Saturday, 22 November 2014

#EdisiJelajah - 1 Day Trip to Singapore

Assalamualaikum.

Hai. Yes, I'm travelling again (penat nak mampos okay jalan je).
But this time, I'm going with my brother. Yep.

So aku nak ceritakan suka duka perjalanan kami pada kali ini. Ni memang story dari scratch ye. Tak macam blog lain. Huhhh. Untuk trip kali ni aku hanya bawa $20 sahaja. Ye kawan-kawan. Haha.

Perjalanan pagi tu bermula dari UTM. Adik aku ambil aku di UTM. Plan asal nak ambik bas dari Sri Puteri direct ke USS, tapi masa aku sampai tu kitorang lewat 15 minit. Bas last dari Sri Putri ke USS ialah pukul 9. Oleh sebab itu, kami bergerak ke JB Sentral.

Sampai kat JB Sentral, aku ingat naik bas kat JB Sentral tu lah. Pastu bila aku tanya, gi Sentosa ke. Dia cakap ha ah. Cibai tol HAHAHAHA. Rupanya bukan Sentosa Island tapi Taman Sentosa. Pastu turun kat Plaza Pelangi, ambik bas semula ke JB Sentral. Time ni aku memang blur gila nak gi mana sebenarnya ni .

Pastu kitorang decide untuk lepas JB Checkpoint dulu. Rupanya nak naik bas ke Singapore memang kena lalu JB Checkpoint dulu. Turun dari Platform A, ada bas bawah tu. Causeway Link. Naik bas CW1 kalau nak ke Kranji.

Satu benda yang aku serabut pasal Singapore ialah ramai sangat orang kat Imegresen. Haha. Stress.

Dah naik bas dari JB Checkpoint, kita akan sampai kat Woodlands checkpoint pulak. Dari situ, kena masuk kastam lagi. Dan sebagai pemegang pasport Malaysia, memang kena beratur panjang lah. Tiket tadi jangan buang ye. Sebab kau memang confirm takkan naik bas yang sama. Pastu bila dah lepas kastam, naik bas nombor sama (CW1), berhenti kat KRANJI MRT ye. Oh ya, selain Causeway Link, nak ke Kranji boleh menaik bas SBS 170 or 160.

Dah sampai Kranji MRT tu, nanti beli la tiket MRT. Disebabkan kami pergi main redah je, sila lah buat research masa kat Malaysia ye. Kami beli tiket ke Harbourfront. Beli pulak Return Trip. So dari Kranji ke Harbourfront menelan belanja sebanyak $2.50. Kalau return $5.00

Perjalanan kitorang memang ikut sebijik dengan apa yang google bagitahu aku. Cuma, bezanya aku naik bas CW1.


inilah rupa tiket MRT
Baik, untuk makluman pelancong noob macam aku, tiket diatas sebenarnya boleh di top up ye. Jangan jadi bongok macam aku pergi beli tiket baru. Haha. So, kalau gi sana, aku tak pasti la bole topup sekali banyak ke tak, tapi macam yang aku buat, kitorang topup setiap kali nak naik train. Camtu ah.

So dari Kranji, kena tukar kat Dhoby Ghaut. Ok, perjalanan ambil masa dalam 35 minit dari Kranji ke Dhoby Ghaut, Ambil hala ke Marina Bay ye. Macam kat Jepun, line MRT ni berdasrkan warna. So kita takkan confuse la. Ikut je papan tanda nescaya tak sesat.

Nanti turun Dhoby Ghaut, naik Harbourfront pulak ye.


Bila dah berhenti kat Harbourfront, kita akan turun dalam VivoCity, so nak ke Sentosa, kena naik Sentosa Express iaitu monorail ke Sentosa Island. Harga tiket ialah $4.00. Haha -_____________-.

Kalau naik bas $2.00, kalau jalan kaki dari VivoCity free ye. Tapi jauh ahha. 


Tiket sentosa island.

Jadi, dah kat sentosa Island, wajib ambil gambar depan USS Globe ni HAHAHA.


Dekat Merlion
Kemudian kami lunch kat 7 Eleven je. Hehe.Sebab ni yang paling diyakini halal.
Lunch aku $3.90. Aku seronok gi 7 eleven singapore ni sebab dia memang ada jual makanan macam ni .Malaysia banyak maggi je 7 Eleven dia. Haha. Kat Jepun hari tu pun sama, banyak jual fast food macam ni.

Nasi banyak dan sedap. 

Nampak tak tanda halal tepi belah kanan tu. 

So, lepas lunch, naik monorail semula, gi kat Beach Station.bawak adik aku tengok iFly singapore. Mampu tengok je. Naik main memang takde ah kan mahal gile



Lepas gi iFly kitorang gi Palawan Beach.



Lepas tu dah pukul 3, rasa cam alahai bosannya lah Sentosa Island ni. Aku cari WiFi, ajak adik aku gi Marina Bay. HAHAHAHA. 

Naik MRT juga dari Harbourfront tu. Pastu turun kat Marina Bay. Dimaklumkan kitorang salah station ye kawan-kawan.  Kalau nak gi Marina Bay Sands, kena turun kat Bayfront. Dari Bayfront boleh ke Marina Bay Hotel dan Garden by The Bay. Total ialah 1.70 dari Harbourfront ke Bayfront.


Wajib amek gambar kat Town ni 

Us at Marna Bay
Nak ke Garden by The Bay ada banyak cara. Tapi cara yang aku guna ialah dari Marina Bay Sands, naik eskalator ikut atas. Nanti kita akan masuk dalam Marina Bay Hotel tu. Boleh nampak hotel dalam tu. Pehhh. Hebat gila bak hanggg.

Laluan ke Garden By The Bay.


 So, lepak kejap, tengok hari pun nak hujan, kepala aku pun dah sakit, kitorang pulang ke Malaysia.

SILAP BESAR GILA BALIK PUKUL 5. Huawrghhh. Dekat Imegresen ramai nak mampos manusia.
Pastu aku lak gi bijak gila jalan kaki dari Woodland ke JB HAHAHAHAHA. Dekat 3km jugak jalan. Sian adik aku sakit pinggang. Sampai Malaysia, gi cari hotel dia. gi makan pastu balik. Hihih

Nice trip btw.

So, total belanja
1) Bas Malaysia to Kranji MRT - RM1.50
2) KRANJI - HARBOURFRONT MRT - $2.50
3) SENTOSA EXPRESS - $4
4) HARBOURFRONT - BAYFRONT - $1.70
5) LUNCH - $4.30 (tisu aku beli 0.50)
6) BAYFRONT - KRANJI - $2.50
7) BAS KRANJI TO JB CHECKPOINT - $1.50

TOTAL = $18.

HAHAHAHAHA. Cukup $20 HAHAHAHA.

Okaylah rasanya tu je nak cerita. Bye bye

Thanks to QX10, trip kali ni lawa gambarnya :P 

No comments:

Berlarilah

Pada suatu hari, aku masih ingat, aku duduk depan pc kat office di Damansara Height, sedang kusut memikirkan masalah yang melanda diri aku ...