Tuesday, 11 November 2014

#EdisiJelajah - Tokyo Trip - Part 4.

Hai, bertemu kembali dalam entri terakhir untuk trip ke Japan. 

Jadi, harini kami akan pulang ke Malaysia. Tapi sebelum tu kita jalan-jalan dulu sekitar Tokyo.

Bergambar kenangan di depan Sakura Hotel.


Hari ni, plan kami nak ke Odaiba. Jalan sekitar sini. Tapi pada aku, Odaiba agak bosan sebab ada banyak mall je. Cuma ada pantai tu yang best sikit.
Odaiba (お台場) is a popular shopping and entertainment district on a man made island in Tokyo Bay. It originated as a set of small man made fort islands (daiba literally means "fort"), which were built towards the end of the Edo Period (1603-1868) to protect Tokyo against possible attacks from the sea and specifically in response to the gunboat diplomacy of Commodore Perry.
Untuk ke Odaiba, perlu menaiki Yurikamome Line. Kami berhenti di Shiodome (Tokyo Metro) dan letak bag, kemudian naik dari Shimbashi ke Odaiba Kohinkoen. Untuk ke Odaiba, kita akan melalui Rainbow Bridge. Pemandangan yang indah. Boleh nampak pelabuhan Tokyo yang pesat.

 

Disebabkan kami sampai awal, kedai kebanyakannya belum buka lagi.

Fuji TV building.
Yang membuatkan kami terkejut ialah kewujudan replika Statue of Liberty.


Lepas ambil gambar, kami lepak kat tepi pantai. Tapi sebenarnya pantai ni bukan pantai, tapi laut yang ditambak.

Air lautnya jernih.

Laut yang jernih.



Lukisan Yahya.
Dan, sebelum balik, kami cari Gundam. Hehe sebab itulah tujuan kami kat sini. Haha nak tengok Gundam Front ni.


Acah-acah je semua hihi
Masa tengah lepak kat Odaiba tu, tetiba teringat Kebab ni. Lantas kami buat keputusan nak ke Akihabara semula, semata-mata kerana kebab :)

Potato and Chicken kebab.

Star kebab take away.

Akihabara


Lepas ke Akihabara, kami pun bergerak ke Airport. Sebab taknak pisang berbuah kali ketiga (lambat depart), kami sampai awal gila kat airport. HAHAHA.

Sambil-sambil tu, jalan dalam airport. Ada Odeo Market. Macam2 ada jual.

Observation Deck


Matcha Ice Cream kat Odeo Market. Ada rice cake ball, red bean, dan rice krispies bawah dia.



Kitkat ni hanya ada kat Airport je.

Mochi green tea with read bean paste. Sedapppp.


lepas tu, pukul 10 kami pun check in sebab takut lewat. HAHA. Sempat lagi kami makan Udon lepas check in dalam. Huhu. Dan buat last minute shopping.

11.45 malam berlepas ke Kuala Lumpur. Sampai Malaysia jam 6.00 pagi. Alhamdulillah.

Flight seterusnya nak ke JHB jam 2.15. Apa lagi, kita tidur dulu hehe.

Rasanya itu sahaja cerita untuk trip ke Jepun ni. inshaAllah ada duit, aku nak travel tempat lain pula. InshaAllah.

Terima kasih kuucapkan kepada semua yang terlibat. Family, kawan-kawan, strangers yang sudi membantu saya sepanjang kami berada di Jepun. Moga Allah murahkan rezeki kalian.

Byebye :)

Untuk baca Tokyo Trip yang lain
Part 1
Part 2
Part 3

1 comment:

Siti Fadzelah64 said...

Cik Khatijah..hotel sakuratu ok x...toilet mcmna.brapa 1mlm

nota rawak

dah masuk bulan lima, hidup aku masih dibawah. belum dapat kerja. aku nak kerja. aku perlukan sumber kewangan.  kurang 30 hari nak puasa. ...