Sunday, 5 October 2014

Resepi Mudah - Macaroni and Cheese Ayam

Assalamualaikum :)

First of all, salam AidilAdha. Tahun ni mak aku buat korban, tapi sebahagian je lah hehe. Dan aku pulak ada kat rumah, petang ni nak balik Johor since esok aku kerja. So, pada yang cuti tu nak cakap selamat bercuti, yang bekerja esok tu hahaa gelak je la wehhh.

So harini aku nak share satu resepi mudah iaitu resepi Mac and Cheese melayu bujang style.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Satu cawan dan lebih sikit macaroni. Aku guna suku pek macaroni.
4 slice cheese cheddar
2 keping dada ayam - potong dadu
Cili padi 4 tangkai - hiris nipis
Bawang putih 2 ulas - cincang/hiris nipis
Bawang besar separuh biji. Aku pakai bawang medium size - cincang.
Minyak untuk menumis
1 tin cendawan campbell soup
Lada hitam untuk perasa
Garam untuk perasa

Langkah-langkah
  1. Pertama sekali kena rebus makaroni tadi. Rebus sampai dia masak. Letak garam sikit. Kalau boleh jangan terlalu masak, nanti rasa muak. Biar ada rasa chewy sikit. 
  2. Then bila dah siap rebus. Toskan dan letak tepi dulu.
  3. Sekarang ambil minyak untuk menumis. Panaskan minyak dan bahan tumis iaitu bawang putih, bawang merah dan cili padi tadi. Biarkan sampai naik bau. 
  4. Bila bahan tumis dah naik bau, masukkan dada ayam yang kita dah potong dadu tadi. Tumis sampai ayam tu masak. Letak sedikit lada hitam. Kalau nak pedas letak la lebih.
  5. Lepas tu, bila ayam dah agak-agak cantik rupa dia, masukkan campbell sup cendawan tadi. Letak air sikit. Biar sampai kuah tu agak-agak mereneh.
  6. Dah agak-agak mendidih cantik tu, letak garam secubit. Tak perlu pakai banyak garam ye kawan-kawan. Masukkan makaroni, kacau sampai semua makaroni bersalut.
  7. Last sekali, masukkan 4 keping cheddar cheese tadi dan biarkan ia mencair. Sambil-sambil tu kacau lah ye :) 
  8. Dah siap! Boleh lah dimakan ye hihii.
Sebenarnya cili padi tu optional je. Aku sebenarnya nak masak benda lain, tapi tetiba ada campbell sup dalam almari, so aku pun masak je lah apa yang ada. Hehe. Boleh juga kalau nak dibaked macaroni ni. Bila dah siap masak, letak macaroni ni dalam caserole dish *betul ke eja cmtu?*, letak cheese atas dia dan bake dalam 10-20 minit sampai atas dia nampak coklat. Hehe




Selamat mencuba! :)


No comments:

nota rawak

dah masuk bulan lima, hidup aku masih dibawah. belum dapat kerja. aku nak kerja. aku perlukan sumber kewangan.  kurang 30 hari nak puasa. ...