Wednesday, 5 November 2014

#EdisiJelajah - Tokyo Trip - Part 1

Assalamualaikum wbt.

Hai, aku baru balik dari Tokyo semalam. So nak kena share lah kan pengalaman pergi ke Jepun tu haa. Untuk trip kali ni, aku pergi berempat je dengan kawan sekelas iaitu Esya, Yahya dan Sarah. Boleh kata travel kali ni telah berjaya membuat aku padam wishlist iaitu "Travel with your best friends". Hehe. Anyway, untuk post kali ni aku akan share persediaan aku ke sana. Aku akan cuba bagi sedetail yang mungkin sebagai panduan dan kenang-kenangan untuk aku.

Kalau nak diikutkan, kami tak plan langsung tau nak ke Jepun ni. Yelah sebab baru pergi bulan april haritu. Memula setakat cakap-cakap kosong je dengan kawan aku Yahya, pastu sekali dapat tiket murah pulak. Haaa.

#1 - Tiket penerbangan. KUL-HND-KUL

Untuk trip kali ini, kami menggunakan perkhidmatan AirAsia. Jadi, apa yang aku buat, aku ada subscribe newsletter dari AirAsia jadi aku selalu update dengan harga terkini tiket flight. Entah macam mana, aku dok lah usha harga tiket ke Haneda. Pastu tah camane dapat murah. Sebab aku tengok kat view 7 days punya terus. Bukan view by tarikh. Tengok tiket pergi 250++ and tiket balik 470++. Aku cakap kat Yahya and Esya, dua dua on! Then kitorang refer kat supervisor, diorang cakap "Saya ok je kalau awak nak mintak cuti". Haa gitu kau. Beli tiket terus.

Jadi, RM2609.40 ialah jumlah semua termasuk tiket, insurans, luggage serta makanan aku. Tapi since kami ni semua travel style backpackers, maka check in luggage ialah untuk balik saje. Itupun sebab kawan aku yahya tu nak shopping. So jumlah semua kalau tolak makanan aku ialah RM2,578.40. Jadi, jumlah seorang ialah RM859.34 sahaja. Kami beli tiket ni sebenarnya pada 1 Oktober 2014. Jadi nak diikutkan, kurang sebulan kami beli tiket ni dan dapat harga macam ni. Taktahu nak kata murah ke tak, tapi kalau ikut harga kat airasia tu boleh jadi lebih RM1200.

Jumlah perbelanjaan setakat ini: RM859.34 + RM31 = RM890. 

#2 - Tiket Penerbangan JHB-KUL-JHB. 

Memandangkan kami ni daripada Johor, maka beli juga tiket dari JB ke KL. Masa tu pulak promo, dapat murah sikit. And murah lagi sebenarnya kalau nak naik bas. Total RM268 termasuk tiket dan luggage 20KG. Jadi, Rm268/3 = 89.00 untuk pergi balik. 


Jumlah perbelanjaan setakat ini: RM890 + RM89 = RM979. 

#3 - Tempat penginapan.

Memandangkan tiket flight telah dibeli, kena fikir nak tidur pulak. Memula ingat nak try internet cafe je kat Akihabara, tapi kami ni perempuan ada, tak reti speaking japanese pulak. Pastu fikir, tidur airport je lah satu malam dan lagi dua malam tidur hostel. Banyak tempat aku survey, antaranya Rumah Pelajar Malaysia dan Sakura Hotel. Memandangkan Rumah Pelajar Malaysia tu macam jauh je dari tempat yang kitorang nak pergi ni, jadi aku buat keputusan untuk tinggal kat Sakura Hotel. 

Aku buat reservation kat website diorang. Bagus diorang ni, cepat reply. 

Ni link website dia: http://www.sakura-hotel.co.jp/jimbocho

Anyway, Sakura Hotel ni banyak cawangan di area Tokyo, jadi boleh lah kalau sesiapa nak pergi ke Jepun lepas ni, tidur kat sini. Kami memilih dormitory jadi total harga ialah 3300 yen per night so total ialah 6600/pax untuk 2 malam. 

Kenapa aku pilih sakura, sebab dorang reply cepat dan kebetulan ada kekosongan. Haha. 

Jumlah perbelanjaan setakat ini: RM979 + RM212.90(6600YEN/31) = RM1191.00

Rate tukar duit ialah 1000 Yen = RM31.00.

#4 - Tempat menarik.

Disebabkan semua benda on the spot, maka kami ada buat survey dan research sebelum pergi sana. Persediaan penting ya kawan-kawan. Untuk memastikan perjalanan lancar. Tempat tinggal kami tu, memang boleh kata pusat. Daerah Chiyoda. Kira dari tempat kami nak ke tempat menarik sekitar Tokyo tu senang je. Aku nak cerita pun aku tak tau macam mana aku nak sumbat semua penceritaan aku dalam satu entri ni, tapi aku cuma nak cakap, gunakan google sebaik mungkin. Selain tu, survey juga makanan halal dan cari tips dari blogger yang pernah pergi ke Jepun untuk tips makanan halal.

*tips: nak buat carian kat google, pakai keywords, jangan tapi panjang-panjang. Tunggang terbalik pun takpe keywords tu*

#5 - Makanan segera dari Malaysia.

Semua sedia maklum, di Jepun adalah susah untuk mencari makanan halal. Kalau ada pun, kami yakin mahal. Jadi, apa yang kami buat ialah beli Brahim's food. Haha. Aku ke sana, bawa Brahim's sahaja. Boleh beli kat mana-mana pasaraya. 

Total aku belanja untuk Brahim's ialah RM60. (aku tak ingat jumlah sebenar). Tapi puas la aku makan sampaikan ada berlebih sebungkus. Hehe.Optional sebenarnya Brahim ni. Nak bawak takpe, taknak bawak pun takde masalah. Kami nak berjimat maka kami bawa Brahim. Nak bawa maggi pun boleh. Ikut masing-masing.

Jumlah perbelanjaan setakat ini: RM1191.00 + RM60 = RM1251.00.

#6 - Wang Perbelanjaan.

Untuk trip kali ni, aku tukar RM900 sebagai perbelanjaan aku kat sana. Tapi RM900 ini termasuk penginapan dan pengangkutan kat sana. Aku tukar dengan rate 1000 Yen = RM31. Jadi total yen yang aku bawa ialah 28000YEN. Kaya kan aku kat sana LOL. Tak kaya pun lah. Hahaha. 

Jumlah perbelanjaan setakat ini: RM1251.00 + RM900 - RM212 = RM1939.00

RM900 tu sebenarnya dah lebih dari cukup. Cukup sangat. Aku bawa banyak sebab masa aku gi haritu, aku bawak sikit je. Aku tak dapat shopping banyak. Haha.k

#7 - Lain-lain

Rasanya lain-lain takde apa sangat. Disebabkan kami pergi musim luruh, pakaian tu boleh pakai sweater je. Tak perlu pakai baju sejuk ke apa. Passport pastikan masih hidup. Kalau tak hidup lagi sila renew ya.

Ok lah rasanya itu je persediaan sebelum yang aku buat. Nanti aku akan share lagi gambar-gambar dan tempat menarik sepanjang kami kat sana. 

Tokyo Trip 



1 comment:

Random

Halo semua apa khabar kau? Aku bosan sebenarnya. Jadi aku rasa macam nak menulis benda random yang terlintas dalam kepala aku. Hari ini ha...