TIPS - Cara buat hotspot di laptop dengan CMD

Hai semua. Harini saya nak ajar cara buat hotspot di laptop anda tanpa menggunakan apa-apa software. Mudah sahaja. Anda tak perlukan kepakaran teknikal sangat, yang penting anda tahu apa nak buat. CMD ialah command prompt ye. Kalau gi kat search pc anda, taip je CMD keluar command prompt. Hihi.

Perkara yang diperlukan ialah pastikan laptop anda mempunyai connection internet yang stabil tak kira mobile broadband, LAN ataupun wifi.
Mungkin ada yang bertanya kenapa nak kena buat hotspot kalau dah boleh connect wifi?
Saya buat begini sebab wifi di UTM ni tak boleh harap sangat. Nak connect kena spam banyak kali baru boleh masuk. So kat handphone macam mana nak spam banyak kali ye tak. So saya cuba dapatkan wifi di laptop kemudian buat hotspot untuk iPad dan handphone saya. Lagi satu, laptop saya tak boleh bukak connectify dan lain2 hotspot software. Bila buka je blue screen. So saya kena cari solution yang membolehkan saya create hotspot tanpa guna software.

Baiklah mari kita ke sesi pembelajaran kita.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut.
  • Buka notepad dan taip seperti berikut
    • netsh wlan set hostednetwork mode=allow ssid=namaHostednetwork key=password
    • netsh wlan start hostednetwork

  •  Save file anda sebagai *.bat. Contohnya wifi.bat. Save as all files. 
  • Kemudian, run wifi.bat tersebut as administrator.
  •  Kemudian, bukak network connections > Properties > Sharing

  •  Tick pada Allow other network user to connect tu. Dan pilih home networking connection. 
Kalau korang tengok gambar atas ni, Home networking connection aku ialah Local Area Connection *2. Jadi apa yang korang perlu buat ialah pilih ikut nama yang korang dah buat.

Dan itu sahaja. Boleh connect dengan suka hati ye.

Kalau ada pertanyaan boleh tanya saya :D

Selain itu, kita juga boleh tengok berapa banyak devices yang dah connected dalam network itu tadi.

cuma taip

netsh wlan show hostednetwork.

Nanti akan jadi macam ni 

itu sahaja untuk pembelajaran kita hari ini. Hehe.

BTW, saya tak menjamin apa-apa isu security di sini. Saya tak pasti keberkesanan perkara yang saya ajar ni dari segi security.

Okaylah. Selamat Tahun Baru 2015 :)

Comments

Apek Sayur said…
akak ni hebat la, muah ciked

Popular posts from this blog

30 Minit di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur

#EdisiJelajah - Peta Malaysia

Resepi Mudah - Macaroni and Cheese Ayam