Sunday, 9 November 2014

#EdisiJelajah - Tokyo Trip - Part 2

Hai, bertemu kita dalam post kali ini, nak menceritakan mengenai hari pertama kami di Tokyo. Perjalanan sebenarnya bermula jam 7.00 pagi.

Flight JHB-KUL pukul 7.15. Sampai klia2, jam 8. Alahai, setengah jam je kalau naik flight. Sebenarnya kitorang dah terlewat tau. Berlari dari pintu masuk Senai International Airport nak ke Departure Hall. NASIB BAIK SENAI kecik jeeeeeeeeeeeeeeeeee. Haha. Aduii pengalaman.

Muka baru bangun tidur.
Jadi, sementara menunggu flight pukul 2, kami tidur dulu kat airport. Haha. Yang best pasal klia2, dia memang sediakan tempat untuk tidur. Kat level 2M, memang disediakan lantai carpet dan lampu yang dim je. Haha. Bagus. Tapi nak cakapnya, arrival hall dengan mall memang jauh wa cakap lu. Haha. Masa ni, mak aku mai jap.

Tidur jap kat airport :p
So, flight ke Haneda ialah jam 2.40 1.40 kami dah masuk departure hall, TAPI jauh nak mampus dari Security nak ke gate. Sumpah jauh. Tak tipu. 1.40 kitorang masuk. Nak sampai ke surau dalam 20 minit gak. Dah solat apa semua dah pukul 2. Dari surau nak ke next security tu bapak lah jauh siak. Pastu dah terlewat. Tepat 2.20 baruuu kitorang sampai kat gate. Berlari jugak lah sebab masuk gate 8. Gate 8 tu pulak jauh haih laaa. Jauh aku rasa kena masuk 2 jam awal ouh kalau kat klia2.

Penerbangan kali ini dibawakan oleh AirAsiaX. Thank you :)

Gambar wajib kalau naik flight.
Perjalanan dari KUL ke HND mengambil masa 6 jam 30 minit. Memang bosan. Time ni pulak aku kena sakit kepala. Makan nasi ayam kat klia2 kot. Bukan main banyak perasa dia tabur. Huhu. Sampai Haneda dalam pukul 10.30. Flight on time masa ni :) 

Tokyo waktu malam cantik amat. Hihi. Aku tak dapat ambil gambar sebab handphone tak cukup power. Haha. 

Dah sampai Haneda.

So, malam sampai tu, kami tidur kat airport je. Hehe. Esoknya baru bergerak ke Sakura Hostel. 

Tandas kat Haneda International Airport berteknologi tinggi.

Bila Malaysia nak ada tandas macam ni?
Yang bestnya tentang Haneda Airport ni, waktu malam dia cantik. Siang dia tak pasang pulak lampu2 tu haha. 


Sampai tu, agak kelaparan. So kami ke Lawson Convenient Store. 

Nampak sedap? Tapi tak boleh makan.

Mah favourite Onigiri
Ini ialah sim kad yang aku dapat. Untuk makluman, bagi mana2 traveler yang menggunakan AirAsiaX untuk ke Jepun, boleh menuntut sim card ini di Flexiroam, level 1, klia2. Free 50MB, tapi aku tak guna pun menda ni haha.


So, bangun pagi jam 5 pagi waktu tempatan bermaksud pukul 4 pagi waktu Malaysia untuk Subuh. Haha. Pukul 6 lebih semua dah siap2, kemudian bergerak ke Hotel. Untuk trip ni, kami tinggal di Sakura Hotel, Jimbocho. Untuk satu malam, fees ialah 3300 yen untuk female dormitory.

Untuk perjalanan, kami beli Tokyo Subway Ticket. Ada jual untuk 1,2 dan 3 hari. Untuk 3 hari, kami dikenakan harga sebanyak 1500 yen. Tiket ni boleh digunakan untuk Tokyo Metro Line dan Toei Subway Ticket. Memang jimat. Tak perlu fikir nak beli tiket. Selain jimat wang jimat masa juga.

Tokyo Subway Ticket.
Inilah rupa tiket tersebut.
So, sampai hotel dalam jam 9, rehat jap, pukul 10 kitorang gerak ke Imperial Palace. Tak jauh dari hotel. Dalam 1km dah sampai. Masa ni cuaca agak mendung. Dan sebenarnya HUJAN ok hahaha. 

Tempat: East Garden of Imperial Palace

Ada banyak pintu nak masuk ke Imperial Palace ni. Sebetulnya, tak sempat nak membaca apa-apa pun kat sini sebab waktu ni hujan. 

Depan pintu masuk East Garden.


Nak masuk East Garden ni kena ada tiket.

Tapak Peninggalan Istana.

Ambik gambar jap


Amek gambar ala2 autumn in my heart LOL. Masa ni dah hujan sebenarnya.

Plan asal nak lunch kat sana. Tapi disebabkan hujan, kami lunch kat situ jugak, tapi kat kedai souvenir. Ada tempat duduk depan tu, so duduk situ je lah. Hujan lebat. Stress jugak sebab tak dapat jalan jauh :( 
So dalam pukul 1, kami gerak balik hostel untuk check in. 
Lepas mandi, solat asar semua, kami gerak ke Tokyo Tower pulak. 

Tokyo Tower.
Nak masuk Tokyo Tower kena bayar dalam 900 yen sahaja.

 
Tiket Tokyo Tower
Aku gayat sebenarnya. Memang takut kat atas ni HAHAHA.

Tokyo di malam hari
Jangan lupa untuk cari Lookout window kalau naik tokyo tower.


Penutup laluan air kat Jepun ni ada macam-macam rupa.


So, turun dari Tokyo Tower, masa tu baru pukul 6, tapi tahap kebulur dia macam dah sehari tak makan. Cari Family Mart, makan tepi building. Haha. Heaven



So, lepas dinner, kami bergerak ke Shibuya. Nak tengok the famous crossing street. Hehe.
Masa ni battery semua dah kong. Haha. 

Lepas gi Shibuya, kami gerak ke Harajuku pulak. Pastu kawan sara ada cakap pasal Udon. Apa lagi cari wehh. Sanggup. Hehe. Harajuku street ni memang untuk fashionista la. Kedai-kedai fashion high class memang banyak sini.

Udon at Hanamaru. Aku beli Soy Sauce Udon and Tempura Squid and Pumpkin. Total 420 yen tak silap.


Lepas makan, kami pun bergerak ke Jimbocho. Balik hotel dalam jam 11. Pheww penat sangat. Balik, mandi, terus lena. Haha.

Okay, nantikan Part 3 pulak ye :)

Untuk baca part lain:-
Tokyo Trip - Part 1
Tokyo Trip - Part 3
Tokyo Trip - Part 4

2 comments:

SANIAH said...

Assalamualaikum...nk tny flight airasia ke jepun sekali dgn hotel deals ke?

Khatijah Hamid said...

@saniah - tak saya tak guna hotel deals

Random

Halo semua apa khabar kau? Aku bosan sebenarnya. Jadi aku rasa macam nak menulis benda random yang terlintas dalam kepala aku. Hari ini ha...