Friday, 17 September 2010

Edisi Jelajah : Part 1 Negeri Sembilan.

Ya sempena hari raya Aidilfitri yang mulia ini, aku telah mengadakan beberapa siri jelajah ke beberapa tempat.

Pada entri kali ni aku nak ceritakan mengenai Edisi Jelajah aku ke Negeri Sembilan atau lebih spesifiknya ke daerah Tampin.

Daerah Tampin ni boleh kata ramai gile sedara mara aku kat sini. Kat sini ialah kampung belah mak aku. Tapi memandangkan nenek aku duduk di KL iaitu rumah aku, jadi aku tak anggap pun Tampin ni kampung aku. Aku anggap Tampin ni kampung nenek aku. Sebab aku rasa kampung aku kt KL . HEHE.  

Pada mulanya aku malas nak pergi sebab aku ingat nak pergi rumah Atiqah. Dia ada buat makan-makan sikit. Tapi memandangkan aku telah dikejutkan oleh Aiman pada pagi tu, jadi aku pun decided untuk pergi je lah ikut trip pergi Negeri Sembilan.

Trip kali ni diketuai oleh saudara mara aku lah kan . Pakngah kapla! Aku follow je. 3 kereta. Kereta Pakngah, Abang Long dan kereta Abg Firdaus.

Gerak pagi lah kan. Aku macam biasa yang paling last siap. Dah kena jerit dengan mama baru aku keluar rumah.

Ramai yang ikut. Pakngah dan family ada lah dalam 7 orang campur tok cik, Maklong dan abanglong. Dan aku, mewakili family aku. Baik kan? Hehehehe :))

Signboard ke Simpang Ampat, Alor Gajah dan Tampin.
Haaa ni lah simpang nya ke kampung nenek aku. Hehe.
Orang Tampin , Alor Gajah mungkin familiar dengan tempat ni.
Anak sedara aku. Semua muka gembira. Oh nak bagitau, aku ni ada darah campuran. Family sebelah nenek aku ialah mamak :)
Dulu kat depan ni ada roundabout, tapi sekarang dah takde. Dia gantikan dengan junction macam ni . Makin sesak aku rasa. Kalau dulu roundabout tu macam landmark untuk ke kampung aku ni.

Bak kata nenek aku, rumah ni ialah rumah kelahiran mak aku. Disinilah mak aku lahir.

Pakngah dah berjumpa kawan masa kecik dia. aku terfikir macam manalah aku nanti yeee :) 

 Aku dengan Aidid. Dia ni cousin aku.

Kat Tampin ada Spongebob kaler pink, kat KL ada ke? Muahahahahaahah XDDD
Meh le singgah beli ni haaa jang. HAHAHA Tokcik laa yang semangat bena mahu singgah.

Goodbye Tampin. Hehe.

Jadi itu lah sedikit sebanyak yang aku boleh sharing dengan korang pasal edisi Jelajah aku kali ni. Naik je kereta, lepas je Seremban aku terus tertidor. Yelah makan sedap sangat. Nasik beriyani wooo. 

Apa-apapun terima kasih dekat semua yang mengangkut aku pada Edisi Jelajah kali ini. Aku sungguh terharu. 
HEHE
Tapi yang tak bestnya, duit raya RM2 je -.-'

No comments:

Berlarilah

Pada suatu hari, aku masih ingat, aku duduk depan pc kat office di Damansara Height, sedang kusut memikirkan masalah yang melanda diri aku ...