Thursday, 9 October 2014

Internship

Hai

Seperti yang dijanjikan, aku akan cerita pasal internship aku. Sementara tengah tunggu project leader nak bagi task ni, aku intai blog kejap. Hehe. So, aku sekarang ni dah tahun keempat untuk program ijazah ni. Macam tak percaya je. Haha. Apa yang aku belajar pun aku tak berapa ingat. HAHAHA. Tak, maksud aku belajar macam subjek-subjek baca-baca ni aku lupa terutamanya networking. Kalau programming tu insyaAllah masih ada dalam kepala aku.

Anyway, internship aku bermula pada September dan insyaAllah berakhir Januari. Satu semester. Fakulti lain biasanya dalam waktu cuti semester, tapi fakulti aku dalam semester biasa. So duit biasiswa tu ada la HAHAHAHA.

Aku intern kat Johor je. Hehe. Anyway so far aku happy dengan internship aku. Buat masa sekarang aku dalam division animation, so hari-hari aku akan buat animation. Tapi aku kena banyak belajar pasal animation dan software yang aku guna. Aku guna lightwave 3D sebab project leader guna ni HAHAHA. Kalau dia guna Maya, kitorang kena guna Maya jugak lah kan. Haa cenggitu.

Mungkin pengalaman aku internship kat tempat aku ni tak macam kawan-kawan aku sekarang. Sebab peraturan kat sini tak berapa ketat. Maksud aku dari segi masa dan pakaian. Pakaian kitorang boleh pakai macam nak gi kelas, tapi aku ambil pendekatan untuk pakai pakaian formal la sepanjang aku intern. Bukan apa untuk latih diri cewah padahal sebenarnya baju kurung aku banyak sangat. HAHAHA. Waktu kerja pulak 9-5 tapi boleh datang awal dan boleh balik lewat. Lunch time 12.30 sampai 1.30. Kedai makan pun dekat sangat, kemudahan semua best lah kat sini dan collages pulak baik-baik belaka. Mungkin belum nampak bekeng nya lagi kot HAHAHA. So far aku senang dengan environment dalam ni.

Lagipun ramai sebenarnya yang buat intern sekali. Adalah dalam 10 orang. Tapi dalam bilik yang kitorang duduk ni dalam 7 orang intern. 6 dari UTM dan seorang lagi dari UKM. Yang dari UKM ni hebat gila melukis. Dia punya lukisan macam manga style. Aku tak jumpa page dia pulak ish.

tu je kot. Nak cerita lebih, bukan tak boleh, tapi tunggu aku habis intern dah dapat result dulu baru boleh story :)

No comments:

Berlarilah

Pada suatu hari, aku masih ingat, aku duduk depan pc kat office di Damansara Height, sedang kusut memikirkan masalah yang melanda diri aku ...