to you later. 




No comments:

Berlarilah

Pada suatu hari, aku masih ingat, aku duduk depan pc kat office di Damansara Height, sedang kusut memikirkan masalah yang melanda diri aku ...