Wednesday, 21 May 2014

#SCVJAPAN - PART 3

Hai, bertemu kembali dalam penceritaan jepun saya. Haha. Dah nak masuk bulan 6 tapi tak habis cerita lagi. Hihi maaf lah. Kekangan masa...

Okay jom tengok gambar. 

Ni masa sebelum bergerak. Masa ni kami tengah tunggu Pegawai dari KIT cawangan Kitakyushu. Yang kitorang nak pergi ni kat Shiniizuka. So planning nya pagi ni, kita akan melawat ke Kitakyushu Museum. Jadi sementara tunggu pegawai KIT tu datang, kita main game dulu. 

Lat tali lat dulu. haha.

Ni lah tempat tidur kitorang. Nanti aku share gambar tempat tidur aku (kalau ada gambar :P) 

Tak sah kalau tak amek gambar kat stesen ni. 

Ajar Dr Shah pakai monopod. Minat betul Dr kat monopod aku. 

Testing sikit pakai monopod. 

Ini lah hasilnya. Muahaha


So sekarang kita kat Kitakyushu Museum of Human History and Natural History. Dalam ni ada dinasour, ada macam2 la. Haha tapi museum kot. Bosan~~



Spaceworld. Berhadapan dengan museum tadi. 

Masa kat museum tu ada pameran neko (kucing). Since aku ni seekor kucing aku kena ambik gambar ngan kaum kerabat aku. 

Kemudian, selepas melawat muzium tu, kitorang bergerak ke Shiniizuka pulak, untuk ke KIT. Sebab harini kitorang ada cultural exchange and lawatan sekitar kampus.

So sesampainya kami disana, kita makan dahulu! 

kalau menu semalam kita makan bento, harini kita makan beriani. Hehe. Beriani dia pelik. Terlalu lada hitam 

Ini pula ialah spaghetti bolognaise dan kuih apa entah. Tak pasti. Yang ni sedap! 

Kitorang lunch tengah padang. Kau mampoo? Tetengah hari buta dok kat padang makan nasik. Haa, sebab sana sejuk. Matahari memang direct kena muka lah, tapi sejuk dan berangin. Yang ni kitorang bergambar dengan You. U ke apa nama dia. 

Dekat tugu pengasas Kyushu Institute of Technology. Nampak tak sakura tu hihii. 


Ni hasil daripada 3D printer.

Untuk makluman, kat KIT ni ada satu 3D printer berharga 6 juta. Memang gila gua cakap lu. Lepas tu yang bagusnya negara Jepun ni, diaorang menyediakan satu lab, dimana dalam tu segala peralatan boleh digunakan oleh pelajar diorang. Yang penting semuanya adalah percuma. Sekian terima kasih.

Ni kafe diorang. Bersih kan. 

Ni la lab aku cakap tu, ada macam2 equipment. 




Ni laser printer ke cutter. Ha laser cutter. 

Guna je kalau nak guna. 


Haa gambar lompat wajib ada ye kawan2 :)

Ni amek gambo beramai2 kat satu2nya pokok sakura yang belum luruh.




Penerangan oleh pegawai/pensyarah yang menjaga lab tu. 

Sekarang tibalah masanya untuk pertukaran budaya antara pelajar KIT dan pelajar UTM. HMm malu bak hang berzapin dengan dr farhan and dr shah >_<

Iols buat persembahan occay

Zapin. Kau mampoo?


Dr Shah main batu seremban


Dr Shah ajar Prof Oshita main batu seremban

Hikhik ayu gila makngah :P 

Acah power sangatt! 

Okay, lepas cultural exchange, tibalah masa untuk pulang ke JICA.

Sempat selfiee. Haha. 

Selfie dengan SV dalam train hehe.

Maka dengan itu tamatlah hari ketiga kami kat Jepun.

Next post aku akan cerita pasal trip ke Fukuoka yang super penat tapi super seronok :) 

No comments:

nota rawak

dah masuk bulan lima, hidup aku masih dibawah. belum dapat kerja. aku nak kerja. aku perlukan sumber kewangan.  kurang 30 hari nak puasa. ...