Friday, 17 September 2010

Edisi Jelajah : Part 3 Kajang dan Cheras.

Edisi Jelajah : Kajang dan Cheras
Date : 16 September 2010
Tempoh masa : Gerak kul 9, balik rumah kul 9.30 malam.(ni aku punya time la korang lain tu aku tktau)

Pada Edisi Jelajah kali ni, aku telah mengembara ke sekitar Kajang dan Cheras. Plan pada mulanya aku nak gerak rumah Haziq je sebab dia ada buat makan-makan sikit. Sekali haihhhh banyak rumah pulak aku pergi kan. Takpe, nama pun ghayoooo! :D

Aku tak tau nak cerita dari mana. Ok takpe aku cerita dari saat Haziq ajak aku. Memula dia ajak aku dekat IM. Aku pun okay jela memandangkan aku memang nak beraya kan. Lepas dah bincang semua, so aku gerak Kajang nanti dia amik aku kat KTM Kajang. Senang betul kalau member dah ada kereta ni.

Janji pukul 10, tapi aku pukul 10 baru naik tren. Aku keluar awal tapi bus metro macam celaka, boleh pulak dia lepak kat Bukit Angkasa tu sampai setengah jam. Grrr. Haziq dah text aku adoi hahaha. Sampai Kajang, aku nampak Haziq, Ijan dan Boom. Kereta lagi satu ialah Mus'ab dengan Akim. Mati mati aku ingat Mus'ab ada lesen. Rupanya takde. HAHA.

Aku dengan Akim. Makan makan :)) Akim ni banyak cakap kot rupanya. HAHA.
Bakal orang rumah haziq  :P Tu yg tudung hijau tu haha.
Tiga dara yang kena ikut sekali 10 jejaka. wooooo gila! ni kat rumah Haziq Jamaluddin.
Rumah pertama ialah rumah Haziq. Lepas amik aku dengan Tika, semua gerak rumah Haziq. Kat sini aku makan mee goreng (kot?) dengan puding. Haziq, puding mak kau memang sedap! Terbaik gile. Aku suka sangat sangat. Hee. Dan cookies jugak sedap! Thanks haziq :)

Adik Haziq cun dan comel :) HAHA . Kat rumah Haziq memula ada aku, Tika, Ijan, Boom, Mus'ab dengan Akim je. Lepastu datang pulak lagi satu trip. Faruq Arrasyid (Bomoh), Haziq Qz, Zulfadhly, Hazmie, Aizat Hazraf. kalau ada nama aku tertinggal bagitau weh.

Dah habis kat rumah Haziq, kitorang gerak pergi rumah Mus'ab. kat rumah Mus'ab ada sate kajang. Hehe.

Jejaka jejaka.
Ni kat rumah Mus'ab. Kejap je kat rumah dia ni. Tapi best sebab ada sate kajang dan duit raya~ hehehehe. Lepas rumah Mus'ab gerak rumah Akim. Ibu Akim baik :) Rumah Akim ada macam-macam makanan. Tapi perut aku dah full sebab aku makan banyak sangat kat rumah Haziq. Patutnya aku kena simpan space sikit untuk rumah lain. 

Kat rumah Hakim ibu dia masak Nasi Tomato siap dengan lauk lauk bagai. Aku makan spaghetti je sebab aku takut aku nak melabur kalau aku makan nasi tomato. Lama jugak la raya rumah Akim. Masa ni dah plan nak pergi rumah Farhana MPP 5E3 (haha bapak detail). Thanks Hakim sebab sudi jemput aku pergi rumah kau! :)

Dah macam gambar family. Credit : Ibu Akim . Location : Umah Akim. Budak kecik dua orang tu adik akim dan kawannya.
Duduk : Faruq (Bomoh), Haziq, Nazarul (boom), Aku, Kawan adik akim mira kot nama dia, adik akim, Tika.
Berdiri : Hazmie, Mus'ab, Zulfadhly, Aizat Hazraf, Hakim(tuan rumah), Haziq (balak) dan Ijan.

Next location ialah rumah Farhana. So lepas habis area Kajang, kita gerak ke Cheras pulak yaa. Rumah dia ni kat Cheras Utama. Mencanak jugak nak carik rumah dia ni. HAHA. Takpe yang penting bihun sup mak dia memang bikin gua berpeluh peluh. Kesian kat Mus'ab la. Dia taruk cili banyak sangat. Sampai dalam kereta dia pedas HAHA. Memang terbaik lah kan bihun sup dia. Sedap gila. Thanks Farhana sebab sudi melayan kami yang ramai ni! :D

Itu dia Tuan Rumah : Farhanah. Hehe
Dah habis pedas pedas kat rumah Farhana, gerak pulak rumah Ijan. Tapi pergi sekolah jap sebab nak pergi amik Bomoh dengan Che' Mie. Dorang tunggu kitorang kat situ sebab senang. Rumah Ijan pun dekat area situ je. So bila sampai kat sekolah, ada pulak lagi sorang tambahan iaitu Bobo. HAHAH. Bobo pun ada sekali. Dahla bawak kereta takde lesen! Kereta member bapak dia pulak tu. Tak pasal je kang.

TIKL's mesti kenal bustop ni kan kan? :)) Kat sini lah kitorang jumpa si Bobo tu.
Sampai kat rumah Ijan, semua macam dah lemau. Nak makan pun tak larat dah. Kakak sedara Ijan masak mee goreng. yang lain lain semua minum je. masa ni lah semua ingat nak balik dah. Sekali tah sape punya cadangan, nak ajak pergi Rumah Cikgu Zuraidah. Aku okay je. Tapi aku tengok Bomoh dengan Che' Mie dah macam lain HAHAH. Bomoh berdebar debar je. Sumpah kelakar aku tengok diorang . Hee. Ijan pun carik la number cikgu. Carik punya carik jumpa. 1st call cikgu tak angkat. 2nd call cikgu angkat. Hehehe. Lepas abis kt rumah Ijan, semua gerak rumah cikgu. Nasib baik Haziq tau rumah cikgu sebab bapak sedara dia ada tinggal kat situ. So semua pakat pi rumah Cikgu Zuraidah :)

Ni kat rumah Ijan. Minum air je haha. Perut penuh gila.
Sementara tunggu jejaka pi solat, kami snap snap picture. Yela semua cuti kan? :P
Haaaaa sekarang ni lah kemuncaknya trip kitorang ni, ke rumah Cikgu Zuraidah! :D Bomoh punya berdebar dengan Che'Mie tuhan je tau HAHA. Diorang siap patah balik kat kereta pasal tanak pergi rumah Cikgu. Tapi last last pergi jugak.

Area rumah cikgu. Masa ni dah OTW pi rumah cikgu :)
Ini lah dia semua jakun dah sampai rumah Cikgu. HAHA.
Aku boleh kata excited la jugak kan datang sini. Semua ni takde dalam plan pun tapi spontan je. HAHA lihatlah betapa cerianya muka mereka masa datang rumah cikgu. Heeeeeeeee. masa ni semua sibuk lah nak update status kat fb. HAHAHAHA XD
Debaran di rumah cikgu .Hehehe :))

Mine hehe :))
Haziq Hoslan's status updates.
Makan sate woot woot :)) Bak kata bobo "feels like kajang!"
Melantak melantak. HAHAHA tu cikgu. Sempat lagi refresh chemistry yang aku dah lama tinggalkan. -.-'
Cikgu kupas buah.
Banyak jugak yang kitorang dah bualkan dengan cikgu. Cikgu dah nama pun cikgu mestilah bagi nasihat dekat anak murid dia. Hee. Macam macam.

Yaa ini dia khas untuk semua kawan-kawan Teknik KL 2008/2009
Duduk dari kiri : Aku, Ijan, Cik Zuraidah dan Tika.
Berdiri dari kiri : Haziq, Hakim, Hazmie, Syafique, Nazarul, Faruq, Haziq, Zulfadly dan Mus'ab.

Habis beraya rumah cikgu bermakna habislah trip raya kitorang. Haziq hantar aku pergi LRT dan aku pun balik. Budak lelaki lain aku tak tau dorang pergi mana. Balik je rumah terus upload gambar wahahaaah.

Apapun, bagi aku ni la trip raya yang terbaik. Masing masing dah ada kereta so senang nak bergerak. Edisi Jelajah seterusnya, sabtu ini kita ke Wangsa Maju yeeeeeeeeeeee :)) Nantikan .

Lagi satu, aku tak pernah sangka pun yang aku akan keluar dengan diorang ni. Dah la semua budak Mekanikal. Aku je budak awam. Ijan and Tika okay la sekelas dulu. Papepun thanks :)

Credit
Tika untuk beberapa gambar. Gambar yang cun cun semua dari kamera Tika.

Thanks yoo; 
Haziq and Family ; mee, puding yang sedap :)
Mus'ab and family ; sate kajang dan bihun yang best :)
Hakim and family ; spaghetti yang terbaik dan coklat juga :)
Farhana and family ; bihun sup yang marveless dan berasap!! :)
Ijan and family : mee goreng dan rendang ayam yang walaweh :)
most importantly, Cik Hajah Zuraidah ; nasihat yang berguna PRICELESS , dan sate kajang :DD

Special thanks ;
Hakim, Mus'ab dan Tika : Driver.
Haziq, Hakim dan Mus'ab as the planner.
Others : Hazmie, Syafique, Nazarul, Faruq, Balak, Zulfadly,  Aizat Hazraf and Izani.

Raya sakan, assignment? Pi mampuihhhh :P HAHAHAHA. Alaaa nanti aku buat laaaaaaaaaaa!

3 comments:

nettow said...

terbaek la weh ko punya post
5 stars :)

amira ilyani said...

ttbe rindu pulak nk singgah lama2 kt blog ni, rumah cikgu kt mana?

Khatijah Hamid said...

rumah cikgu di taman maluri syg :)

nota rawak

dah masuk bulan lima, hidup aku masih dibawah. belum dapat kerja. aku nak kerja. aku perlukan sumber kewangan.  kurang 30 hari nak puasa. ...