Saturday, 26 April 2014

#SCVJAPAN - PART 1

Hello.

Sebenarnya dah lama nak cerita. Tapi busy memanjang. Em tak busy pun tapi blogging ni macam nombor keberapa entah dari benda yang aku kena fokuskan.
Anyway, nak ceritanya disini pasal trip aku ke Jepun haritu. Hehe kalau korang nak tahu, UTM ada bagi setiap pelajar dia 1K untuk buat trip ke luar negara di bawah nama GLOBAL OUTREACH PROGRAM. Tujuannya tentulah nak pelajar dia belajar keadaan luar negara. Aku taknak cerita pasal benda tu. Haha. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh gi tengok sini.

So, flight kitorang ialah Air Asia D7536, bound to Kansai International Airport (KIX), berlepas tepat jam 8.00 pagi waktu Malaysia. Perjalanan KUL KIX mengambil masa lebih kurang 6 jam sahaja. Masa sampai tu, Kapten cakap temperature ialah 19'c so macam rileks je la kan. SEKALI KELUAR DARI FLIGHT NAKHARAM SEJUK HAHHAHA. OK over. Tapi memang sejuk pun. Sabo je lah weyh.

Nak senang, aku kasi gambo je lah ye. Aku cerita based on gambo.

Ini muka aku dalam flight. Dalam flight aku duduk sebelah cina. Seat dua orang je phew nasib baik heeee

Nasi Ayam Uncle Chin. Biasa je haha. 



Ok ni masa kitorang dah sampai kat KIX. Masa ni nak menuju ke JR Rapid Line. Haha. Weh aku habaq hang pening gila weyh dia punya railway. 


OK ini ialah jadual perjalanan JR Kansai-Airport Line. Kalau korang tengok ada dua timetable kan. Satu untuk weekdays, satu untuk weekends. Ok. Yang nombor 1 sampai 23 tu ialah jam, dan yg 50, 26 30 47 tu ialah minute. Sebagai contoh, tgk kat warna biru tu. Ambik 5, then tengok 50. Maknanya akan ada train sampai jam 5.50. Nak tahu train apa tengok direction kat bawah pulak. Dia tulis 5.50 tu warna kuning kan, So maksud dia jam 5.50 tu akan ada train dari Kansai Airport nak pergi ke sekian-sekian tempat lah. Haa aku memula pun tak paham menatang apalah yang dia cuba sampaikan kat sini. Haha.

Perjalanan kitorang diteruskan ke Shin-Osaka. Kitorang naik shinkansen.Shinkansen ni ialah Bullet Train. Kitorang naik bullet train untuk ke Kokura. Dari kokura kitorang akan transit ke Yahata. 

Perjalanan dari Shin-Osaka ke Kokura mengambil masa 133 minutes. Memang tepat bak hang. Haha. Kalau dia kata 1 minit, 1 minit lah jarak dia. Memang punctual gila babi punya orang jepun ni. 

Aku kat Shinkansen Centre. 
Sempat lagi amek gambo sementara kawan pergi beli tiket.
Suasana dalam shinkansen. 
Tandas dalam shinkansen
Shinkansen yang kitorang naik tuuu. 
Apa yang menarik tentang shinkansen ni pada aku dia lebih kurang macam kapal terbang lah. Dalam tu semua orang senyap je. Phone siap kena silent weyh. Cuma kitorang je yang bising buat macam train bapak sendiri. Dah lah dia punctual, kitorang pulak tinggal 3 minute je sebelum dia bergerak. So berlari lah apa lagi dengan beg gedabak masing-masing. Dalam shinkansen ni ada plug. Sebab perjalanan dia lama kan so orang nak charge phone ke apa ke kan. Lepas tu, yang ohsemnya dia punya kerusi boleh dipusing2kan haha. Kiranya contoh cam tempat duduk KTM kan, kan dia mengadap depan je kan, tapi yang shinkansen ni (bukan shinkansen je tapi kebanyakan memang camtu) boleh pusingkan kerusi. Kira boleh menghadap lah kan.

Apa yang menarik pasal keretapi kat jepun ni ialah driver dia. Keretapi jepun ni semua ada driver. Even bullet train pun ada captain dia. Lepas tu, bila berhenti kat satu2 stesen tu, memang driver dia akan keluar dari train dan tengok semua penumpang yang turun. Kalau kat Malaysia, memang takde benda ni. 

Then kitorang sampai kat Yahata Station dalam pukul 10 lebih kot. Masa sesampainya kitorang tu, memang sejuk gila bangang. Suhu masa tu aku check kat phone dalam 4'c gila betul wehhh. Dari stesen Yahata tu, kitorang berjalan kaki untuk ke JICA iaitu Japan International Cooperation Agency. Daerah yang kitorang pergi ni ialah daerah Kita-Kyushu.

Sementara tunggu kunci . 
Tiket dari Kansai ke Yahata. 
Tempat tinggal kitorang memang ohsem shit la. Haha. Single room and ada segala kelengkapan yang diperlukan termasuklah hot shower dan bath tub. Weh syiok kot berendam. Hahaha. Aku tak pasti JICA ni sebenarnya hotel ke apa, tapi rasanya bukan hotel. Aku nak cakap pun kang takut salah apa kata korang sendiri usha haha :P Masuk bilik je, aku kemas barang, dan masak makanan iaitu Brahim's nasi goreng kampung. Sedap kot wehhh.

Anyway rasanya tu je kot untuk Day #1 kat Jepun. Nanti aku update lagi yekkkk :)))

No comments:

Random

Halo semua apa khabar kau? Aku bosan sebenarnya. Jadi aku rasa macam nak menulis benda random yang terlintas dalam kepala aku. Hari ini ha...