Wednesday, 24 December 2014

Cerita Kedai Dobi

AsSalam.

Harini aku nak cerita pasal kejadian yang melanda aku semalam kat kedai dobi. Tak, bukan kejadian sebenarnya. Tapi aku just nak share tabiat manusia kat kedai dobi.


Aku ni pengguna tegar (kot) mesin dobi layan diri ni. Alaa kalau korang selalu nampak sekarang kan banyak mesin dobi syiling macam gambar ni.


Kedai macam ni kalau kat area UTM ada banyak. Ada 2 kat Sri Pulai, kat area Restoren Bibik pun ada. Satu lagi kat Sri Putri. Yang bestnya pasal mesin basuh ni ialah baju dijamin bersih (pada aku lah). Dan dia juga ada mesin dryer. Untuk perkhidmatan membasuh, harga berbeza ikut KG baju. Kalau 9kg RM5, 14kg RM6, dan ada juga yang 28kg RM11. Untuk mengering pulak RM 4 sahaja sekali basuh.

Anyway aku bukan nak cerita pasal mesin basuh tu tapi aku nak cerita pasal manusia yang ada kat sana.

Dah banyak kali sebenarnya aku pergi basuh baju ni. Dan dalam fikiran aku, pengguna dia mestilah anak-anak muda yang takde mesin basuh kat rumah, budak-budak bujang, takpun pasangan muda yang baru kahwin. Tapi sebenarnya tanggapan aku adalah silap sama sekali!

KEBANYAKAN YANG MENGGUNAKAN KHIDMAT DOBI LAYAN DIRI IALAH MEREKA YANG BERKELUARGA.

Okay. HAHAHA. Yang menjadi kelakarnya, ialah.

Family #1 - Berbakul-bakul baju.

Ye rakan-rakan. Aku rasa adalam 8 bakul baju satu family ni bawak. Aku rasa diorang guna khidmat dryer je. Kebanyakan family macam tu. Diorang basuh kat rumah, then dry kat kedai. Tapi yang aku musykil, diorang ni peram baju seminggu ke? Seriously ke orang dah kahwin macam tu? Aku tengok mak aku, mak aku basuh baju 2 hari sekali kalau tiada kitorang kat rumah. Tapi kalau kitorang ada hari-hari mak aku basuh.

Weh bape banyak doe baju kau kat rumah kalau seminggu sekali basuh?

Family #2 - Laki yang keringkan.

Okay ini kelakar. Ada satu family ni, bini dia takde. Agaknya bini kena jaga anak kecik kot kat rumah so suami dia yang keringkan baju baju tersebut. Yang menjadi kelakar ialah ada 4 bakul baju dia bawak. Kau bayangkan DIA MASUKKAN SEMUA ISI 4 BAKUL TU DALAM SATU DRYER. MashaAllah aku memang gelak tengok. Hahaha. Kesian mesin tu.

Agaknya kalau mesin tu boleh bercakap, aku rasa memang mesin tu menangis kenapalah kau buat aku macam ni wahai manusia.

Ada sekali tu, ada orang ni dia basuh baju. Ok ini aku taktahu nak cakap apa. Kau bayangkan ada satu tupperware nasi berisi sabun. DIA MASUKKAN SEMUA SABUN TU DALAM MESIN BASUH. Tak cukup dengan 1 tupperware sabun, dia letak pulak liquid detergent. Aku geleng kepala je dengar kawan aku cerita kejadian ni.

Memang kelakar la sebenarnya benda ni. Aku rasa nak gelak je tengok. Hahaa.

Ok la selamat membasuh baju :D

Thursday, 18 December 2014

How to stay creative. [Infographics]

Hi, I wanna share something I read from dailyinfographics.com.
If you love to gain knowledge but lazy to read long paragraph, I suggest you to look for info-graphics available on the net. For me, this kind of data visualization is understandable and readers tend to read more.

Nah, read this.

Credit: http://dailyinfographic.com/40-ways-to-stay-creative-infographic

Saturday, 6 December 2014

Edisi Jelajah - Melaka

Haha. Minggu ni aku ke Melaka pula. Hihi.

Berjalan je kerja. Takpe, sementara masih muda ni, kita jalan je. Tapi duit pula masalah :P

Kenapa aku ke Melaka? Sebab aku nak jumpa kawan-kawan ler. Diorang pergi majlis Konvokesyen Atiqah kat Lendu. Pastu aku ajak diorang sekali untuk jalan-jalan melaka. Hehe.

Sebenarnya cuti ni very short. Pergi Khamis balik Jumaat.Haha letih gila okay.

 Tak banyak pun yang aku share. Aku sebenarnya rasa nak beli camera. Bila ada camera baru rajin nak ambil gambar. Takde kamera ada QX10 pun jadilah. Hmm

Aku makan apa ye kat sana haha. Seingat aku, breakfast makan nasi lemak je. Kat warung asam pedas depan casa de rio. Asam Pedas Mak Minah kut.

Memula nak gi Calanthe Art Cafe, tapi tutup. Pelik jugak. Sebab katanya tu breakfast spot. Orang Melaka breakfast pukul 11 pagi kut. Haha

Nampak cream puff, berhenti. Haha.


Pastu masa on the way ke kereta, nampak kedai Cendol. Berhenti jugakk. 


Harga reasonable dengan isi. Haha. 


The only reason kenapa aku bersusah payah datang Melaka is them... Hhehehe.



 Last but not least, congratulations Atiqah. Dan Hariz :P

tak dapat nak story lebih la sebab takde gamba . Huhu takpelah. Doakan aku ada rezeki lebih so aku boleh beli kamera :)

Hihihi. Tata.


Tuesday, 2 December 2014

Word of Wisdom

My supervisor told me about this yesterday.
Sometimes the bad things is the right thing to do.
Sometimes the good things is the wrong things to do.

Always know what is right to you.

Leaving your boyfriend, it might harm you, but it could be the right thing to do.
Scold your father for smoking, might be a bad thing to do, but it could be the right thing to do.
Helping your brother for his wedding, might be a good thing to do, but it could be the wrong thing to do.

It's all about you.
You who decide which is right and wrong, good or bad.

// this post is not related to anyone. 

Berlarilah

Pada suatu hari, aku masih ingat, aku duduk depan pc kat office di Damansara Height, sedang kusut memikirkan masalah yang melanda diri aku ...