Monday, 16 March 2015

#edisijelajah - Kota Singa, sekali lagi.

Assalamualaikum,

Harini aku nak cerita pasal perjalanan aku ke Kota Singa, sekali lagi. Ya ini untuk kali ke empat aku pergi Singapura. Kali ni punya perjalanan very smooth sebab aku dah tahu banyak benda dan dah belajar dari kesilapan. Hehe.

Hari sebelumnya, settlekan passport Aliaa dan juga buat tukaran duit. Untuk perjalanan kali ni, aku bawa RM100 je bersamaan 37 SGD. Hmm dengan nilai tukar SGD 1 = RM2.68. Jatuh teruk duit Malaysia. 

Perjalanan bermula dari JB Sentral. Macam biasalah.Okay, cara mudah nak pergi Singapore dengan menaiki bas ialah naik dari JB Sentral. Mula-mula, masuk kat bangunan kastam Malaysia tu untuk settlekan passport korang. Lepas tu, bila dah settle passport, turun kat tempat perhentian bas A kalau tak silap. Yang aku ingat, lepas kastam ada eskalator, turun je situ. Bawah tu ada tempat bas. 

Perjalanan kali ini, aku pilih untuk ke Woodland MRT Station. Sebab kat situ ada jualan tiket Singapore Tourist Pass. Untuk ke Woodland MRT, korang kena naik bas SMRT 950. Boleh tanya kat orang-orang situ kalau tak sure nak naik bas apa. Jangan buang tiket yang korang dapat tu. Macam biasa lah kan. Harga macam biasa, RM1.50.

Perjalanan dia agak jauh sikit, tak macam dari Woodland CIQ ke Kranji station. Turun hanya kat Woodland MRT tau sebab kat situ je ada jual tourist pass.

Ini ialah rupa bentuk Singapore Tourist Pass. Kami beli untuk 1 Day pass dimana merangkumi unlimited rides untuk MRT, LRT dan BUS di Singapore ini. Harga boleh tengok kat bawah ni. Untuk maklumat lanjut boleh tengok kat website dia: [Link]

Berbaloi dan menjimatkan masa sebenarnya sebab dah tak payah fikir nak beli tiket kat mana berapa harga apa semua. Jangan lupa dapatkan map masa korang beli tiket tu.

Tips #1 - Beli Singapore Tourist Pass.
Tips #2 - Buat kajian dulu nak pergi mana dan dapatkan stesen terdekat dengan tempat korang nak pergi tu. 

So, destinasi pertama ialah ke Merlion Park iaitu signature Singapore ni. Orang kata kalau tak pergi sini macam tak sah. Kami turun di station Raffles Place. Dari Woodland, boleh teurs ke Raffles Place ni. Ikut Marina South Pier line tau. Line warna merah. Perjalanan ambil masa dalam 30-40 minit jugak dari Woodland ke Raffles Place. Dari Raffles Place, keluar ikut pintu H, dan belok ke kanan. Kiranya, kalau korang tak sure nak pergi mana, keluar dari pintu H tu, tengok belah kanan ada laut, then ikut je laut tu. 

Sepanjang laluan ke Raffles Place tu, akan nampak banyak arca yang dibuat untuk memperingati tempat tu. Dan kat situ ada jugak auntie jual aiskrim. Korang beli lah ye haha.

Anak tiri merlion kot ni hehe.

Berlatar belakangkan Merlion dan Marina Bay Sands.

Ni masa beratur beli tiket Singapore Tourist Pass.

Dalam MRT sempat lagi posing. Macam LRT kita je.

Ni dalam perjalanan dari Raffles Place MRT ke Merlion Park tu. Ni la yang aku cakap arca tu. Ada kobau depan kitorang tu.

Berlatarbelakangkan singa dan juga bangunan tinggi di Singapura.

Dalam MRT.

MRT kosong takde orang.

Selfie satu kali.

Then, lepas je kat Merlion Park tu, kitorang bergerak ke Marina Bay Sands. Untuk ke Marina Bay Sands, korang kena naik Circle Line dan berhenti di Bayfront. Apa yang korang kena buat ialah naik dari Raffles Place (Marina South Pier line) berhenti kat Marina Bay, kemudian tukar train naik Circle Line berhenti di Bayfront. Turun je kat Bayfront korang akan disambut oleh casino. HAHA. Takde ah. Keluar station tu, dia dalam mall sebenarnya. So keluar je station tu kitorang keluar dalam mall. Nama mall tu ialah The Shoppes at Marina Bay Sands. Memang tak mampu der nak shopping sini. 

Kemana kita lepas ni? Kitaorang nak pergi ke Garden By The Bay. Tapi pada pendapat aku, Garden By the Bay pada waktu siang tersangatlah bosan. Haha. Malam mungkin cantik. Aku tak pernah sampai lagi, inshaAllah nak try pergi sana waktu malam untuk tengok Light Show kat Marina Bay Sands tu. 

Laluan ke Gardens By the Bay melalui Marina Bay Sands Hotel

Laluan dari Marina Bay Sands hotel ke Gardens By The Bay.
Berehat sebentar di Malay Garden, Gardens by the Bay. Aku bawa bekalan roti sandwich. Aisyah beli nasi beriyani di 7 eleven.
Satu benda yang aku kagum ialah 7 eleven di Singapore menyediakan makanan yang terbaik gila!!
Tak tipu beb.Aku tak faham kenapa 7 eleven Malaysia tak macam Singapore punya.


OCBC Skytree yang aku rasa malam cantik gila.

Acah-acah. HAHAHA.

Skytree lagi.

Lepak sekejap je sebab Gardens By The Bay ni sumpahlah bosan. HAHAHAAH.

Then, lepas tu kami bergerak ke Kg Glam pulak. Sebab plan nak Zohor dan Asar di Masjid Sultan kat Kg Glam ni. So, macam mana nak ke KG Glam?

Caranya kami dari Bayfront tu, ambil Downtown Line tau. Berhenti kat Station Bugis. Dari station Bugis, keluar kat pintu...... HAHAAHAH kitorang tersalah pintu sebenarnya. Tapi berjaya sampai cuma jauh sikit. Kitorang keluar pintu yang dekat dengan Bugis Junction. Senang, cari Raffles Hospital. Dari Raffles hospital, korang boleh pergi ke Kampung Glam dan juga Bugis Street.

Kat Kampung Glam, lebih kurang macam kawasan Penang, Jalan Dhoby JB dan Ipoh. Kawasan dia berlatarbelakangkan bangunan zaman dulu-dulu dan ada banyak kafe hipster kat sini. Tak kurang jugak banyak street art boleh didapati kat Kg Glam ni.

Depan Masjid Sultan.
 Masjid Sultan tengah renovate, tapi masih boleh digunakan lah. 

Anyway, lepas solat di Masjid Sultan, tengok-tengok souvenir kat kawasan tu. Pastu plan gi makan or minum dulu lah sebab tekak haus sangat. Kalau datang Singapore ni, aku tak faham kenapa banyak minum air. Mungkin sebab kawasan dia panas. So, minum petang kali ini ialah kat Singapore Zam Zam. Famous restoran ni. Hehe. Singapore Zam Zam ni terkenal dengan Briyani dan Murtabak dia. Tapi kami tak beli pun murtabak. Hehe.


Depan kedai.

Sementara tunggu air.

Yeahhhhh dah dapat makanan.

Selfie satu kali.

Menu yang ada.
antara street art yang ada.

Lepas makan, kami pun bergerak ke Bugis Street untuk beli souvenir. Aku macam biasalah, malas nak beli dah. Haha bukan ada nak bagi siapa-siapa pun kalau aku beli pun.

On the way ke Bugis Street
Kat Bugis Street ni boleh kata macam central market lah, tapi lebih sibuk dan sempit. 
Kalau nak beli souvenir biasanya orang beli kat sini. 


Dalam Bugis Village.

Otw balik.
 So, sebelum pulang tu, kami makan dulu kat 7e. Aku lah yang makan. Weh makanan dia terbaik. Aku dah rasa tiga makanan 7 eleven singapore, memang terbaik dan berpatutan (tanpa convert harga). Untung orang Singapore ni haha. Jangan risau, dijamin halal oleh organisasi yang sepatutnya di singapura. 

Jadi, kami menuju ke Woodland semula sebelum pukul 9 untuk refund balik Tourist Pass tu. Tourist pass tu harganya SGD 10, tapi deposit SGD 10 makanya harga total ialah 20$. Tapi boleh refund balik. Ada beberapa station je yang jual tourist pass ni. 

Lepas dah refund tu, kami jalan-jalan di sekitar Woodland MRT ni. Bukan nak cakap apalah tapi Woodland MRT ni penuh makanan je weh. Serius. Ada macam gerai-gerai kat situ jugak. Sempatlah merasa aiskrim biskut ni. Harga ialah $1.20 hehe. Sedap. Aisyah sampai beli dua kali. Haha.


Chicken Briyani Singapore Zam Zam.



Jadinya, bila dah berhenti kat Woodland tu, turun kat bawah, naik bas 950 kat Berth 14. Harga masih $1.50. Dan berhenti kat Woodland CIQ dulu kemudian baru sampai kastam JB Sentral.

Jadi, total perbelanjaan kali ni ialah seperti berikut:

Tambang JB Sentral ke Woodland MRT - RM1.50
Singapore Tourist Pass - $20 ($10 refundable).
Ice Cream Sandwich - $1.20
Chicken Kebab - $4
Mashed Potato @ 7 Eleven - $2.90
Air Pink Guava @ 7 Eleven - $1.70
Tambang Woodland MRT ke JB Sentral - $1.50
Briyani Chicken - $6.50 (Aku bayar $5) hmm.
Air Kosong - $0.50

Total ialah = 36.80 - $10 deposit maka aku berbelanja sebanyak SGD 26.80 sahaja.

Hehe rasanya cukuplah itu sahaja untuk entri kali ini. Moga kita berjumpa lagi untuk destinasi seterusnya :P

BTW terima kasih kepada owner GoPro, Shafiq Izwan kerana sudi meminjamkan kami GoPro beliau :DD


No comments:

nota rawak

dah masuk bulan lima, hidup aku masih dibawah. belum dapat kerja. aku nak kerja. aku perlukan sumber kewangan.  kurang 30 hari nak puasa. ...