Monday, 17 November 2014

Tahniah KodiangBoy, Jawi Explorer dan Ameen Daily Prayer AR App (NUCEL 2014)

Assalamualaikum,

Minggu lepas, aku dan rakan-rakan masuk satu pertandingan di Shah Alam Convention Centre, yang dianjurkan oleh UiTM, Kementerian Pendidikan Malaysia dan MEIPTA. Tajuk pertandingan tu ialah National University Carnival on E-learning 2014 dibawah kategori Invention, Innovation and Design on E-Learning.

Alhamdulillah kami mendapat Anugerah Emas untuk ketiga-tiga produk.

Agak terkejut sebenarnya KodiangBoy dapat Anugerah Emas. UTM berjaya menggondol 14 emas, 2 perak dan 2 gangsa dalam pertandingan ini dan kami menyumbang 3 daripadanya. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Magic-X team terdiri daripada Jawi Explorer (Mohammad Alwi bin Yahaya), KodiangBoy (Siti Khatijah Binti Hamid, Aisyah Syazwani binti Ariff Zainol, Nur Ameerah binti Abdul Halim) dan Ameen Daily Prayer AR App (Bazli bin Tomi, Mohammad Alwi bin Yahaya).

Kesemua produk diatas boleh didapati di Play Store Magic-X.




Lepas habis pertandingan, pergi makan sate kat Kompleks PKNS.


Masa ni tengah berdebar tunggu keputusan
Ini pula ialah gambar makanan yang berjaya kami melantak masa kat Shah Alam tuari. HAHAHA
aku bagi review sikit ye


Texas Chilli Burger @ Grease Cheesesteak.
Food: 3/5
Service: 2/5
Environment: 3/5

Kenapa aku kata service 2/5 je aku bagi. Aku order jam 8.40 something, 9.30 baru dapat. Chilli sauce tu sedap, but patty kureng ah. Agak keras. Nachos pun biasa je. Nachos beli, bukan buat sendiri. Sedap lagi Chachos tu. Sorry eh. 


Spaghetti Aglio Olio Chicken Chop @ Restoren Murni Discovery Bandar Sunway.

Murni never failed to amaze me. Haha. Portion besar sesuai dengan harga (RM17). Pedas, sedap, dan service Murni memang cepat. Tak dinafikan lagi. 


Dragon Pizza @ Murni Discovery Bandar Sunway.

Haha. Terkejut beruk kitorang tengok benda ni. Besar, sedap, lazat. Semua ada. HAHAHA. 



Sate kajang ni tak perlu review lah ye. Memang terbaik! 

Ini pula gambar di Media and Game Innovation Centre of Excellence, UTM-IRDA Digital Media Centre (MAGIC-X). Haha. MagicX lah yang bertanggungjawab menghantar kami ke pertandingan tu. 


Sekali lagi tahniah kepada semua pemenang. Aku takkan lupa kenangan masa join event macam n.
Yelah, peserta lain kebanyakkanya semua dah Dr, postgraduates student. Kami je undergraduates lagi. Haha. Papepun Alhamdulillah syukur.

No comments:

Random

Halo semua apa khabar kau? Aku bosan sebenarnya. Jadi aku rasa macam nak menulis benda random yang terlintas dalam kepala aku. Hari ini ha...