Spotify

Hai.

Aku suka dengar lagu. Dalam phone memang ada banyak lagu-lagu. Bosan-bosan je aku download. And haritu aku download apps spotify kat phone. Aku ingatkan mende la yang best sangat spotify ni sampai semua orang dok guna kan. Masa aku download tu, aku try premium terus. Yelah nak tahu apa yang bestnya natang spotify ni. Rupanya memang layan gak ah. Lagu-lagu dalam ni semua layan. Tapi ada jugak yang takde, macam KPOP. HAHAHA.

Aku dulu pernah download KKBOX, sebenarnya bagi aku KKBOX lagi best sebab banyak jugak lagu baru and lagu Malaysia. So aku tahu la lagu yang hits kat Malaysia sekarang. Tapi KKBOX mahal sangat la haha. Sehari RM1. Sebulan dah RM30. So aku stick je lah dengan spotify. Aku baru tahu kawan aku bagitahu yang spotify ni kalau langgan via Maxis, boleh dapat murah je. Secure lagi sebab dia potong kredit je.

Tapi, kalau spotify kat Maxis ni, kena bayar RM30 terus untuk 3 bulan terus. Tapi ni pada bulan pertama je. And lagi satu dapat free 150mb data. PEHHH. HAHA. Ok kenapa entri ni sangat berbau advertorial. Harap maxis bayar aku untuk entri kali ni HAHAHAH.

Tak, sebenarnya aku nak share je yang aku pakai Spotify sebulan RM10 je untuk account premium. Dah lah dapat free 150MB data. Haha. Padahal tak pakai pun data tu untuk spotify. Aku nak premium sebab senang nak pilih lagu and ada option available offline. Tu cam ah takpe lah RM10 je huhuhu.

So, pengguna Maxis kalau nak guna Spotify premium, pergi je kat *100# > Konten > Muzik > Spotify. Nanti korang dapat message untuk langkah seterusnya. Tapi korang kena ada kredit RM30 dalam tu baru menjadi. Hehe.

Yang bestnya, boleh add semua lagu tu dalam playlist, and boleh sync dalam semua device yang kau guna. Aku guna spotify kat iPad, phone and laptop. Yelah sekarang tengah intern, so sambil buat kerja sambil aku layan lagu. Takpun time jogging tu pun aku layan gak. Kan spotify dia ada lagu yang dia letak dalam kategori tertentu macam mood, workout, dan macam-macam lagi, tapi aku tak layan la. Haha. Sebab tak best la dengar lagu random, tak boleh nak karok. Hehe.

Haa tu je lah kot nak cerita pasal Spotify. Nanti aku cerita pasal intern aku pulak hehe. Babai.



Comments

sicksixtysicx said…
fuiyoh 10 hengget je sebulan sebab user maxis?

aku kena 14.95 sen sebulan..
Khatijah Hamid said…
Yep mr faiz hehehe. RM10 sahaja sebulan :D
Syahir Muhiddin said…
KKBOX RM14.90 la sebulan. klu byr tiap2 hari yelah RM1. klu tros bli sebulan RM14.90 je.

Popular posts from this blog

30 Minit di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur

#EdisiJelajah - Peta Malaysia

Resepi Mudah - Macaroni and Cheese Ayam