Monday, 10 November 2014

#EdisiJelajah - Tokyo Trip - Part 3

Hai, bertemu lagi dalam edisi jelajah. Entri ni ialah sambungan entri sebelum ini ya :) 

Kali ini aku nak share hari ketiga kami kat sana. Perjalanan kami hari ni dalam petak merah tu.
1) Ueno Park
2) Asakusa
3) Skytree
4) Masjid Tokyo
5) Akihabara.

Ni ialah Sakura Cafe, cafe tempat kami menginap.




Ni pulak peta laluan untuk Hibya Line. Ada banyak Line subway ni. Kalau macam Malaysia, macam Kelana Jaya Line, Ampang Line. Sama jugak macam Tokyo Metro ni.


Ni pulak panduan untuk setiap exit stesen subway tu. Contoh macam Akihabara station, kalau nak gi Electric Town, keluar kat Exit 4-5. Macam tu la.


So, kita ke Ueno Park. Cantik park dia. Bersih.




Ni kat simpang empat yang menghubungkan Ueno Zoo, Tokyo National Museum dan lagi satu aku tak ingat HAHAHA.


Tokyo National Museum. Tak masuk pun sebab nak kejar masa.

Temple kat Ueno Park.
Next destination is Asakusa. Kat Asakusa ni ada satu tempat menarik yang memang wajib datang kalau gi Tokyo ni iaitu Sensoji Temple. Kat sekitar temple ni ada kedai souvenir kalau nak beli apa-apa barang.

Sensoji (浅草寺, Sensōji, also known as Asakusa Kannon Temple) is a Buddhist temple located in Asakusa. It is one of Tokyo's most colorful and popular temples.

The legend says that in the year 628, two brothers fished a statue of Kannon, the goddess of mercy, out of the Sumida River, and even though they put the statue back into the river, it always returned to them. Consequently, Sensoji was built nearby for the goddess of Kannon. The temple was completed in 645, making it Tokyo's oldest temple.

Bandaraya Asakusa


Nampak Skytree.

Kaminarimon (Thunder Gate)

Nakamise


Macam-macam benda dijual sepanjang laluan dari Thunder Gate ke Senso-ji Temple ni. Aku terliur dengan Takoyaki, tapi masa tu dah kenyang so tak beli.


Five Storied Pagoda sebelah dengan Temple.
Minuman wajib kalau ke Jepun, tapi susah gila nak dapat. Dapat yang ni pun masa kat Family Mart Ueno Park

Takoyaki kat Sensoji Temple, 500 yen.

Matcha Ice Cream kat Sensoji Temple, lupa harga. Tak sampai 400 yen.

Dango! Rice cake dumpling. Tapi yang aku makan ni salty version. Luar tu soy sauce.

Skytree. Tak naik pun sebab nak kejar masa.
Lepas kat Asakusa, kami bergerak ke Masjid Tokyo. Sempat solat Zohor, Asar dan Maghrib kat sini :)



Lepas kat Masjid, kami bergerak ke Akihabara. Sebelum tu dinner kat Akihabara Star Kebab Take Away. MUST TRYYYYYYYYYYYYYYYY. Sedap mashaAllah.



Try kerusi urut kat yodobashi.
Disebabkan aku tak shopping kat Akihabara ni, aku just jalan2 je dalam ni. Lepaskan Sara and Yahya kat Akihabara.




Lepas dari tu, kami pun pulang ke Hotel semula. Penat, tapi seronok. Get ready untuk esok pulak :)

Untuk baca part lain

Tokyo Trip - Part 1
Tokyo Trip - Part 2
Tokyo Trip - Part 4

No comments:

nota rawak

dah masuk bulan lima, hidup aku masih dibawah. belum dapat kerja. aku nak kerja. aku perlukan sumber kewangan.  kurang 30 hari nak puasa. ...