Friday, 16 May 2014

#SCVJAPAN - PART 2

Halo assalamualaikum


Maaf lambat benor update. Banyak sangat kerja. Hehe.

Nak cerita pasal Day 2 aku kat jepun haritu.
Setelah seronok malamnya berbath tub bagai, bangun pagi untuk breakfast, makanan memang ohsem.

Ini ialah breakfast aku pada hari pertama. Ye rakan-rakan. Pagi-pagi dah melantak nasi. JICA punya breakfast ialah percuma untuk penghuninya. So pagi tu kitorang makan nasi, croquette, sayur rebus, lobak goreng, telur dadar dan ikan rebus. Ok memang sedap. Ok rindu JICA *tetiba*


Ni esyalaa dan meerah. Ye kawan-kawan saya seronok menjamu selera. HEHE.
Kemudian kitorang jalan kaki dari JICA ke station. Dalam lima minit je perjalanan. Sepanjang-panjang perjalanan tu ada bunga cantik2. 


Selfie jap haha. 

Bunga Sakura sepanjang perjalanan. Tapi kat tempat kitorang gi ni, dia macam dah luruh sikit. 

Laluan dia bersih kan? 

Basikal letak gitu je. Takde kunci. Kalau kat malaysia kena rembat dah. 

Stesen Yahata. Kalau nampak macam kapten tepi tu, dia memang akan duduk kat tepi tu dan greets orang ramai. Kalau kau nak tahu, jenuh menunduk kat jepun ni. haha takde lah. Diorang memang sangatlah polite sesama diorang. Dan sentiasa ucapkan terima kasih. "Arigato Gozaimasu" lah. Manager ni akan greets semua yang datang. Haha 

Beratoqq beli tiket 

Amek gambar dulu before gi hehe. 

Kecik ja tiket. Ye aku pakai sarung tangan sebab sejuk sangat. 

Ni dah sampai kat KIT. Kyushu Institute of Technology. Hehe. Ni macam lab diorang lah. 




Meja yang unik dan berwarna-warni

Rakan2 bersama Encik Kufaisal siapkan tag :) 

Gantung poster KodiangBoy hee. 

Ni ialah dekan untuk fakulti. Dia punya Director pun ada juga. Ha kau jangan memain tau. 

Magic-X Director, Dr Shah sedang menerangkan mengenai UTM

Lunch kitorang. Omey je kan. Pelik sikit makanannya tapi sedap :) 

Aku tengah buat pembentangan 

Demo game Super Marble dan KodiangBoy

Amek gambar sat

So malamnya tu kitorang ada party. haha. Don't worry diorang tak serve alcohol. Well, kehadiran kitorang menjadikan mereka lebih aware dengan Islam. Dimana Dean diorang sendiri yang bagitahu diorang akan jaga pelajar2 islam yang ada ni. Aku tak pasti orang Jepun ni ada agama ke tak. Tapi setahu aku diorang ni free thinker. Huhu. 

Sebelum makan kena kampai haha. Masa ni semua dok telan ayaq lioq ja. 

Sedap wey yarabbi hahhah 

Sushi yessssssssssssssssssssssssssss akhirnyaaaaaaa dapat makan sushi jepun. Yes wasabi bersepah dalam ni . Aku stress. HAHAHAHA.

So lepas bertukar2 fb, kitorang pun balik. Bila balik tu rendam2 jap dalam bath tub. Pastu ada pulak practice untuk tarian esok nya hehe :D 

sorry kalau cerita ringkas sangat. 

Masa kat sana, aku sakit sikit. Masa 2nd day. haha antibody lemah betul. 2nd day tu panas je ha badan. Bila mandi tu, buang la segala benda dalam hidung kan, ehmm berdarah weh hidung. Haha.

Ok lah. Aku rindu JICA. BYE


No comments:

nota rawak

dah masuk bulan lima, hidup aku masih dibawah. belum dapat kerja. aku nak kerja. aku perlukan sumber kewangan.  kurang 30 hari nak puasa. ...