Wednesday, 24 December 2014

Cerita Kedai Dobi

AsSalam.

Harini aku nak cerita pasal kejadian yang melanda aku semalam kat kedai dobi. Tak, bukan kejadian sebenarnya. Tapi aku just nak share tabiat manusia kat kedai dobi.


Aku ni pengguna tegar (kot) mesin dobi layan diri ni. Alaa kalau korang selalu nampak sekarang kan banyak mesin dobi syiling macam gambar ni.


Kedai macam ni kalau kat area UTM ada banyak. Ada 2 kat Sri Pulai, kat area Restoren Bibik pun ada. Satu lagi kat Sri Putri. Yang bestnya pasal mesin basuh ni ialah baju dijamin bersih (pada aku lah). Dan dia juga ada mesin dryer. Untuk perkhidmatan membasuh, harga berbeza ikut KG baju. Kalau 9kg RM5, 14kg RM6, dan ada juga yang 28kg RM11. Untuk mengering pulak RM 4 sahaja sekali basuh.

Anyway aku bukan nak cerita pasal mesin basuh tu tapi aku nak cerita pasal manusia yang ada kat sana.

Dah banyak kali sebenarnya aku pergi basuh baju ni. Dan dalam fikiran aku, pengguna dia mestilah anak-anak muda yang takde mesin basuh kat rumah, budak-budak bujang, takpun pasangan muda yang baru kahwin. Tapi sebenarnya tanggapan aku adalah silap sama sekali!

KEBANYAKAN YANG MENGGUNAKAN KHIDMAT DOBI LAYAN DIRI IALAH MEREKA YANG BERKELUARGA.

Okay. HAHAHA. Yang menjadi kelakarnya, ialah.

Family #1 - Berbakul-bakul baju.

Ye rakan-rakan. Aku rasa adalam 8 bakul baju satu family ni bawak. Aku rasa diorang guna khidmat dryer je. Kebanyakan family macam tu. Diorang basuh kat rumah, then dry kat kedai. Tapi yang aku musykil, diorang ni peram baju seminggu ke? Seriously ke orang dah kahwin macam tu? Aku tengok mak aku, mak aku basuh baju 2 hari sekali kalau tiada kitorang kat rumah. Tapi kalau kitorang ada hari-hari mak aku basuh.

Weh bape banyak doe baju kau kat rumah kalau seminggu sekali basuh?

Family #2 - Laki yang keringkan.

Okay ini kelakar. Ada satu family ni, bini dia takde. Agaknya bini kena jaga anak kecik kot kat rumah so suami dia yang keringkan baju baju tersebut. Yang menjadi kelakar ialah ada 4 bakul baju dia bawak. Kau bayangkan DIA MASUKKAN SEMUA ISI 4 BAKUL TU DALAM SATU DRYER. MashaAllah aku memang gelak tengok. Hahaha. Kesian mesin tu.

Agaknya kalau mesin tu boleh bercakap, aku rasa memang mesin tu menangis kenapalah kau buat aku macam ni wahai manusia.

Ada sekali tu, ada orang ni dia basuh baju. Ok ini aku taktahu nak cakap apa. Kau bayangkan ada satu tupperware nasi berisi sabun. DIA MASUKKAN SEMUA SABUN TU DALAM MESIN BASUH. Tak cukup dengan 1 tupperware sabun, dia letak pulak liquid detergent. Aku geleng kepala je dengar kawan aku cerita kejadian ni.

Memang kelakar la sebenarnya benda ni. Aku rasa nak gelak je tengok. Hahaa.

Ok la selamat membasuh baju :D

No comments:

Random

Halo semua apa khabar kau? Aku bosan sebenarnya. Jadi aku rasa macam nak menulis benda random yang terlintas dalam kepala aku. Hari ini ha...